Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, October 4, 2010

Excident di hadapan kedai Leman Satay


Ok, semalam aku dengan kawan aku  keluar. Pergi rumah En. Azmi, ade open house, and temankan Arnin gi opis settlekan closing. Aku lak bawak buku eco dan study dengan bersungguh-sungguh!. Study lah sangatkan? Padahal 5 minit jer excited, then bukak FB, update tah pape kat wall n tagged name Mak Cik Arnin yang hampeh tuh!
Then, aku gi Parkson, dapatlah beli t-shirt labuh sehelai. Nasib baik pemegang Bonus Link dapat discount 20%, so dapatlah beli baju t-shirt tuh denga harga yang murah.

So, malamnye, kami pergila makan dekat Klebang. Aku kenyang, tapi makan satay. Si Arnin nih pulak makan nasik goreng ayam. Boleh tahanlah sedap satay dia. Sos nasik goreng ayam dia pon sedap. Masa mula-mula tuh ktrg borak-borak biasa jer. Ada lah mat rempit nih buat willy pulak kat jalan tuh. Aku cakap memang budak nih jatuh jap g nih. Tak sampai 10 minit, excident kat situ. Betul-betul tepi jalan tempat aku dengan si Arnin nih makan. Aku dah takut, sebab budak tuh melambung lepas hentam belakang kereta Arnin. Si Arnin dah jerit, "Alamak, kereta aku!" 

Seyes, memang kelam-kabut. Aku gi bayar duit makan, and suh Arnin gi tengok ape jadik kat kereta dia. Belakang bumper tuh terkopak sikit. Nasib baik budak tuh tak langgar kat bumper, kalau atas sikit, memang pecahlah cermin belakang kereta tuh. Mule-mule tuh, Arnin macam nak marahkan budak tuh, tapi  bile orang-orang tuh cakap bukan salah budak tuh, terus dak Arnin senyap. Kesian jugak budak tuh. 

Umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Nak beli rokok untuk ayah dia. Tapi mungkin serong sikit ke tempat lain. Masa nak potong kereta Pesona, no plat pangkal P, dia potong kiri. Betol-betol dengat simpang masuk kedai Satay Leman tempat ktrg makan nih. Kebetulan, kereta Pesona nih pulak tak bagi signal terus belok kiri. Lalu, budak tuh terlanggarlah side mirror kereta Pesona tuh. 

Agaknya laju n takleh kawal, dia hentam belakang kereta Arnin, melambung n terselit kat  atas divider tengah-tengah antara pokok dan tiang elektrik. Dengan motor-motor dia skalik terhumban kat celah pokok tuh. Sorilah, aku tak tangkap gambar sebab kesian gile kat budak tuh. Bila tengok keadaan dia, teringat masa aku kecik dulu, excident sikit jek pon, tapi sebab terhantuk kat jalan raya, ada darah beku kat kepala. 

Budak tuh memang dah nampak macam tak ingat ape. Belakang bahu dia koyak sikit, dan masa lepas dia jatuh tuh, memang dah terhuyung-hayang. Ape yang aku tak puas hati:
  1. Bapak dia datang, bukannya nak simpati anak dia eksiden, bulih pulak dia marah anak dia nape tak beli rokok dia dekat-dekat dengan rumah.
  2.  Orang ramai datang, tapi tak sorang pun nak panggil polis dan ambulan. Masa ktrg nak buat repot kat Balai Polis Tiang Dua, polis tuh sendiri yang cakap, takde orang buat repot. Ambulan pulak sampai lambat gile.
  3. Orang ramai kat situ, bukan boleh harap, sebok jer nak tengok orang eksiden, lagi-lagi budak motor. Kalau korang tak insaf jugak tatau lah. 
  4. Ada kakak tuh datang, dia tepuk-tepuk bahu adik tuh, suh mengucap banyak-banyak. Siap cerita, pernah ade motor eksiden mati kat tempat yang sama. Siap terselit kat atas pokok. Wadehel!! Orang nak kuatkan semangat adik tuh, dia cerita lagi bende yang bukan-bukan. terus budak tuh rebah terjelepuk kat tanah.
Bumper kereta Arnin yang kena hentam. Bile bawak pulak macam sportrim bengkok.
 
Sepatutnya dalam perancangan, aku balik malam tuh bawak kereta Arnin. Sebab Arnin dah budget nak tido awal, pukul 10. Tapi, sebabkan kes budak tuh, pukul 11 malam aku baru sampai uma Arnin. Si Arnin nih memang suke aku tido uma dia agaknya. So, malam tuh pukul 3-4 pagi jugak baru aku lelap. La nih, aku sampai asrama dah petang. Tak sempat gi kelas pun sebab aku takleh masuk rumah. Berkunci.

"Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang"

Posted by Picasa

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy