Salam readers,
Baru balik berjalan di Melaka bersama Cik Dayah. Kaki lenguh tapi berbaloi. Makan Kaizer kat Dataran Pahlawan then melayan Cik Dayah mencari beg dan kasut untuk memulakan hari pertama bekerja di kilang besok.
Oh, lupa nak bagitau, aku ada interview besok! pliz doakan aku.
Asalnya aku isi borang untuk jawatan operator. Cukup 3 bulan, aku blahlah. Just nak cari duit poket untuk belen lagi 3 bulan bercuti nih. Pergi bersama Cik Dayah, isi borang bersama beliau. Tp, alhamdulillah dapat panggilan temuduga sebagai Quality Control (QC). Basic mungkin RM600. Kira up-lah sikit seratus dua banding jadi operator. Dayah pulak, tak dapat temuduga, just terus masuk kerja sebagai operator. See, sape cakap tak de kerja kat melaka nih. Ada je, cuma kena pandai cari lah.
Ok, berbalik cerita asal, dayah dapat kasut yang di cari. Tapi saiz budak-budak. Err, paling besar. Itupun setelah merayap kat Melaka Sentral. Bukan di Dataran Pahlawan, mahupun Mahkota Parade.
Cian dia, saiz kaki comel sangat, terpaksa ambil saiz budak-budak. Melayan dia, pukul 10 malam tepat sampai rumah. Nasib baik dia drive selow-selow. Dimaafkan walaupon hatiku si pemandu ibarat pelesit nih agak tertekan di dalam kereta beliau. hik Hik!
Sumber: http://ipoh.olx.com.my
Aku beli tudung. Tudung bewarna putih. Benci sungguh pakai tudung warna putih. So, taknak nampak macam tudung sekolah, aku beli yang bling-bling punya. Macam kat atas nih, tapi warna putih. Sendiri imiginlah. Mak komen pendek dan senteng. Tetibe rasa nak jual kat dayah, tapi mak tukar fikiran, memberi keizinan. Sori mak, tak cukup bajet nak beli tudung saiz L. Lagi besar saiz, lagi mahal rupanya. Susah juga nak berjuang tutup aurat nih yer?
Next week pergi kursus kahwin kat masjid al-Azim. Kena pakai tudung warna putih, baju bebas. Balik tadi, puas aku acu tudung putih dengan stok baju kurung. Tak masuk langsung! Bengang habes! Muke aku dah makin hitam bila pakai tudung putih, lagi tambah jerawat berketul-ketul. Makin hitam aku tengok. Hampeh betol! tiap-tiap hari aku sapu krim OXY serta pencuci muke satu set. Dengan harapan muke aku kembali licin dan gebu macam 2 tahun lepas.
Zaman cekeding sekejap dan zaman muke tengah suci. Tak pakai mekap ok!
Terima kasih Cik Tunang, sudi singgah Melaka sekejap kirim kek dan kuih bahulu untuk bakal mertua awak. Walaupun muke awak ketat sangat petang tadi dok cari parking, saya tau awak ikhlas datang jumpa walaupon untuk seketika. Minta maaf kerana terpaksa singgah sebentar dan melayani kerenah 'orang perempuan bila bershopping' buat awak keletihan dan kepenatan berganda dek merewang kenduri kazen awak kelmarin. Mintak maaf juga dari saya dan mak ayah saya sebab tak dapat hadir majlis kenduri sedara awak di sana even Ude dah sudi menemani saya ke majlis tersebut.
Apepun, keikhlasan awak sangat saya hargai.
Orang cakap, bertunang jangan jumpe selalu, nanti manisnya hilang. Dapat jumpe sejam dua tadi pon, dah begitu besar maknanya.
Nota: Siap font kaler pink. Kunun, hati aku pon warna pink masa type entry khas untuk Cik Tunang >.<
0 comments:
Post a Comment