To express my guilty for you, my dear friend.
"Dunia sering berputar macam roda. Masa kita teraniaya, kita rasa sakit tuh, kita marah, kenapa kita yang kena hadapi kesakitan tuh. Bila suatu hari, kesilapan kita menyakitkan orang lain, kita cuba mencari bagaimana nak menyembuhkan hati orang yang kita sakiti. Sukar kan?"
Sampai ke saat aku menaip nih, aku rase perasaan aku, jiwa aku macam dapat satu tamparan yang kuat sangat. Ibarat macam aku kehilangan orang tersayang yang mati eksiden ke, mati sakit jantung, mati sebab demam tetiba ke. Begitulah perumpamaan yang aku terfikir kat benak kepala aku nih.
Ayat kat atas tuh, aku update kat FB aku, [tak caya leh bukak FB aku sekarang]. Aku rase sebak, terkilan, sedih, sesak nafas. Macam-macam.
Dulu, aku di tempat yang teraniaya. Ye, memang teraniaya sangat-sangat. Aku menangis, aku bersedih, aku bermurung kerana akulah mangsa keadaan. Nasib baik ada kawan-kawan yang tak jemu pujuk aku. Aku sangat hargainya kawan.
Sekarang, aku dah menganiaya orang. Tanpa aku sedar, aku termasuk dalam golongan menganiaya. Masa yang berlalu pantas sampai aku tak sedar, orang yang aku aniaya tuh, kawan aku yang dulu selalu ada masa aku bersedih.
Yang tak pernah abaikan aku.
Yang buat sesuatu demi tengok aku bahagia.
Yang aku rasa sangat dekat dengan aku, walaupon sebenarnya jauh beribu batu.
Yang ada magic sebab dia boleh buat aku tergelak, sedangkan aku tengah melalak.
Yang boleh menyanyi untuk aku walaupun masa tuh dah pukul 5 pagi.
Yang dengar cerita aku dengan tekun walaupon aku dah repeat cerita yang sama banyak kali.
Yang sabar je layan kerenah aku yang moody tetibe tak kena tempat.
Yang sibuk-sibuk set jam supaya time aku drive tengah-tengah malam, kau boleh teman aku sampai aku tiba ke destinasi dengan selamat.
Yang ada banyak lagi tapi aku tak sanggup nak taip banyak-banyak.
Kau tahu, aku tak pernah lupa apa yang pernah kau buat kat aku selama nih. Aku hargai segala layanan baik kau walaupon aku tergolong dalam golongan tak bersyukur dan bodoh.
Dari dulu aku dah dapat rasa sesuatu yang buruk akan terjadi, tapi masa yang berlalu buatkan aku khilaf sendiri. Tanpa sedar, aku aniaya orang lain demi kepuasan diri sendiri. Manusia apekah aku nih?
Hari nih, kau mula membenci aku. Disebabkan kesilapan yang aku buat. Aku tahu, kemaafan takkan dapat mengubat kelukaan kau. Tapi aku nak kau tahu, aku menyesal dengan ape yang dah jadi. Kalau berdepan dengan aku, hanya buat kau merana, biarlah aku pergi. Biarlah kau tuduh aku macam-macam, tapi jauh di sudut hati, aku sayang hubungan kita yang pernah terjalin dulu. Aku tak sanggup buat kau macam nih. Dan aku tak niat nak buat kau pergi jauh dari hidup aku. Aku sayang sahabat baik macam kau. Apa yang pernah terjadi antara aku dengan kau, hanya buatkan hati aku terkilan tersangat. Dan apa yang berlaku takkan dapat buat hubungan kita pulih seperti sedia kala. Aku mula faham tentang itu.
Post nih takkan sampai ke pengetahuan kau. Aku sangat yakin. Sebab ko takkan muncul dalam blog aku lagi pasnih. Kau dah takkan jadi pembaca setia coretan merepek aku lagi. Kau dah buang aku jauh-jauh dari hidup kau. Biarlah kau bencikan aku. Mungkin lebih menenangkan kau. Apa pun terjadi lepas nih, biarlah masa yang tentukan. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau.
Hadirnya dirimu, di dalam hidupku,
Telah merubah segalanya
Dan telah ku lewati, saat gelap hidupku,
Namun kau masih tak menyakini,
Diriku yang coba menghapuskan,
Mimpi-mimpi buruk yang lalu
Inginku berlari, dan menggapai hasratku,
Apakah kau kan berlalu pergi?
Lagu tuh aku hadiahkan pada kau. Ikhlas dari manusia bodoh macam aku nih. Aku pilih lagu siksen, sebab ko pon gile lagu siksen kan. Pastuh, lagu tuh title dia "maafkan ku". Kenalah kat batang hidung aku.
~Maafkan aku~
0 comments:
Post a Comment