Hai kawan-kawan....
Bukan mudah nak menghadap laptop n menaip untuk update blog nih..Tapi aku cubalah spend time kat sini kejap..
Banyak benda aku nak update nih:
Perkara (1):
Aku balik lewat ke hostel serta berulang alik dari rumah ke kelas 3 hari minggu nih sebab jadik driver ayah aku..Nasib baiklah kelas aku tak pack..Walau bagaimanapun, agak kepenatan jugaklah sampai balik umah malam-malam, besok pagi sure aku liat nak bangun subuh..Tapi, aku seronok sebab aku tau mak aku selesa bila aku kat rumah menemani dia saat-saat Buyah terlantar di hospital...Macam-macam topik kami bualkan dalam kereta setiap hari sepanjang aku jadik driver mak aku..So, takdelah dia tension sangat kan..
Perkara (2):
Perangai aku yang memang selalu CUAI nih terbukti bila aku dah menghilangkan kunci hostel dan kunci locker menyebabkan aku terpaksa bergantung kat baju-baju yang aku dah bawak balik kampung.. Nasib baik aku ade extra space yang aku sediakan sendiri nak letak baju-baju kurung aku..Maklumlah, locker kat asrama nih kecik sangat..So, kebetulan masa kerja dulu, aku memang ade bakul baju sendiri yang aku letakkan baju kurung.So, aku bawak terus baju-baju kurung tuh terus ke hostel..Takyah susah-susah nak lipat lagi..hehehe!Nasib baik ade abang sombong yang tak pandai berborak tuh datang tolong gergajikan mangga solex aku tuh..Tak payah susah-susah aku nak bukak mangga besar gedabak aku tuh kan..hehehe..
::Tengok abang sombong nih gergaji kunci locker aku..Smart giler...::
Perkara (3):
Aku rasa bende nih macam tak penting sangat pun..Tapi, kadang-kadang kan aku setuju bila orang cakap 'Mungkin Allah sengaja biarkan kite kecewa dan berjumpa dengan orang yang salah sebelum kite jumpa orang yang betul-betul serasi dengan kita'..Tapi kadang-kadang aku menolak jugak..sebab dah kali ke 2 aku frust..Tak jugak jumpa orang yang betul-betul hargai aku..So, sekarang apa yang aku percaya, tak de hubungan yang lebih terjamin dan berkekalan selain ikatan perkahwinan..Jadi, biarlah aku bersabar dan banyak bertenang serta study bersungguh-sungguh untuk habiskan degree aku nih..Siapapun pasangan aku, aku redha jer...hehehehe...
Perkara (4):
Semalam, tak pasal-pasal pakwe kawan aku nak carik gaduh dengan aku n sorang lagi kawan aku sebabkan perkara tak masuk akal..Nanti aku cerita next post ok..
Perkara (5):
Naik cuti nih macam-macam due date nak kejar...Nak siapkan perbentangan, dengan exam, kuiz..Sian Deng aku sebab aku kurang bagi perhatian kat dia lately. So far, Jumaat lepas dah settle satu presentation untuk subjek Information System..Berhabuk-habuk nak speaking..Kah kah! Kitorang ade buat blog, tp jadikkan macam under re-construction jer sebab tak sempat..So, blog tuh akan di update oleh geng-geng kami sepanjang degree nih sebagai kenang-kenangan...Ni link dia, korang leh bukak kalau korang rajin..Tapi lom buat pape lagi.eheh!
Perkara (6):
Weekend!!! Tuh lah time yang paling aku suke..Spent time dengan macik Arnin ajak dia teman aku carik jeans..Penyudahnya, aku tak jumpe jeans aku, dia pulak yang membeli belah dengan jayanya..Kalau aku kuar dengan dia balik lewat, aku tidur rumah dia..Mak aku pun dah faham dah n tak bising-bising sebab kalau aku balik lewat, takkan aku nak drive malam-malam buta kan.. Nak pergi uma Arnin jer dah makan 1/2 jam sampai 45 minit. Lalu hutan Terendak lagi..Tapi aku boleh jer balik tengah-tengah malam..Haha!
Perkara (7):
Ini update yang paling aku benci...Kawan-kawan aku cakap badan aku naik lagi..Argh, bengang abes...Ekin, Zana, Wani cakap badan aku naik...Si Arnin pulak cakap pipi aku makin tembam..Dah tak boleh pakai shawl lagi ok..Pakai tudung sarung tuh pon kena dielakkan..Adeh! Aku dah lama nak beli jeans pon sampai sekarang tak beli-beli lagi.. Kalau dulu saiz L pun aku muat, sekarang saiz XL pun aku dah gerun nak pakai...Tu lah penyebab kau tak beli jeans tadi..Kalau aku beli jugak, confirm mak aku halau aku dari rumah n tak ngaku aku anak! Haih!
Td aku duk borak-borak dengan Yan kecik, dia cakap aku nampak makin kecik ade lah..(?????) Bingung lak aku..So, sekarang nih aku mule mengurangkan makan aku semula..Mungkin beraya selama dua minggu, selera aku bertambah-tambah..Lagi pulak sebulan puasa aku tak balik kampung, so, bila cuti..happy lah aku..Sampai selera makan pun bertambah-tambah..Ngeeee~~
(Note: Sedang membersihkan kipas yang dah berhabuk..Tinggal berdua jer dengan kecik..Yang lelaen pagi-pagi dah berambu tah ke mana..)

0 comments:
Post a Comment