Pages

Mari mengumpul bloggers!

Saturday, March 5, 2011

Kawan sekolah

Sedang happening berchatting dengan si Puan Bayah, sorang member lama aku tetibe sapa. 

''Woit-woit''

Macam tak caya, budak lelaki yang agak pendiam kat darjah 6 Melur, muke ala-ala Munif (penyanyi solo kumpulan Hijjaz) tegur aku kat Fb. Bagi aku, itu unbelievable-lah. Sebab biasa aku tegur kawan-kawan sekolah, dorang tak cam aku kan? Dah tentulah aku segan nak tegur dia, sebab dia agak pendiam kat sekolah dulu. Haha!

Gambar dia nih aku curik kat profile pic dia, semata-mata nak compare ngan Munif Hijjaz 
*Puas ati aku..hua-hua*

Rupe-rupenya sekarang, dia nih bakal jadi Mat Perang. Tengah degree kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Patutlah kemain lambat dia nak gitau further study kat mana. Sebab lepas abes primary school, budak yang dapat 5A dan 4A rata-rata dapat sekolah berasrama. Tak kisahlah Sains ke atau Agama. Tak mainlah sekolah kat kampung ni.

So, dia sekolah MOZAC, sekolah sains agak hot jugaklah. Nazmi, kat Sultan Muhammad, Hamziah  Idris, aku tatau hilang ke mana, Azirah kat Sekolah Sains Seri Puteri. Siapa lagi? Siapa lagi? Aku pun lupa dah... Tapi, semua mantap-mantap. Aku je biasa-biasa. Dapat sekolah Syarifah Rodziah pon intake ke berapa tah. Masa tuh, ekonomi keluarga tak bapa baik, dapat Sultan Alauddin pon, aku dah rasa cukup berbangga. At least, aku ke hadapan sikitlah, banding kawan-kawan lain yang sekolah harian biasa kan:)

Aku pelik jugak. Tadi aku dok tanye, apsal dia lambat sangat abis degree, saing aku habis pulak. Dia habiskan diploma dulu ke. Sebab batch aku yang cerdik pandai memang dah settle degree siap-siap. Aku je tercicir baru nak masuk Semester Dua. Dia cakap ambil foundation, tapi ada paper sangkut. Haha! Macam-macam.

Aku macam kagum jugaklah. At least besok kau keluar U, dah confirm jadik pegawai. Ambil pulak Civil Engineering kan? Dari aku nih, dahlah lari bidang, pastuh tak pasti keluar nanti ade kerja ke tak. Tapi kau pulak tak suke position kau sekarang. Hai...manusia..manusia... Selalu tak syukur dengan segala yang ada kan? Apa-apapun, aku harap kau berjaya dengan bidang kau ceburi. Kalau sampai ke tahap sekarang nih, kau cakap kau tak suka jadi tentera, aku tak tahulah nak cakap apa. Cume, sebagai kawan sekolah, aku sangat bangga, kawan-kawan aku semua berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Note: Pak cik aku dah jadik Pegawai Besar kat TUDM Subang, sampai sekarang aku keliru pangkat dia kat sana. Tapi bangga gila kalau naik kereta dia, orang tabik hormat. Weeee~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers