Assalamualaikum & salam 1Malaysia!
Tak pasal je kan
salam 1 Malaysia. Macam lah kau bini Peemm. Hiks!
Saje nak hupdate
pasal kerja terbaru lepas grad bulan 5 TAHUN LEPAS. Setelah berpuluh beratus
resume aku antau, pergi interbiu sana sini, lekat jugak satu kerja better SIKIT
untuk tahun 2015
*lepas setahun lebih aku biar blog nih
bersawang-sawang*
Pergi intebiu dah
berbulan-bulan dah. Nak jadik cerita, benti keje kat butik vendor, terus dapat
panggilan untuk lapor diri kat Jabatan Veterinar Negeri Melaka ni. Orang cakap
rezeki kan. Even gaji ikut hari RM54 je sehari, aku dah rase syukur dah. Sebab
aku rase lebih beruntung dari masyarakat kat luar sana yang bergelar
PENGANGGUR. Engko ingat tak frust, ko dah habiskan bertahun nak dapat ijazah,
penyudah ko tercampak dalam DUNIA PENGANGGURAN. Lagi sadis kalau kau dah ada
anak dan HUTANG PIUTANG sebab ambik loan pendidikan. Menangis wooo nak
settlekan loan.
Tapi yang kelakau nye, panggil lapor diri macam
tergesa-gesa. Suh lapor diri sepatutnye 2hb March, tapi tangguh punye tangguh
16hb pulak suh lapor diri. Tuh pon call pagi, petang suh masuk keje. Masuk keje
semua tercengang cengang. Apehal lak tetibe si minah nih lapor diri takde surat
perlantikan bagai.
Sebabnya, aku dapat lantikan dari federal. Federal means
lantikan aku dari putrajaya, bukan JVNM punye. So, dorang risau ahh, takut
kalau aku lapor diri awal, takde surat itam puteh, gilerr kau keje beria takde
gaji. Melalak mak ujung bulan nanti.
So far, environment sini ok ahhh. Staff takdelah satu
lapisan umur je. Berlapis-lapis umurnye. Dari umur budak lepas sekolah sampai
nak pencen pon adoo.. melampaulak budak lepas SPM dapat keje gomen kan. Hihi. Acah
meknon je.
Hari pertama lapor diri memang serabut. Sampai jumpe
Pengarah, pengarah call PIC yang tau pasal perlantikan aku nih, tapi x
dapat-dapat. Kerani yang in charge aku pon tatau pape sebab dia cuti. Aku? Lagi
haru. Tapi aku watlek watpis je. Kontrol ayu kan.
Hari kedua, staff bawak berkenalan dengan staff lain. Banyak
jugak doktor kat sini rupenye. Sebab berkaitan dengan haiwan kan. So, yang
dipanggil doktor kbanyakkannya lepasan degree arr.. hebatkan? Aku je sedih
sebab, sebab lepasan degree keje kerani.. dalam hati dok sound diri sendiri, “Syukur
sket Ima, dari takde keje..”
Setakat dua hari nih keje aku menangok je sebab
pegawai yang in charge aku cuti sekolah. Hahaha. Anak dia bercuti, dengan apak
dia skalik cuti gi holiday. Keje aku key in data untuk Program Azam Tani. Quite
interisting for me sbb ade relate dengan usahawan. I kan business minded. Puuuiii!
So, hari kedua, aku dok belek file peserta &
tengok lah ape bidang keusahawanan yang dorang ceburi, tengok kemudahan yang
kite bagi kat dorang untuk berniaga, bercucuk tanam, menangkap ikan dan bla..
bla.. bla.. Aku siap cari maklumat pasal Azam Tani dalam tenet. Tapi tu arrr,
selagi pegawai aku bercuti, selagi tu aku takde benda nak buat. So, aku
menangok kat depan PC sambil terjah semua file Azam Tani tu.
Then, hari ketiga, aku dah mule menyesuaikan diri. Ada
staff yang dah start duduk berbual dengan aku. Bercerita pasal kerja, pasal department
aku duduk nih which is “Bahagian Industri” dan jiran-jiran taman. *Kebetulan
salah satu staff kat sini jiran tetangga aku jugak dan dialah yang share iklan
temuduga ni kat aku tahun lepas*
Department aku ni taklah ramai staff. Dan kerap
lengang seakan tak berpenghuni. Sebabnya, dorang nih banyak buat kerja
teknikal.. macam-macam tau. Susah nak terangkan, tapi ade yang jaga unggas,
jaga pembiakan, rumputlah.. aku sekarang boleh terima input je, tapi bayangkan gitu-gitu je. Ape je staff
bincangkan, aku pasang telinga. Mana tau leh tambah ilmu pengetahuan pasal
haiwan kan?
Tapi semua ok. Yang pegawai dalam bilik je lah quite
senyap n so… so.. je.
Apepon, aku harap semoga ade rezeki yang lebih baik
untuk aku lepas nih.
Dah alang-alang takde keje nih kan, buatlah bizi
menaip. Padahal taip entry blog je pon. Aku kalau dah menaip, mulalah meraban. Ngalahkan
buat thesis pulak.
5 comments:
bagus bagus.. marila menulis dan meraban semula.. hahahha
hahahaha.. mraban sebab takde keje bulihlah busu..
Nak tanya ni..kamu ni org melaka ek? Macam mana boleh dpt jbtn kat melaka jgk ye mmg diorang bagi atau kita boleh mintak? Kamu kat bandar melaka atau duk kat daerah lain tp keje kat ibu negeri? Harap boleh bg respons tq :D
Nak tanya ni..kamu ni org melaka ek? Macam mana boleh dpt jbtn kat melaka jgk ye mmg diorang bagi atau kita boleh mintak? Kamu kat bandar melaka atau duk kat daerah lain tp keje kat ibu negeri? Harap boleh bg respons tq :D
saya tak faham soklan awak bagi macam mana. Masa mohon ni, biasanya PSH takkan iklan online secara umum. Kene gi kat jabatan terbabit. Kalau ada iklan kekosongan jawatan, baru kita apply.
Kebetulan jiran keje kat JPV ni, share iklan jawatan kosong. So, saya anta resume, next weeknye dia panggil IV. PSH bergantung pada keperluan jabatan. Kalau perlu sorang, dia panggil sorang. Kalau perlu ramai, dia panggil ramai.
Sepatutnye saya bawah state. Gaji pon state yang bayar. Kebetulan pegawai kami perlukan pembantu, tapi projek bawah federal, so saya PSH yang tak terikat bawah state. Saya PSH bawah federal. Faham tak? HIhi.
Saya memang orang melaka. Kalau awak mohon PSH bawah daerah, dapat lah uner daerah, Dia specifik ikut keperluan jabatan, bukan under majlis perbandaran..
Post a Comment