Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, April 29, 2011

Bersabarlah...

Salam kawan-kawan!


Dengan nada serius, aku ingin menyatakan bahawasanya aku sangat serius semasa menaip entry ini.


Sila double click utk lihat lebih jelas


Hari nih aku bukak FB, petang tadi di library. Bukak-bukak je kat wall post nampak cik tunang post status: "di manakah anda wahai cik Eima Omar?". 


Berduyun-duyun komen beratur kat bawah status tuh. Hehe. Suka betul hati aku.

Then, aku terus pergi kat wall Cik Tunang. Post kat ataslah yang aku baca. Kesian pulak aku kat dia. Kerja berhempas pulas. Tak kira siang malam, tak kira cuti hujung minggu mahu pun cuti umum, tapi bos nya ambil kesempatan. Projek sana sini, beriban-riban masuk poket, kebajikan pergi langsung tak dihiraukan. Pekerja nak claim ot pun tak dapat. 


Then, sebelum balik, Cik Tunang post lagi status: "tolong jangan buat saye hingga saye hilang hormat pada anda ..."

Aku berharap, beliau banyak bersabar. Ini semua dugaan. Mungkin aku hanya pandai berkata-kata tapi tak faham situasi beliau dan rakan sekerja, tapi insyaAllah, kalau kita ikhlas melakukan kerja, anggap itu sebagai ibadah. Biar Allah yang menghukum apa yang bos cik Tunang dah buat. Ingat, doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan Tuhan. Rasa-rasanya semua orang akan bedepan dengan masalah kat tempat kerja. Termasuk aku.

Doa nih aku belajar dalam kelas Institusi Kekeluargaan Islam, antara beberapa doa yang perlu dihafal dalam kelas tersebut.


Doa Pelembut Hati:

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali Imran:200

Nota: Banyak lagi penawar hati yang kita boleh jumpa dalam al-Quran jika kita betul-betul mengkajinya.


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Isu semasa: kisah video klip Anwar Ibrahim Part 2

Salam kawan-kawan.

Aku tak layak nak membahaskan isu politik. Tapi sepanjang aku dah pandai berfikir dan menjadi seorang yang berpendidikan tinggi, keadaan politik yang tunggang langgang di Malaysia nih sangat menarik perhatian aku. Asal ada kempen pilihan raya besar-besaran je, mesti ade kes berzina melibatkan Anwar Ibrahim. Yang menfitnah-fitnah nih, bukan bangsa lain pun, bangsa Melayu juga. Orang Cina & India dok goyang kaki tunggu Melayu berpecah belah. Tidak sedarkah kamu, wahai ayah-ayahku, emak-emakku sekalian?

Bosan

Ya, sememangnya aku mulai bosan. Bosan dengan politik di Malaysia nih. Kenapa perlu bergaduh, menunding jari antara satu sama lain. Kenapa tak menggunakan segala kritikan ke arah yang lebih positif. Kerana pergaduhan dan persengketaan antara pihak pembangkang dan kerajaan, rakyat yang jadi mangsa. Terus terang, aku benci tengok TV3 *berita tv lain pun tak ada bezanya!*. Semua berita macam suara sebelah pihak je yang ada hak. *pihak mana, anda lebih tahu*. Bagi aku, itu tidak adil. 

Tepat pukul 12.00am. Start berita kat TV3 je, aku dah dengar pasal video seks. Adoiiiii!

Kiamat makin dekat. Tidak sedarkah?

Dunia sekarang dah terbalik ke? Mungkin tanda-tanda kiamat. Bila pemimpin berpecah belah. Dulu video lucah orang awam disebar-sebarkan. Video 3gp sampailah mp4. Tapi, sebar-sebar pun senyap-senyap. Tak pulak pihak berkuasa buat apa-apa tindakan. Sekarang, video-video macam tuh dengan bangga tunjuk kat orang awam. Dalam Berita Utama pula tuh. 

Cuba bayangkan, kami nih tengok cerita lucah, sebelah ada mak ayah, ada abang, adik adik lelaki, adik perempuan. Tayang kat tv pulak tuh. Arghhh, bengang betul aku. Negara apakah kita tinggal nih? Negara Islamkah yang aku duduki ini?

Tak kiralah Anwar bersalah atau tidak dalam hal nih, wajarkah kita sebagai orang ISLAM, menjatuhkan maruah beliau dikhalayak ramai? Sedangkan apa yang anda buat adalah satu dosa? Tidakkah kita sedar, lebih banyak banyak orang tengok video ini, lebih banyak dosa yang kita dapat?

Belum lagi dosa menfitnah. Doa bersumpah laknat atas nama Allah. Bolehkah dibuat main?

Nota: Aku bukan sempurna, tapi aku ada akal untuk berfikir, aku ada agama untuk dirujuk. ISLAM agamaku. Anda pula?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, April 28, 2011

Cik Eima: Stop complaining....

Tengah hari semasa makan Yong Tau Foo kegemaran di fudcod MARA, aku berborak dengan Naz dan Kak Nod. Aku mengeluh kesah bila mengenangkan next sem kena pikul 8 subject *termasuk Arab & Instutusi Kekeluargaan Islam* sedangkan Part 1 dengan Part 2 ada 3 subject je final. Terasa ruginya 2 sem itu.

sumber dr Mr Google Image

"Stop complaining..."

Itu je yang keluar dari mulut Kak Nod yang berumur 25 tahun, sebaya umurnya dengan lecturer OPM kami, MADAM DALILA. 

Aku terdiam, asyik komplen je aku seumur hidup nih kan. Sedangkan Kak Nod, yang tua 2 tahun dari aku, masih menjalani hidup sebagai student even rakan sebaya dah habis Master dan jadi lecturer dia. Sepatutnya aku bersyukur. Biar pun kami nih antara tertua dalam kelas, tapi masih ada semangat nak studi, sedangkan rakan sekelas masa dip dah kerja dan masing-masing dah ada kereta sendiri.


Mungkin aku terlalu ego.

Mungkin aku tak cukup sabar. 

Atau mungkin aku dah malas belajar?


Mok Teh berkahwin usia 18 tahun dah ada Phd dan jadi pensyarah UM pon...
Mak Ngah dah ada anak 8 orang pun tengah sambung Phd.
Pokde yang dah ada jawatan Mej / Lt. Kol *tak pasti which 1* dalam TUDM still sambung belajar.

So Cik Eima, 'Stop Complaining' dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi kawan-kawan di luar sana tak dapat tempat seperti di mana awak berada sekarang.

Macam text Asyarani masa Public Speaking dia:

"Close your eyes, wake up and SHUT UP!"

Fikirkanlah sendiri....




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thanks my daddy!

Selamat petang kawan-kawan!

Apelah aku nih. Kejap daddy, kejap ayah, kejap buyah. Takpelah, janji membawa maksud yang sama. Sekarang nih aku berada di library. Study untuk HRM 533. Paper Sabtu nih. Petang semalam aku balik rumah sewa naik kereta. Motor belum siap lagi.

Library ramai orang. Semua meja penuh. Oh... oh.. takpe, aku tetap dapat feel nak exam!

Tadi, lebih kurang 11.30 pagi Buyah call. Katanya dia di Melaka. Nak tukar motor. Bila aku cakap aku kat library, dia cakap takpelah. Nanti dia dah nak sampai, dia bagitau. Rupanya buyah nak pergi cucikan motor tuh dulu. Thanks Buyah. Dari jauh buyah datang naik motor. Di usia 55 tahun, bukan umur sebegini buyah nak bawak motor jauh-jauh. Lagi pulak sejak dah pakai kereta, mak selalu cerita buyah jatuh motor. Risau pulak aku.

Disebabkan kesanggupan Buyah yang bersusah payah membersihkan motor serta menghantarnya ke sini, maka aku akan bersemangat nak study dengan lebih tekun. Terima kasih Buyah!

Untuk seketika, saya mahu Siti Nur Adilah Kamarudin pulang ke rumah sewa dengan segera supaya saya tidak keseorangan studi dan tinggal di rumah!

Note:  Sambung studi!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tarikh nikah dah diketahui

Selamat pagi kawan-kawan!


Ok, sebelum aku melelapkan mata, aku cuma nak bagitau tarikh nikah sebenarku telah ditetapkan petang tadi oleh Tok Sidang. Mak aku call lepas maghrib tadi. Alhamdullilah, lepas nih dah bolehlah rancang apa yang patut. Kursus kahwin ke, butik pengantin ke, tempah baju nikah ke. Cuma nak buat ujian HIV jelah akan ku tangguhkan sehingga 3 bulan sebelum nikah. 

Kredit to mr. google image

Harapan aku, moga segala urusan dipermudahkan. Tak sangka sampai sudah jodoh kami berdua. Aku pulak yang terlambat tau hal nih, sedangkan sebelah bakal bapak mertua dah dimaklumkan lebih awal. Penyudahnya, Cik Tunang yang terpinga-pinga tak tahu apa-apa.

Untuk bakal pengantin berdekatan melaka, berdaftarlah kursus nikah di MAIM Bentara, pejabatnya di Masjid al-Azim. Rasanya paling murah kot. RM80 seorang. Tapi aku dapat harga promosi RM65. Hehe. Cik Dila pun nak join katanya even dia tak terfikir nak kawin dalam masa terdekat nih. Eloklah tuh, sekurang-kurangnya adalah peneman aku sepanjang kursus nanti.

Opsss, sebelum terlupe, bila dah siap kad kahwen, saya invite kawan-kawan ye.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, April 27, 2011

Debaran final exam kian terasa.

Salam kawan-kawan,


Dah maghrib, so aku cuba mempercepatkan proses menaip entry baru nih. 2 hari aku menghilang dek kerana ayah aku cabut plug steamix. Semuanya kerana bil elektrik yang melambung-lambung. Kesian beliau nak bayar bil api air semua. Padahal kat rumah tuh ada 4 5 umat je. Kawan-kawan yang singgah, silalah click iklan Nuffnang saya. Untung-untung, boleh tolong bapak saya bayar bil api air... -___-'


Aku perasan follower aku dah meningkat dari hari ke hari. Terima kasih kat abang Ben sebab buat segmen 'Ben cari blog baru lah' tuh. At least, boleh gak promote blog aku kat blogger orang lain. Kepada semua follower serta penyinggah sekalian,  saya cuba untuk singgah ke blog kalian sume dalam masa terdekat, cuma beri saya masa untuk study untuk paper final nih yer? 1st step, malam nih nak gi menelaah kat library. Sorang-sorang di rumah sewa hanya buat saya tidur sampai ke pagi esok. Lamatnya, takde lah guna aku berhempas pulas memujuk mak untuk balik awal ke rumah sewa nih.


Kawan-kawan sekalian, sila doakan saya cemerlang dalam peperiksaan yer? terima kasih my dad sebab dah betulkan motor dan renew road tax. Buat sementara waktu, awa pinjam kereta dulu ye. bukan ape, bahaya duduk rumah sewa sorang-sorang tanpa kenderaan nak ulang-alik nih. Emergency nanti kan dah susah...^__^

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, April 26, 2011

Pelajar UiTM kampus Bandar Melaka dirogol

Bodoh! tu je yang terpancul kat mulut aku masa kawan sekelas aku, cik Dila bagitau ada pelajar UiTM Kampus Bandar tempat aku belajar sekarang nih dirogol. Bukan setakat kena rompak, kena pulak rogol time period. Besar kemungkinan budak yang sama pernah pecah masuk rumah aku 2/3 minggu lepas. Tapi aku call polis yang jage rumah kitorang, dia cakap bukan pulak. Adeh.

*Versi surat khabar*

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.



Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.



Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.




Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.



Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.


“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.


“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.


“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.


Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.


Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.


Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.


“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.


Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.


“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.


Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.


Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Jel30tahun_16sebatan/Article

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, April 25, 2011

Segmen: BEN CARI BLOG BARU LAH

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sini.

Tarikh tutup: KUL 11.57 MALAM INI : 25/4/2011 
*tak paham aku kenapa tak genapkan pukul 1200*

Dah alang-alang Abang Ben mintak senaraikan blog baru dan blog lama yang aku suka, baik aku tolong pomotkan sekali. Jadi, sila intai-intai list blog aku nih.

P/S: Thanks kat Cik Yah sebab meseg bagitau segmen nih supaya aku tak ketinggalan sekali lagi.

BLOG BARU


Kak Pinky Momma nih aku baru berkenalan tadi. Mase tengok blogger yang join segmen nih sekali. Semua sekali aku tegur. Hik Hik. Aku masukkan akak nih dalam list sebab dia peramah dan tak sombong *macam same je maksud dia?* Nanti aku peratikan dia pasnih. Beware akak!

Ni kawan aku. tunang kepada tunang aku. Jadi dia kawan aku secara automatik. Mari kita terjah dia supaya dia pon terikut-rikut aku gila berblogging macam sekarang. 

Ini belog adik aku, Noor Izzati Omar. Bagi nama penuh lagi. Amek ko. Akulah sumber inspirasi dan selalu tunjuk ajar beliau tentang basic berblogging, sehingga beliau mempunyai kawan blog beliau yang tersendiri. Dia nih gile drama korean & japanese. Sampai kat uma, dengan mak aku sekali diajak speking korea. Mentang-mentang mata mak aku sepet macam pelakon Korea. *__* Tapi dia jugak begitu islamic okeh. Jadi, kalau nak ape-ape info, silalah melawat blog beliau.

Ini rakan sekampung Cik Tunang. Mula berblogging sejak 2009, beberapa bulan sebelum blog aku ditubuhkan. Aku salute kat beliau kerana walaupon dulu tak beberapa serius, tapi dalam masa 2 bulan kebelakangan ini, beliau dah memotong barisan follower aku dengan secepat kilat. Jadi, beliau mendorong aku untuk memperhebatkan hasil penulisan blog supaya orang tak jemu dengan blog aku.

Fatin Khalilah nama di beri. Mengambil Jurusan Teknologi Komputer di politeknik merlimau serta minat berniaga. Beliau ada blogshop sendiri dikenali sebagai Katak Sepet. Bolehlah korang tengok hasil kesenian kawanku ini. Aku ketengahkan blog dia dalam entri nih sebab dia ada bakat menulis serta apa sahaja entri yang dia tulis kadang-kadang buat aku berfikir.



BLOG LAMA

- Mungkin kerana aku sukakan kesenian, jadi blog Cik Ayam nih jadi tontonan aku jua. Suke tengok si budak comel duduk atas kerusi kat header blog dia, bahkan ayam bernyanyi 'Cit Cit Cit' turut menarik perhatian aku *kalau anak ayam betul-betul, memang sudah ku kejar keliling rumah disebabkan terlalu comel*. Walaupon tangan aku tak berseni, tapi kalau tiap-tiap hari tengok tutorial blog-blog macam nih, mungkin aku boleh jadi insan berseni jugak, ye tak?

Dia nih lebih kurang macam zack zukhairi, ada cara tersendiri menarik ramai blogger lain bertandang kat blog dia. Aku suke dia even dia nih agak kelucahan. Tapi masih boleh diterima kelucahan beliau tuh. Cara tarik traffic beliau paling mudah bile cakap lucah, mesti ade yang search kat google kan. Lagi satu, aku suke cara buat doodle boleh gerak-gerak macam kat blog Yuyu Zulaikha dan Cik Epal gonyeng. Nanti aku ngayau lagi tengok sape yang pakai khidmat dia buat header mahupon banner.

Mewakili  blogger wanita hebat yang lain hasil penelitian aku terhadap beliau yang tidak syok sendiri menaikkan traffik beliau semata-mata, malah beliau turut merayau-rayau di blog-blog lain. Aku selalu nampak beliau di blog abg Ben, Ayeem Ayam, tadi kat Pinky Momma pon dia ade. *setakat ini yang aku teringatlah*

- Aku turut mengesyorkan kawan-kawan pergi kat blog nih, sebab semua post yang dia tulis, bukanlah sekadar entri kosong @ serabai macam hasil penulisan aku nih. Banyak input dan pelajaran baru yang aku dapat bila aku pergi kat blog dia.

Aku tak tahu berapa lama dia dah bertapak dalam dunia blogging, tapi ini antara blog terawal yang berjaya mendapat tempat di sidebar blog aku. Istimewanya kerana, setiap entri dia aku anggap sebagai muhasabah diri. Kire macam doktor psikologylah. Pengisian dia mantap dan padat, siap ade gambar-gambar hasil tangan beliau sendiri. Ape kata korang pergi jenguk pulak. Tak rugi pon nak cari ilmu:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Kecewa

Selamat pagi semua!

Lagi setengah jam je pun nak tengahari. Tapi tetap nak cakap pagi.

Masa masuk sem baru bulan 1 lepas dah berkali-kali aku bagitau aku perlukan motor atau apa saja kenderaan nak ke kelas. Bukan setakat jauh *jalan kaki tiap-tiap hari di tepi jalan dengan laluan yang setiap hari sesak*, malah rumahnye jauh dari kedai runcit, kedai makan dan rumah kawan-kawan. Kalau berjalan kat tepi jalan raya tuh, takkan sempurna satu hari kalau takde mamat motor mahu pon mamat kereta yang suke mengacau perempuan seperti aku nih kalau terserempak mana-mana. Nasib baik kawan se-group rajin datang kalau ade assignment group. Aku pilih rumah tuh pon sebab selesa nak study, besar, murah dan tenang.

Hari nih aku nak balik rumah sewa. Malangnya hanya aku sorang yang akan balik. Rumate aku yang lagi dua orang tuh, balik hari nak pekse je. Omaigod, aku tertekan sangat. Duduk rumah bukan buat ape-ape, tak study pon melainkan dok depan lappy nih. Kalau tinggal lama sikit pon sebab tido n tolong mak aku masak kat dapur.

Malam tadi dah ku katakan pada ayah aku, "Awa nak pnjam kereta, nak ulang-alik ke library senang,". Itupun tercetus bila mengenangkan, Kak Nod kawan sekelas aku tiap-tiap hari study kt library. Bolehlah refer kat dia kalau tak paham. Kak Nod tuh sem lepas dapat Anugerah Dekan (DL). Best kan?

Malangnya, sedang-sedang membakar belacan untuk buat sambal belacan, ayah aku datang ke dapur, tanya bila aku nak balik, lalu aku cakaplah lepas tolong mak masak. Ayah aku cakap dia nak hantar aku sebab dia nak beli barang kat Melaka. Alangkah kecewanya aku. Macam mana aku nak hidup sirang-sorang kat rumah nanti, kalau berlaku kecemasan, pada siapa aku nak mintak tolong. *Tetibe aku terasa kecik hati*


Siapa aku nak kecik hati kan? Motor yang aku tunggu hidupkan road tax dari 4 bulan lepas tuh pon bukan hak aku. Aku cakap banyak-banyak kali pun, ape daya aku. Aku takde duit nak bayar pun insuran motor yang beratus-ratus tuh. Kalau aku mampu, aku pon taknak menyusahkan sesiapa fikir tentang masalah aku. 
Tapi masih adakah orang yang ambil berat masalah aku?

Dah lah, aku nak kemas barang. Kawan-kawan doakan aku berjaya dalam paper final nih eh. Aku pun teringin nak DL macam Kak Nod dan kawan-kawan aku yang lain. Aku pon nak orang sambut aku kat atas pentas sambil beri Anugerah Dekan yang diimpikan oleh semua student sekarang. Tipulah kalau korang taknak. Oklah, bye!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, April 24, 2011

Panadol tak baik untuk badan?

Satu hari Cik Shiba pensyarah HRM aku cerita pasal keburukan panadol atau nama scientifiknya PARACETAMOL. Bukan niat aku nak banned product panadol, mahupon melarang sesiapapun mengambil panadol sebagai penahan sakit migrain mahupon period pain ataupon sengal badan macam abang Bong tuh, tapi untuk berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan sekelian; sebab aku pon selalu mempunyai masalah-masalah seperti di atas.


Sila rujuk fakta ini tentang bahayanya Paracetamol terhadap nyawa kita: Chicago Tylenol murders


Kenapa painkiller / panadol / pil tahan sakit tak elok?

  • 1 biji panadol makan masa 5 tahun untuk singkirkan bahan kimia.
  • Bila nak bersalin, jika terlalu bergantung pada panadol, lama-lama badan dah 'lali' dengan ubat berkenaan. Maka, si Ibu memerlukan bius yang lebih dari orang lain untuk mengurangkan kesakitan.
  • berfungsi sebagai bius di otak, supaya si pesakit tidak merasa sakit, sedangkan perut kita, or kepala *bagi penghidap migran* sebenarnya masih mengalami kesakitan tersebut*.

*Aku tidak mahu memandai-mandai, mahupun cuba menyebarkan apa-apa maklumat yang palsu, lalu aku bertanya encik Google. Maka beliau menjawab:



Pharmacokinetik adalah ilmu apa dadah buat dalam badan kita. Melalui pengetahuan ini, sesuatu ubat dibentuk dengan jumlah dos tertentu, diambil mengikut frekuensi tertentu dan jumlah tertentu. 
Dalam kes panadol ni, kita tahu lepas kita makan dalam 10-60 min penyerapan berlaku dalam perut. 

Separuh hayat 1-3 jam. Ni macam kita makan 1000mg (2 biji) dan kita anggap dia serap semua (sebenarnya <5% dibuang begitu shj) dlm 3 jam dlm badan tinggal 500mg, lepas 3 jam lagi tinggal 250mg dan seterusnya sampai 0. Sebab ni jugak dose panadol selalunya setiap 8/6 jam (3/4 kali sehari). Kalau dah rendah sgt takde kesan. 

Utk kesan berterusan kita kena makan ikut frekuensi ni. Tp bila sakit dah hilang berhenti la (di nasihatkan bila perlu). Tak nampak kat mana yg boleh simpan sampai 5 tahun. Yg tersimpan hanya berlaku dlm kes overdose, bilamana bahan terbuang ubat tak dapat dibuang semua oleh hati. Jadi secara langsung tiada kaitan dgn ginjal kerana penyingkiran utama melalui hati.
So, bagi Cik Eima, benda yang memusykilkan baik kita elakkan. Lagi-lagi ubat-ubatan. Mula-mula memang untuk mengubat penyakit, tapi lama-lama jadi penyakit. Namapun dadahkan?Jadi, cara yang paling mudah bila sakit kepala, migran mahupon period pain:



  • Rendam kaki dalam air suam *supaya tekanan darah menurun*
  • Minum 100 plus:air masak dengan nisbah 1:1 untuk balancekan sebab 100 plus ada gas.
  • Mandi dan basahkan kepala untuk segarkan badan. Mulakan dari bawah baru jirus air ke atas hingga kepala.
  • Tidur yang cukup.
  • Banyakkan minum air.


Tambahan dari aku sendiri, kalau migrain, mesti denyut-denyut kat kepala kan. Sila duduk dalam bilik dan bergelap tanpa gangguan sebarang bunyi. Kadang-kadang tanpa tidur pon kepala dah lega dah. Sebab bukan mudah saya nak menidurkan diri. Jadi lepas nih, jangan sesiapa mintak saya makan ubat ye, sesungguhnya saya benci makan ubat!


Cara korang pulak macam mana?


Info lanjut: http://nurilahi.blogspot.com/2008/12/kalau-kamu-sakit-kepala.html
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Contest semua tentang 4

Contest dari Cik Yah aka Oshin si budak hyper active. Beliau mintak aku join contest nih, jadi aku join lah. macam biasa, aku review dululah.


Contest nih best sikit, ada buat-buat soklan bagai. Barulah orang bersungguh-sungguh nak menjawab dan nampak macam contest sikit kan. So, scroll bawah untuk lihat jawapan dari aku.





4 perkara yang menggambarkan diri Cik Eima
  • Nampak sombong, tapi peramah 
  • sayang Encik Tunang saya
  • muke blurr bila orang cakap laju-laju
  • cool bile orang lain kelam kabut, kelam kabut jika orang lain cool
4 nama manja Cik Eima
  • awa
  • ima
  • zaharah @ zarah
  • budak tembam
4 perkara baik yang Cik Eima buat arini
  • memasak (ikan talapia merah goreng, sup ayam, sambal gereng)
  • teman mak lawat adik kat sekolah asrama
  • path bila mak tak bagi balik awal (bile nak study untuk final nih!)
  • Tak carik gaduh ngan Cik Tunang
4 tempat yang Cik Eima nak sangat pergi
  • Heaven!
  • kedai Pak cik jual cendol pulut
  • menjelajah seluruh Malaysia dalam sebulan (naik kereta sendiri)
  • pancak Gunung Ledang
4 benda wajib bawa kalau keluar
  • handphone
  • bedak
  • eye-liner
  • purse
4 perkara terakhir Cik Eima buat sebelum join contest ni
  • Kacau Cik Tunang sedang bekerja
  • Makan goreng pisang sambil tengok dokumentari penguin comel kat TV1
  • teman mak lawat adik kat asrama
  • tengok drama Asmara 2 online
4 orang paling Cik Eima sayang dalam dunia ni
  • of course lah parents 
  • adik beradik
  • Cik Tunang dan keluarga beliau
  • Semua kawan-kawan, tak kira sama ada hidup mahupon mati
4 jenis ragam manusia Cik Eima jumpa arini
  • Si Ayah yang setia menunggu anak beliau di asrama
  • budak bawah aku yang tak penah tau hormat orang tua macam aku
  • pak cik yang sesuka hati parking kereta tepi jalan
  • kakak jual goreng pisang yang tak semyum kat aku
4 misi yang Cik Eima mesti capai tahun ini
  • persediaan untuk 'hari bahagia'
  • settlekan final exam bakal tiba
  • masukkan duit dalam tabung sebanyak dua kali dalam ASB
  • buat part time mase cuti sem 4 bulan
4 habit buruk Cik Eima
  • muncung muke bile ngajuk
  • degil tak dengar cakap
  • selalu tertinggal sembahyang subuh
  • malas nak study even final dah dekat

4 perkara yang Cik Eima fobia
  • terpijak binatang sampai penyek (lipas/ulat gonggong/cicak)
  • mamak/india/bangla yang banyak bulu (yucks)
  • video prank keluar antu tetibe
  • kawan tikam belakang
4 sebab join contest ni
  • Member ajak
  • suke join contest
  • dpt hadiah klu entri best
  • tengah free
Fuhhh~siap jgk menjawab...Aku tak tau nak jawab ape, jadik sesetengah soklan, aku jawab ikut penilaian Encik Tunang.
~Terima Kasih~



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers