Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, March 20, 2015

Mimpi, kenapa asyik merepek?

Hai korang. Sihat tak?

Pernah tak korang bermimpi? Mimpi nye ikut turutan or merepek-merepek je?



Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan,pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra lainnya dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement/REM sleep).



Sumber dari google.
Ala.. tak semestinye malam tadi kite mimpi, esok kite kene google or tanye orang ape maksud mimpi kite malam tadi. Ye dak?

Macam aku lah. Mimpi takde pon yang aku anggap seyes. Selalunya ape yang aku mimpi tu relate dengan ape yang aku buat sepanjang hari.

Contoh, malam tadi.

Sumber: Google

Tengok cerita Burger Land channel 727 Food Channel Network kat Astro malam tadi. Sedap gile rancangan pasal burger. Fuhhhh, burger kat luar Negara jangan samakan dengan kat Malaysia nih. Jauh panggang dari api. Tengok ajelah dorang punye bawang caramel, daging cincang, cheese warna kuning, dengan sos dia... Perggghhhh! Manalah tak masuk sampai dalam mimpi.

Nak jadik cerita, malam tadi cik abang gi ngeteh dengan bos dia kat taman sebelah. Kebetulan bos dia tuh dari Kota Tinggi, so dia dok pakat merayau round satu Melaka. Aku ingat laki aku cerita gi kat Fun Fair kat mana tah. Sedar-sedar dah pukul 12 lebih gitu.

Since dah keje nih, aku punye badan punyelah lembik. Bangun Subuh dah tak tidur, terus siap-siap gi kerja. Balik kerja dah bizi layan anak & masak. Nasib baik dok ngan mertua. Leh tengokkan anak kita kan. Kalau tak, lagilah lunyai badan nih rasenye.

So, dalam pukul 10 gitu, aku dah ready ajak Irshad Ghazi tidur. Senang dah dia nak tidur. Minum je susu, ajak bace doa tidur & selawat sikit, dia suh usap-usap & garu belakang badan, terus zzzzz. Tak sampai pon soploh minit, kengkadang.

CERITA MIMPI MEREPEK AKU:

Aku tersedar tak pukul bape. Tengok cik abang lom balik lagi. Lelap balik. Nak jadik cerita, dalam mimpi, aku leh jumpe laki aku depan taman. Dia naik motor abah, aku naik beskal (tah basikal sape aku rembat). Laki aku leh tanye la, nak gi mana. Aku cakap nak beli BURGER. See… Nampak tak. Tengok cerita pasal burger, then mimpi nak makan burger. Then aku buat muke eksen tanak cakap dengan hubby aku. Terbawak dalam mimpi, sebab rasa macam dah lewat sangat masa tersedar, tengok laki aku tak balik ngeteh lagi.

PERMULAAN KISAH MIMPI MEREPEK:

Aku tatau kenapa scene aku naik beskal berubah kepada tunggu lift. Bolehlak aku jumpe kawan sekolah aku, PAKAI BAJU SEKOLAH. Then adik dia pon ade. Actually, adik dia pon sekolah sama ngan kitorang. Dalam mimpi aku, ADIK DIA SEJIBIK MACAM AKU SELALU TENGOK KAT ASRAMA, RAMBUT LURUS, PENDEK PARAS BAHU. Nampak betuk ke tak logic sebab zaman sekarang adik dia dah jadik mak orang dah. Haha!

Keluar dr lift, bulih palak masuk dalam library. Librarian yang ade kat kaunter orang yang aku kenal. Tapi time cite kat hubby, aku dah tak ingat sapo dah. Haha.

Ape yang nak aku ceritakan kat sini, kekadang kite pon tak faham kenapa dan bagaimana kite boleh mimpi merepek camtukan. Tah pape je. Ni tak detail aku cerita nih. Kalau cerita betul-betul, korang cakap aku gile pulak nanti. Hahaha!


Ok, tu je cerita dari aku untuk hari nih. Babai!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy