Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, March 21, 2013

Oh check up!

Salam readers,


Hari nih hari paling tough untuk aku. Since malam tadi, setelah hampir 3 bulan tak drive jauh n jadik mem je, aku memulakan langkah dengan bismillah, bawak kereta dari Shah Alam ke Melaka. Alone. Memula rase janggal sangat. Dulu kemain bawak kete macam pelesit, tapi malam tadi, aku bawak kereta, tapi tak seberani dulu. Dah hampir sampai tol Pedas, baru ade kekuatan di situ. Nak diikutkan, dr awal pegang stereng aku dah tanamkan kekuatan dalam diri, demi baby.



Alhamdulillah, pukul 10 malam lebih kurang, sampai rumah. Buyah ngan mak takde, gi ceramah politik. Aku pon menjeruk dalam bilik sampa 2 3 pagi tak dapat melelapkan mata. Rase kesunyian pulak takde orang kat sebelah nak disusahkan. hahaha!



Pagi-pagi lagi aku dah  gerak ke Hospital Melaka. Check up kes Thalasemia dan kurang darah. Dan awal-awal lagi aku dah berazam, taknak ade follow up or TCA selepas nih. Bayangkan pukul 9.00 sampai, pukul 1 baru settle jumpe doktor. Jumpe doktor tak sampai 15 minit. Huh, sangat berbaloi aku datang jauh2 semata-mata nak check up. Then, mase nak set appointment  aku terus terang dengan doktor, tanak datang lagi follow up hospital. Sebab doktor bace report pon ala kadar. Suh Klinik Kesihatan amek darah pon, tak check. Abes kering kontang darah aku. Aku pulak yang nak tunjukkan result darah, tapi doktor buat dunno nye. Paling sadis, aku drive sendiri ke hospital hari nih. Kebetulan mak pon puasa nazar sempena Kak Cik dapat result yang bagus dalam STPM dan Kakak Ipar aku selamat melahirkan baby perempuannya yang comel:)


Nah, gambar si tomel. Mokteh datang melawat lepas balik check up tadi. Pasnih si Tomel pulak datang melawat mokteh n sepupu kamu ye:)

Balik dari hospital, singgah jap Gajah Berang. Pergi Popular, nk mintak kad ahli aku yang dah nak tarikh luput tuh. Tapi, dia suh pakai je kad kertas sementara tuh. Dah alang-alang, aku round kedai-kedai buku yang leh pakai baucar buku. Ingat nak survey external hdd. Tapi mahal pulak harganye. Takpe, masih banyak mase lagi.


Lepas survey external, mak buyung singgah tengok anak buah pertama. Lepak-lepak sekejap, singgah beli lauk di Family Store, terus balik rumah nak masak untuk mak yang berpuasa. Fuhhh, letih betul hari nih. 

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers