Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, May 16, 2010

Semalam yang masyuukkk!

Dua hari berturut2 aku g Tangkak..Projek Tangkap  gambar Matrik Card pakai sistem database yang En. Nas buat semata2 untuk projek nih...Ade enam section yang Kolej Matrikulasi Tangkak mintak...Kita sediakan tripod, kamera, sistem pengambilan gambar serta siap ngan database student yang dah masuk dlm sistem..So, Unit ICT sana just amek gambar.. Kami just set up kelengkapan and stand by jek bantu ape2 yang patut.. Lebih kurang 3,000 student yang terlibat dari blok A sampai blok F... Tapi pengalaman ni memang best..Dari aku duduk jek dalam office ngadap documentation, syok jugak dapat keluar buat kerja..

Ade aku amek gambar masa kat sana.. Tapi semua dalam camera office and camera En. Azmi.. Masa pergi hari Jumaat, aku, Mizi saing pergi dengan En. Azmi naik kereta dia..speed sampai 170km/j dia bawak..Tapi still steady jek..Hehehe..Then, balik pukul 5.30 ptg, singgah runah Mizi kat Tangkak tumpang peralatan camera and tripod.. 

Sabtunye, pagi2 buta lepas Subuh, aku bersiap nak gerak ke Tangkak.. Saing ngan En. Yazed naik kereta office..Mula2 tuh macam berani tak berani jek nak naik kereta tuh..Tapi bila sampai highway, oklah...Speed paling tinggi pon 130km/j..hehehe..Lebih dah tak berani.. Takut tercabut semua body2 kereta tu..
(ktrg panggil kete tuh MAN) Tp alhamdulillah, sampai dengan selamat.

Baliknya lebih kurang pukul 4.00 ptg kot, aku singgah office dlu hantar barang2 camera.. Ajak Nizam pergi Melaka Wonderland Theme Park. Saje pergi..bukan nak main air pon.. Nak tengok openning dia jek 15/05/2010.. Tapi macam tak ada ape jek kat sana.. Tiket weekend sampai RM30, weekday RM20 bape tah..Tapi semalam dengan hari nih (16 Mei 2010) harga promosi RM20.. Kalaulah percume..mesti ramai orang datang kan??



So, kalau korang nak pergi sila ikut peta nih ok

Oleh sebab ia bukan percuma, kami bergerak ke Taman Botanikal tak jauh pon dari situ (sebelah je ponnn). Sampai-sampai jek Nizam siap ajak pura-pura kunun-kunun kami nih pasangan bercinta..(ambil feel lah kununnya).. En. Yazed bantai gelak jek.. Aku penah pulak dating dalam hutan jek..Adoi..

Kat sana memang best wat tempat jogging. So, aku maybe akan berjogging di sana lah kalau hujung-hujung minggu nih.. Memang redup and nyaman sangat-sangat.. Then, kerana pakai jeans and baju kerja ker, aku ngan dak2 nih sewa basikal.. RM2.50 setengah jam..Kami bertiga mengayuh-ngayuh lah sampai tercungap-cungap.. Memang penuh keazaman aku mengayuh.. Maklumlah, pagi tadi dah makan nasik lemak and nasik campur.. (pegawai ICT kt sana ajak mam sekalik..) hehe..
[p/s: Aku tengah in progress untuk kuruskan badan ok]

Lepas berehat-rehat setelah kuyup badan disimbahi peluh, we all pon balik..Singgah dulu kat Tasik Ayer Keroh (tempat 1st dating aku ngan Mr Silence).. Actually lalu jek kat sana.. Aku tunjuk kat En. Yazed tempat rekreasi kat sana.. Memanglah best!Ada tempat nak berkayak, wall climbing, dewan badminton, memanah, memancing, taman mainan dan pelbagai aktivitilah.. Sumday, maybe aku akan pergi kat sana lagi untuk beriadah di hujung minggu.. Semalam dah overload.. So, balik rumah, aku berehat sepuas-puasnya....






Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers