Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, September 28, 2010

Setiap pilihan, mesti ade penyudahnya..

Setiap pilihan, mesti ade penyudahnya..

Dah masuk 22 tahun aku sekarang. Tapi selama aku hidup nih, aku selalu salah buat pilihan tentang ITU.. Lalu, suatu hari, aku gagal lagi memilih pilihan ke arah ITU lagi. Kalau nak ikutkan dah kali kedua aku kecundang. Selepas itu, aku dah malas lagi dah membuat keputusan ke arah ITU..

Mungkin Allah tuh masih lagi menyayangi aku. Mulanya Dia menunjukkan jalan. Dan aku tetap berkeras hati tak nak mengikut jalan yang Dia tunjukkan. Ya! Aku memang keras hati orangnya. Degil serta tidak mendengar kata. Nasihat orang juga tak aku pedulikan. Sampai suatu hari, ketika memasak di dapur, adik aku berkongsi cerita. Katanya:

Kak Chik : Awa, masa kita balik kat sini, Kak Chik borak-borak ngan budak-budak nih [Kak Chik naik kereta dengan abang-abang dia n Anoi kt kereta lagi satu. Aku dengan Siti n Ida naik kereta dengan Mak & Buyah] .Then dak Angah cakap kau nih budak degil.
Awa: [Berderau darah] Yeke, kenapa tetibe dia cakap macam tuh.
Adik : Sebab ko bawak kereta dak Along (Hyundai Accent) sampai ke Muar sorang-sorang. Lepas kan ter 'lock' kereta tuh. Buat susah orang jer nak bukak kereta tuh dari luar..
[Lebih kuranglah ayat dia macam tuh]

Aku gelak jer. Walau pun macam tak kena jer sifat aku yang degil dengan jalan cerita yang Kak Chik cakap tuh .Tapi memang aku akuilah, aku memang seorang yang degil. Benda yang orang tak bagi, benda tuh lah yang aku nak buat. Selagi aku rasa aku betul, aku akan berusaha nak dapatkan jugak. Bahkan, itu bukan kali pertama aku dengar orang cakap aku budak degil.Hehe.

Tapi lepas berbulan-bulan, Allah nak bukakan jalan untuk aku buat pilihan sekali lagi, aku masih berkeras hati. Bagi aku, aku tetap nak pandang ke belakang. Walaupun aku gagal, aku tetap nak pilih pilihan kedua aku tuh. Kenapa degil sangat aku nih ek.

Aku menangis. Aku taknak sambung belajar. Aku taknak kerja. Aku rasa lumpuh. Aku taknak dengar cakap n nasihat kawan-kawan. Aku buat-buat gelak. Buat-buat kepoh. Kemudian, aku menangis lagi. For surelah kawan-kawan aku memang membebelkan aku siang malam.

Sampai suatu hari, Allah bagi aku peluang buka mata aku nih. Buka pintu hati aku nih. Aku rase itu petunjuk buat aku. Dia tunjukkan betapa berbezanya pilihan depan mata aku nih berbanding pilihan kedua aku yang dah pon temui kegagalan. Betapa tak ruginya aku jika aku pilih pilihan depan mata aku nih. Hanya DUA HARI. Aku ulang, HANYA DUA HARI. Walau pon dah lama aku nampak pilihan nih, aku tetap dengan ego aku. Bila depan mata, aku nampak, betapa baiknya pilihan depan mata aku daripada aku berpatah ke belakang semata-mata nak kekalkan pilihan sedia ada aku tuh. Dalam hati, aku berkata-kata. Mungkin Allah tuh sengaja nak tunjukkan, banyaknya kebaikkan aku memilih pilihan sekarang. Yang memenuhi semua yang aku perlukan.

Macam juga kalau kita pakai Maxis dan Celcom. Mestilah kita tau apa yang terbaik untuk kita. Ciri-ciri yang ada pada pakej yang ditawarkan. Takkan kerana Celcom itu ungu, dan Maxis itu merah..tapi sebab aku suke Ungu, maka aku perlu terminate bil Maxis aku walaupon aku suke pelan yang Maxis tawarkan. Hahaha, korang jangan kerut kening. Tuh hanya perumpamaan tentang pilihan kedua aku yang kecundang dan pilihan sekarang yang membawa masa depan yang cerah penuh dengan warna-warni Aidilfitri.

Buat masa sekarang, walaupun Arnin kata, "bila ko nak buat pilihan nih". Aku hanya sengih macam kerang busuk. Aku tau, pilihan yang kecundang tuh kecundang, sebab aku tak penah nampak masa depan aku. Aku tak penah dijanjikan apa-apa masa aku memilih pilihan itu. Ya! Kadang-kadang kita perlukan satu pegangan supaya kita yakin. Bukan kita membina keyakinan kita sendiri dengan berangan kunun-kunun itulah pilihan terbaik kita. Dan kesan buruk dari tersilap langkah memilih keputusan, aku sendiri yang berada dalam situasi kebingungan. Walaupun aku dah terang-terang mampu buat keputusan yang betul, tapi masih lagi terbelengu dengan kesilapan yang telah aku buat sendiri.. Hmm, entahlah. mungkin aku memerlukan extra kekuatan sebab sekarang aku yang tiada keyakinan diri lagi. Mujur aku ada kawan-kawan penyayang yang sentiasa inginkan terbaik untuk aku.

Oleh itu, terima kasih untuk Arnin, Wani, Ekin, Dila, Syed, Ika dan semua kawan-kawan sekeliling aku yang selalu beri sokongan dan dorongan. Sayangku tak terhingga buat korang sumer..
A.D.I.O.S

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

silentphobia said...

ITU akan datang bile sudah tiba masanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers