Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, March 6, 2013

Hati lebih tenang..

Assalamualaikum readers!

Lama dah tak meng-update blog. Nak kata busy, tak dok pon. Tapi bila dapat pegang keyboard pc nih, semangat menaip jadi berkobar-kobar. Feel menaip kat keyboard nih tak sama macam menaip kat laptop. Rase macam orang keje pejabat lah sikit. Manalah tau, ade rezeki anak nanti.

By the way, hari nih genap kandungan mencecah usia 30 minggu. Setelah macam-macam rintangan dihadapi, alhamdulillah, baby mommy dah membesar dengan sihat. Warded di hospital mase 27 minggu pon, orang  ingat kene tahan sebab dah nak due. Kuss semangat. Perut mommy lagi besar nak banding kak ipar mommy yang selisih 8 minggu lebih awal. Ngalahkan mommy yang nak meletup dulu.. *Sambil ketap bibir sebab baby mengeliat kat tummy:p*


Asalnya duk depan pc nak main farmville. Almaklumlah, nak menjadikan masa berlalu dengan cepat tanpa disedari. Mommy perlu cari hobi supaya tak terasa sangat berjauhan dengan cik Abang. Sekarang mommy kat Melaka selama seminggu utk check up di hospital Melaka. Tinggal cik Hubby kat Shah Alam keseorangan:( Nak ulang alik leceh sebab weekend nih ade 3 kenduri classmate yang harus di hadiri. Di Felcra (kawan sekolah rendah yang sangat akrab n comot bersama), di Klebang (kawan baik since Politeknik hingga ke alam pekerjaan dan terus rapat hingga sekarang) dan di Merlimau (kawan di sekolah menengah yang berkongsi minat yang sama mengarang cerpen dan novel di suatu ketika dahulu)


Cisss, macam tak caya dah lama berlalunya alam persekolahan sampai aku terlupa betapa obsesnya aku dulu mengarang cerpen-cerpen pendek dan novel hingusan masa sekolah menengah. Pindah sekolah tingkatan 4, punah sudah hobiku yang satu tuh.



Tadi nak bukak game, loading punyalah lama. Maklumlah, processor pc nih lama sangat, takleh loading game tuh, so aku bukak lah website untuk cari pekerjaan. Tetibe teringat bekas boifren mase putus kejap ngan cik Asben dulu. Dia keje gomen, bawah Kementerian Sumber Manusia. Selalu ajar nak bukak Job Malaysia. Tadi bukak, satu haram tak reti nak guna. Sambung degree terus buta IT nak isi borang keje untuk gomen. Kunun nak lah tanye kat dia, tapi segan. So, aku terstalker pulak FB beliau.


Jeng-jeng.

Beliau dah tak block Fb aku, maka aku nampaklah cover fotonya bersama kekasih baru. Walaupon limited nak stalk Fb beliau, dapat stalk FB awek dia pon ok gak. Haha. Awek boleh tahan, cantik macam retis n ala-ala model. Kalah lah aku yang sempoi dan tak pandai melaram nih kan. Tengok nama... hurm, memang sedondon dan sesuai lah dengan beliau. Kalau beliau dengan aku sekarang, dah tentu dapat tentangan keluarga. He deserve to get the best women. Dan petunjuk Allah tuh tak penah tersilap. Memang istigkharah panduan terbaik bila kita perlu membuat pilihan yang tepat.Walaupun aku dah bahagia sekarang, tapi selagi dia tak jumpe pasangan yang terbaik, selagi itu hati aku akan rase bersalah. Sekarang, dah tak rase bersalah dan boleh senyum-senyum sambil gosok perut yang muncit nih. Hehe.


Apepun, ikhlas dari hati, aku mendoakan beliau jumpe teman pengganti yang lebih baik. Apa yang pernah berlaku dulu, jadikan satu pengajaran. Masa pun dah berlalu dengan cepat sekali. Sehingga terlupa dah hampir dua tahun usia perkahwinan aku ngan cik Asben. Dah nak kuar pon baby tembam dalam perut mummy nih. 


Kehadiran beliau aka bekas kekasih sekejap tuh aku anggap sebagai pembantu untuk aku dan cik Asben nilai kelemahan kami. So, aku sangat berterima kasih kepada beliau yang takde sekelimut pon buat salah pada aku selama nih. Biarlah dititikkan sebagai sahabat terbaik yang aku jumpe. Tak semestinya orang yang boleh jadi soulmate kita, akan jadi pasangan kita hingga ke jinjang pelamin. itulah alkisah antara kami bertiga. Even banyak beze aku dengan cik Asben, ia sebenarnya pelengkap antara aku dan dia. Dan walaupun beliau aka bekas kekasih memenuhi angan-angan minah novel dan drama macam aku nih, tak semestinya aku boleh membahagiakan diri aku sendiri. Dari aku tak menghargai beliau, lebih baik beliau jumpe dengan insan yang lebih menghargai beliau di sisi.


#Aku harap lepas nih, adik ipar aku tak sindir aku dengan lagu siksen macam mase dorang nak kawen dulu. Dia sindir lagi, aku cepu dia sampai tertanggal gigi.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy