Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, September 19, 2010

Ayahku drakula..


Propa tak statement aku nih...??


Ayah aku ade Thalassemia...Adik beradik aku semua ade Gen-2 jugak macam bapak dia..Pembawa kepada penyakit Thalassemia nih...Kalau nak tau lebih lanjut, leh bukak link nih..Thalassemia Aku rasa maklumat dia bagi tuh hampir lengkap kot...:) 
[Note:klu nak jadik pakwe aku, korang kena check darah dulu tau..Kalau korang ada Thalesemia, confirm-confirmlah kena rejek sebab aku tanak anak-anak aku mati cepat]


*****

Ceritanya camnih: 

Semalam aku melawat Buyah kat hospital..Dia ditahan di hospital since petang Jumaat lepas semayang Jumaat..Katanya, dia tension, then jantung dia pam darah laju-laju tapi takleh proses darah.. Then, aku pon tak paham kenapa darah yang dipam tuh effect kat perut Buyah aku.. Semalam doktor check, darah Buyah tinggal 7 lebih..So, kena masukkan darah sampai normal 8 semula..[bagi pengidap Thalassemia, paras kemoglobin 8 itu normal] Masa aku sampai memang Buyah dah kena cucuk darah..Mak pulak setia kt sebelah urut tangan Buyah supaya darah tuh mengalir cepat kt dalam badan Buyah..Kesian tengok Buyah, tp tengok dia happy dan bersenang-lenang kat atas katil tuh pun dah cukup menenangkan jiwa aku..Lagi pulak orang kat sebelah katil Buyah ngah nazak..Menakutkan jek....


Mase kami sampai dah pukul 2.30 petang. Habes waktu melawat. Orang sakit nih boleh merayau tengok TV kat luar. Takleh dok diam betol. So, kami menghantar ibu kesayangan menemani suaminya semntara kami beraya di sekitar Melaka bersama adik beradik perempuan SAHAJA.

Bila sampai semula pukul 5.30.. 
 Pesakit tengah makan..Orang sebelah pesakit pon sebok jugak makan sekali..

Tengoklah darah dia pekat kan...Takut!!!!Mak aku plak yg nmpak runsing, padahal ayah aku rilek jek lepak2 atas katil.. 


*****


Kebetulan, sedare aku pon masuk hospital saing ayah aku Jumaat lepas..Pangkat Pak Cik sedare walaupon dia bawah aku..Aku mmg banyak sedare pangkat pak cik2 pun..ngeh2...

Nama dia Halim Abdul Majid..Eksiden melibatkan motor, dia (pembonceng) kene langgar dari belakang oleh kereta ape tah.. Tangan dan kaki patah..Tumit kaki hancur..
Kejadian berlaku semasa pembawa motosikal, juga Pak Cik sedara aku cube membuat u-turn dan dilanggar dengan begitu lagu nye oleh pemandu kereta berbangsa Cina. Mengikut maklumat dari Tok Cik dan Nek Intan, kereta beliau masih di balai polis dan kes ini disiasat oleh pihak polis.

Nampak jek tebal, tp sebenarnya, tumit kaki dia hancur..Tengah tunggu doktor buat tumit baru untuk dia...Ngeri!



So, korang tolong doakan Buyah n sedare aku nih sihat seperti biasa yer...


~Sekian, terima kasih~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers