Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, April 16, 2013

Berjauhan lagi...



Mungkin dah jadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga kami, bila aku dan suami sentiasa ditakdirkan berjauhan begini. Kalau nak diikutkan pregnancy calendar, usia kandungan aku hari nih 35 minggu 6 hari. Kurang 5 minggu aku nak delivery anak pertama nih. Malangnya, suami terpaksa outstation untuk event Minggu Amanah Saham Malaysia di perlis selama dua minggu, menyebabkan aku selalu tertanya, sempat tak suami aku balik sebelum aku deliver baby.

Perut besar.

Ye, membawa perut yang besar di kawasan awam selalu buat orang tertanya-tanya, bila tarikh aku bersalin. Contohnya semalam, masa aku baru balik dari surau. Surau hospital Alor Gajah, tempat buyah dimasukkan ke wad kerana kurang darah (Thalesemia). Guard tanye, bila bersalin, aku cakap lagi 5 minggu, tapi dia cakap, mesti tak sampai 5 minggu. Seorang pak cik kebetulan ada kat situ terus menyampuk, "Agaknya malam nih dah bersalin nih..." Konfiden betul kata-kata beliau sedangkan dalam hati aku nih, Tuhan saja yang tau...

Demi Allah, aku tak kisah bersalin bila-bila pon, tapi aku kisah bila suami tak ada di sisi saat aku dah sarat macam nih.. Dan hati aku terusik setiap kali suami cakap kat baby dalam perut, "Tunggu Abi balik, Abi nak sambut baby, nak azankan baby, dan temankan umi". *tibe-tibe bergenang air mata...sob sob..*

Buyah masuk hospital.

Seminggu yang lepas, aku berada di Shah Alam. Badan yang makin memberat nih jadi ringan bila menguruskan suami yang demam panas. Mokde aku yang juga doktor menyimpulkan suami aku dengki, dan mungkin simptom demam virus. Alhamdulillah, walaupon demam beliau agak teruk, aku tak berjangkit dan jatuh sakit. Bila demamnya panas, semalaman aku berjaga, memastikan tuala basah sentiasa bertukar untuk turunkan suhu badan beliau. Sehingga hari ke 3, aku pakaikan Koolfever, baru demamnya kebah sedikit.

Lepas 3 kali pergi klinik area Shah Alam, dan masih tiada doktor nak check darah beliau, hari Jumaat, suami perasan bintik merah mula naik di badan beliau. Pergi klinik Lubok China, check darah dan doktor bagitau, platelet sangat rendah. Masuk air dan 3 hari berturut-turut ambil darah untuk pantau platelet incik suami.

Dalam kerisauan pada suami, buyah pulak demam. Demam sebab sakit gigi.Simptom yang sama, takde selera nak makan. Hari terakhir (Ahad) untuk ambil darah suami di Hospital Alor Gajah, buyah ditahan ke wad. Kami pergi saing sebab buyah dah rasa lemah. Rupa-rupanya darah kurang. Suami dah sihat, buyah pulak masuk hospital.

Petangnya suami balik Shah Alam naik bas, dan aku dengan gigih jadi driver mak ke hospital. Bagi aku, berjauhan sebegini buat aku lebih berdikari dan mampu buat segalanya sendiri. Walaupon prut dah cecah stereng, insyaAlah,aku masih mampu jadi kaki kedua mak saat-saat buyah terlantar di hospital.

Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers