Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, December 19, 2010

Cuti sangat bosane



Ok, jadual cuti sem aku yang sangat boring.


6.45am : Itulah paling awal aku akan bangun Subuh. Kalau tak, alamat pukul 7 lah aku. Setakat nih Buyah baru kejut aku semayang Subuh 2 kali kot. Jarang dia nak masuk bilik anak-anak pompuan dia. Mungkin kami tido seksi-seksi kot. Oh tak, gurau je :)


7.00am - 10am : Oh, ini masa-masa untuk revive tenaga dalaman. Tah ape-ape. Biasa lepas Subuh, aku memang RAJIN untuk tido semula. Nasib-nasiblah, kalu syok dok bawah conforter tuh lama-lama, pukul 9am mak aku dah menjerit kat pintu bilik. Walaweh, boleh terlompat + terkujat Cik Eima pagi-pagi. Lepas tu termenung kat meja makan. Takpon skipping pakai getah sayur tuh je. Satu hari 50 kali.


10am : Kalau aku still terhegeh-hegeh dan termenung-menung, mak aku akan bising-bising lagi. Masa tu aku akan menyeret kaki ke dapur n basuh pinggan. Then, kalau mak aku buat-buat sumbung [besenye ngajuk sebab aku malas..haha], aku ringan-ringan mulutlah tanya, mak nak masak ape ari nih. Jadik, kalau mak aku mood baik, mulalah dia bagitau itu, ini. Takpe mak, ,mendiamkan diri hanny buat jiwaku lagi tersiksa. Sekurang-kurangnya, mak cakap, terubatlah kemalasan aku nih kan.


12pm : Biasanya time nih aku dah siap memasak. Masaklah ape yang patut. Lagi best kalau mak aku ada. Sebab dia suke tolong aku potong-potongkan bawang, sayur-sayuran etc. Aku nih kalau mak aku ade kat rumah, time tuh lah aku rasa macam cangok je nak memasak. Ada je aku tanya mak aku.
Pastuh kami suke gaduh-gaduh tuka siaran radio. Ehem-ehem. Pagi-pagi aku layan Suria FM. Cume kadang-kadang naik bosan sebab lagu sama diulang tipa-tiap ari. Takpelah, janji tak dengar orang membebel banyak-banyak n iklan. Sebab aku bukak radio nak dengar lagu jer..


1pm : Oh, korang ingat aku kuat tidur eh? --->perasan sendiri. Sejak dua menjak nih jarang aku tidur petang. Dah berminggu-minggu since si Dayah Kassim datang rumah aku copy lagu 6ixth Sense. 6ixth Sense lagi. Haha, macam takde kumpulan lain lah aku nak minat..^.^
Dialah yang sound direct kat aku jangan tidur siang nanti malam takleh tidur. Padahal masa dia datang tuh lah aku baru nak tidur petang sebab line streamix problem. Hehe. So, taulah korangkan kenapa petang aku tak tidur lagi sekarang.


2pm - 6pm : Aku akan habiskan masa bukak Farmville n Cityville aku. Nanti kalau aku dah bosan, aku g lah buat benda lain. Pusing-pusing satu rumah ke, makan ke, sembahyang ke, buli dak Ida n Anoi ke, buat air, tengok tv, main dengan kucing etc. Lepas tuh, aku adap FB balik.


6apm - 8.00pm : Masa nih tak adap lappy sangat. Kadang-kadang aku tutup laptop. Aku tengok tv biasanya. Tak pon buatlah pape. Mandi ke. Lagi pun time maghrib, rumah aku riuh sikit sebab sume dah tunggu masuk waktu sambil berborak-borak makan kerepek depan tv.


8.00pm - 9.00pm : Aku adap lappy n lepak bilek lagii. Takpun lipat baju sambil tengok berita ataupun makan. Tengoklah, kadang-kadang makan petang, kadang-kadang malam. Ikut suke je. 


9.00 pm - 11pm : Time nih aku suka tunggu drama. Sekarang layan cerita Hani dengan Ayoub. Best. Bagus buat pengajaran. Pakaian diorang pun sopan je. Pelakun pakai tudung.
ap game sampai aku rasa bosan.


11.00pm - tak dapat nak pk pukul berapa exactly aku tido : Aku akan adap game sampai aku bosan then zzz...


Note: Bosan kan? Mak aku susah nak bagi aku keluar mana-mana. Kalau aku keluar pun, aku bawak mak aku sekali. Kalau tak nanti, dia risau yang bukan-bukan je.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers