Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, December 19, 2010

It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"


Aku jumpe video nih kat Facebook, yang di share kan oleh kawan FB aku. Pada akulah, jijik pulak bila orang Islam sendiri secara terang-terangan mengaku diri dia gay. Budus ke ape. Video nih aku post dulu kat blogger. Kalau-kalau dia close account aku donlod siap-siap. Esok confirm laki nih kena tangkap Penguatkuasa Agama Islam sebab dah terpesong sangat nih.  Tak pon account Youtube 'seksualitimerdeka' ni bakal ditutup sebab di kutuk. Yang dah komen pon berderet-deret kutuk lahanat nih. Sorry, terkasar bahasa pulak.

Ini salah satu komen dari Youtube yang aku ambil. Lebih kurang 45 minit lepas:

"For those homophobic people posting that Azwan matilah kau, gay destroyed in hell, gay eat shit - do you seriously think you deserve to go to your Syurga/heaven? You said your Allah is maha mulia, do you think He would let you go to Syurga saying terrible words like that?"
Firman Allah dalam surah Al-A’raf:80-84:

"Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: mengapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” 

[Note: Dunia nih dah betul-betul dah tunggang terbalik]


















Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Cuti sangat bosane



Ok, jadual cuti sem aku yang sangat boring.


6.45am : Itulah paling awal aku akan bangun Subuh. Kalau tak, alamat pukul 7 lah aku. Setakat nih Buyah baru kejut aku semayang Subuh 2 kali kot. Jarang dia nak masuk bilik anak-anak pompuan dia. Mungkin kami tido seksi-seksi kot. Oh tak, gurau je :)


7.00am - 10am : Oh, ini masa-masa untuk revive tenaga dalaman. Tah ape-ape. Biasa lepas Subuh, aku memang RAJIN untuk tido semula. Nasib-nasiblah, kalu syok dok bawah conforter tuh lama-lama, pukul 9am mak aku dah menjerit kat pintu bilik. Walaweh, boleh terlompat + terkujat Cik Eima pagi-pagi. Lepas tu termenung kat meja makan. Takpon skipping pakai getah sayur tuh je. Satu hari 50 kali.


10am : Kalau aku still terhegeh-hegeh dan termenung-menung, mak aku akan bising-bising lagi. Masa tu aku akan menyeret kaki ke dapur n basuh pinggan. Then, kalau mak aku buat-buat sumbung [besenye ngajuk sebab aku malas..haha], aku ringan-ringan mulutlah tanya, mak nak masak ape ari nih. Jadik, kalau mak aku mood baik, mulalah dia bagitau itu, ini. Takpe mak, ,mendiamkan diri hanny buat jiwaku lagi tersiksa. Sekurang-kurangnya, mak cakap, terubatlah kemalasan aku nih kan.


12pm : Biasanya time nih aku dah siap memasak. Masaklah ape yang patut. Lagi best kalau mak aku ada. Sebab dia suke tolong aku potong-potongkan bawang, sayur-sayuran etc. Aku nih kalau mak aku ade kat rumah, time tuh lah aku rasa macam cangok je nak memasak. Ada je aku tanya mak aku.
Pastuh kami suke gaduh-gaduh tuka siaran radio. Ehem-ehem. Pagi-pagi aku layan Suria FM. Cume kadang-kadang naik bosan sebab lagu sama diulang tipa-tiap ari. Takpelah, janji tak dengar orang membebel banyak-banyak n iklan. Sebab aku bukak radio nak dengar lagu jer..


1pm : Oh, korang ingat aku kuat tidur eh? --->perasan sendiri. Sejak dua menjak nih jarang aku tidur petang. Dah berminggu-minggu since si Dayah Kassim datang rumah aku copy lagu 6ixth Sense. 6ixth Sense lagi. Haha, macam takde kumpulan lain lah aku nak minat..^.^
Dialah yang sound direct kat aku jangan tidur siang nanti malam takleh tidur. Padahal masa dia datang tuh lah aku baru nak tidur petang sebab line streamix problem. Hehe. So, taulah korangkan kenapa petang aku tak tidur lagi sekarang.


2pm - 6pm : Aku akan habiskan masa bukak Farmville n Cityville aku. Nanti kalau aku dah bosan, aku g lah buat benda lain. Pusing-pusing satu rumah ke, makan ke, sembahyang ke, buli dak Ida n Anoi ke, buat air, tengok tv, main dengan kucing etc. Lepas tuh, aku adap FB balik.


6apm - 8.00pm : Masa nih tak adap lappy sangat. Kadang-kadang aku tutup laptop. Aku tengok tv biasanya. Tak pon buatlah pape. Mandi ke. Lagi pun time maghrib, rumah aku riuh sikit sebab sume dah tunggu masuk waktu sambil berborak-borak makan kerepek depan tv.


8.00pm - 9.00pm : Aku adap lappy n lepak bilek lagii. Takpun lipat baju sambil tengok berita ataupun makan. Tengoklah, kadang-kadang makan petang, kadang-kadang malam. Ikut suke je. 


9.00 pm - 11pm : Time nih aku suka tunggu drama. Sekarang layan cerita Hani dengan Ayoub. Best. Bagus buat pengajaran. Pakaian diorang pun sopan je. Pelakun pakai tudung.
ap game sampai aku rasa bosan.


11.00pm - tak dapat nak pk pukul berapa exactly aku tido : Aku akan adap game sampai aku bosan then zzz...


Note: Bosan kan? Mak aku susah nak bagi aku keluar mana-mana. Kalau aku keluar pun, aku bawak mak aku sekali. Kalau tak nanti, dia risau yang bukan-bukan je.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, December 15, 2010

Untuk kau, sahabat dunia akhirat.

To express my guilty for you, my dear friend.
"Dunia sering berputar macam roda. Masa kita teraniaya, kita rasa sakit tuh, kita marah, kenapa kita yang kena hadapi kesakitan tuh. Bila suatu hari, kesilapan kita menyakitkan orang lain, kita cuba mencari bagaimana nak menyembuhkan hati orang yang kita sakiti. Sukar kan?"
Sampai ke saat aku menaip nih, aku rase perasaan aku, jiwa aku macam dapat satu tamparan yang kuat sangat. Ibarat macam aku kehilangan orang tersayang yang mati eksiden ke, mati sakit jantung, mati sebab demam tetiba ke. Begitulah perumpamaan yang aku terfikir kat benak kepala aku nih.

Ayat kat atas tuh, aku update kat FB aku, [tak caya leh bukak FB aku sekarang]. Aku rase sebak, terkilan, sedih, sesak nafas. Macam-macam.

Dulu, aku di tempat yang teraniaya. Ye, memang teraniaya sangat-sangat. Aku menangis, aku bersedih, aku bermurung kerana akulah mangsa keadaan. Nasib baik ada kawan-kawan yang tak jemu pujuk aku. Aku sangat hargainya kawan.

Sekarang, aku dah menganiaya orang. Tanpa aku sedar, aku termasuk dalam golongan menganiaya. Masa yang berlalu pantas sampai aku tak sedar, orang yang aku aniaya tuh, kawan aku yang dulu selalu ada masa aku bersedih. 

Yang tak pernah abaikan aku. 
Yang buat sesuatu demi tengok aku bahagia. 
Yang aku rasa sangat dekat dengan aku, walaupon sebenarnya jauh beribu batu. 
Yang ada magic sebab dia boleh buat aku tergelak, sedangkan aku tengah melalak. 
Yang boleh menyanyi untuk aku walaupun masa tuh dah pukul 5 pagi.
Yang dengar cerita aku dengan tekun walaupon aku dah repeat cerita yang sama banyak kali.
Yang sabar je layan kerenah aku yang moody tetibe tak kena tempat.
Yang sibuk-sibuk set jam supaya time aku drive tengah-tengah malam, kau boleh teman aku sampai aku tiba ke destinasi dengan selamat.
Yang ada banyak lagi tapi aku tak sanggup nak taip banyak-banyak.

Kau tahu, aku tak pernah lupa apa yang pernah kau buat kat aku selama nih. Aku hargai segala layanan baik kau walaupon aku tergolong dalam golongan tak bersyukur dan bodoh. 

Dari dulu aku dah dapat rasa sesuatu yang buruk akan terjadi, tapi masa yang berlalu buatkan aku khilaf sendiri. Tanpa sedar, aku aniaya orang lain demi kepuasan diri sendiri. Manusia apekah aku nih?

Hari nih, kau mula membenci aku. Disebabkan kesilapan yang aku buat. Aku tahu, kemaafan takkan dapat mengubat kelukaan kau. Tapi aku nak kau tahu, aku menyesal dengan ape yang dah jadi. Kalau berdepan dengan aku, hanya buat kau merana, biarlah aku pergi. Biarlah kau tuduh aku macam-macam, tapi jauh di sudut hati, aku sayang hubungan kita yang pernah terjalin dulu. Aku tak sanggup buat kau macam nih. Dan aku tak niat nak buat kau pergi jauh dari hidup aku. Aku sayang sahabat baik macam kau. Apa yang pernah terjadi antara aku dengan kau, hanya buatkan hati aku terkilan tersangat. Dan apa yang berlaku takkan dapat buat hubungan kita pulih seperti sedia kala. Aku mula faham tentang itu.

Post nih takkan sampai ke pengetahuan kau. Aku sangat yakin. Sebab ko takkan muncul dalam blog aku lagi pasnih. Kau dah takkan jadi pembaca setia coretan merepek aku lagi. Kau dah buang aku jauh-jauh dari hidup kau. Biarlah kau bencikan aku. Mungkin lebih menenangkan kau. Apa pun terjadi lepas nih, biarlah masa yang tentukan. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau.

Hadirnya dirimu, di dalam hidupku,
Telah merubah segalanya
Dan telah ku lewati, saat gelap hidupku,
Namun kau masih tak menyakini,

Diriku yang coba menghapuskan,
Mimpi-mimpi buruk yang lalu
Inginku berlari, dan menggapai hasratku,
Apakah kau kan berlalu pergi?


Lagu tuh aku hadiahkan pada kau. Ikhlas dari manusia bodoh macam aku nih. Aku pilih lagu siksen, sebab ko pon gile lagu siksen kan. Pastuh, lagu tuh title dia "maafkan ku". Kenalah kat batang hidung aku. 

~Maafkan aku~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, December 7, 2010

seteguh karang



Seteguh Karang - 6ixth Sense

Ketika dirimu meniti langkah hidup
Kosong dan keliru mencari arah tuju
Kau mampu berdiri mengharungi
 
Pabila dirimu terhumban tanpa kasih
Segala yang terjadi halangan yang kau alami
Kesal sendiri tiada pengganti disisi
Pengobat luka hati

Chorus:
Kesorangan memaksa
Dirimu tabah tanpa rela menyerah
Kesepian mengajar
Arti kasih hamparan pengorbanan
Demi cinta

Seteguh karang tiang di dasar
Biar ombak yang datang tiada penghalang
Kerlipan nian cahaya bersinar
Indahnya mempersona lahir dari jiwa

P/s: Lagu nih Cik Ima dedicated kat sorang kawan Cik Ima yang sangat Cik Ima sayangi dan kasihi dunia akhirat. Yang Cik Ima tatau macam mana nak gambarkan betapa baik dan tulusnya hati beliau. Turut meminati lagu-lagu dari 6ixth Sense. Bila dengar lagu nih jer, Cik Ima macam nak nyanyikan jer untuk beliau. Thanks for everything. Moga tabah selalu seperti SETEGUHNYA KARANG...


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, December 6, 2010

Romantis yang hilang

Berikut adalah kisah Puan Alya dan suami.

Suami sy seorang ahli perniagaan.. sy mencintai sifatnya yg semulajadi dan sy menyukai perasaan hangat yg muncul dihati sy ketika bersandar dibahunya..

3 tahun dlm masa perkenalan dan 2 tahun dlm masa pernikahan, sy harus akui bahawa sy mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan sy mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yg menjemukan. Sy seorang wanita yg sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Sy merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yg sentiasa mengharapkan belaian. Tapi,semua itu tidak pernah sy perolehi. Suami sy jauh berbeza dari yg sy harapkan, rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dlm mencipta suasana romantis dlm perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sy terhadap cinta yg ideal.

Suatu hari, sy beranikan diri untuk mengatakan keputusan sy kepadanya, bahawa sy inginkan perceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Alya letih, abang tidak pernah cuba memberikan cinta yg Alya inginkan. "Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya. Kekecewaan sy semakin bertambah, seorang suami yg tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yg boleh sy harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yg Abang boleh lakukan untuk ubah fikiran Alya?" Sy merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Alya ada 1 soalan,kalo Abang temui jawapannya di dalam hati Alya, Alya akan mengubah fikiran Alya."

"Seandainya Alya menyukai sekuntum bunga cantik yg ada di puncak gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Adakah Abang akan sanggup lakukan demi Alya?"

Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati sy terus menjadi gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yg berisi susu hangat yg bertuliskan...

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya. "Kalimah pertama itu menghancurkan hati sy. Namun,sy masih terus ingin membacanya.

"Alya boleh menaip-naip di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Alya memperbaiki program tersebut."

"Alya selalu lupa membawa kunci rumah ketika Alya keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Alya ketika pulang."

"Alya suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat baru yang Alya kunjungi, Abang harus mencari Alya dari satu lot kedai ke satu lot kedai yg lain dan membawa Alya pulang."

"Alya selalu sengal-sengal badan sewaktu 'ABC' Alya datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Alya yg sengal itu."

"Alya lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Alya akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yg dapat mengiburkan Alya di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal yg kelakar yg Abang alami."

"Alya selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Alya , Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong memotong kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Alya, membimbing melusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yg indah.Menceritakan warna-warna bunga yg bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yg boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu. "Untuk itu sayang, jika semua yg telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Alya. Abang tidak akan menahan Alya dari mencari tangan, kaki dan mata lain yg dapat membahagiakan Alya."

Airmata sy jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi sy tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Alya telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Alya puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Alya.

"Tetapi,jika Alya tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah sayang, bahagia Abang bila Alya bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu sy segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan sy.

Oh!! Kini sy tahu, tidak ada org yg pernah mencintai sy lebih dari dia mencintai sy. 

"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yg kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini."

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers