Dah lama tak berblogging, terkejut dengan perubahan blogger ni. Tapi smart jugak.. Macam nak bersaing dengan Facebook. Setiap kurang sebulan mesti ade je perubahan.
Selamat Hari Raya AlidilfitriMaaf Zahir & Batin
Harap-harap masih belum terlewat nak wish rakan blogger sekalian.
Lately, busy dengan persiapan Hari Raya. Sibuk je buat kuih raya. 3 jadi, lagi sejenis *almond London* jadi hiasan je kat dalam telap. Tak sape nak usik. Apepon thanks kat kakak tempat keje part time sebab ajar saya buat kuih tart nenas dan almond london tak jadik tuh. Next time saya cuba buat lagi, tapi pakai instant tepung yang ada kat kedai je lah..Hoho
Oklah, bonus pada rakan blogger. Saya bakal jadi isteri orang dalam 2 minggu lagi.
Kenapa tak kecohkan kat FACEBOOK?
Sebab saya belum bersedia untuk membuat hebahan. Lagi pulak telah studi lagi kan. Tanaklah dalam kelas heboh-heboh cerita pasal perkahwinan saya. Padahal saya tak ade invite sape-sape pon mase majlis tuh nanti. Hanya saudara mara aje yang hadir. Hati orang sekeliling pon perlu di jaga. Jadi, jemputlah datang mase hari persandingan saje. Saya bertunang pon kawan sekelas tatau.
Kenapa tak kecohkan-kecohkan awak dah bertunang? Dengan siapa awak bertunang? Tak pernah nampak pon? Tak bawak cik Tunang beraya rumah sedara mara ke? Tak letak gambar Cik Tunang dalam Facebook?
Sebenarnya ada je yang dah tau. Cuma tak lah satu dunia. Yang tau pun secara tak langsung. Kalau orang tanye, ye, saya sudah bertunang. Kalau takde yang tanye, senyap-senyap sudah. Bukannya tunang 2 3 tahun pon. Besok dah sampai majlisnya, saya bagitau lah kan. Buat ape nak pening kepala.
Esok buatnya tak jadi, kan dah tanggung aib. Aib kat muka sendiri, tak pelah, sendiri yang kepoh sangat kan. Sape suruh. Kalau sebab mulut sendiri, parents yang tanggung malu sekali, tak naya? Saya kan perempuan, adab melayu masih perlu di jaga. Kan...?
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik."
Pasal beraya rumah sedara mara...Erm tak perlu kot. Raya tahun depan kan masih ade.. *nasihat cik Tunang* Dah nak bertunang, elakkan berhubung dengan saudara mara. Lama-lama nanti ilang pulak kemanisannya. Kan dah tak best camtuh. Jadi, bersabarlah duhai hati..
So, bila sebenarnya tarikh pernikahan awak nih Cik Eima Omar?
Saya bernikah pada 30 Sept 2011. Kiranya berkongsi tarikh Nabil Raja Lawak lah nih.
Pfffttt!
Tapi, hari Jumaat tuh saya hanya nikah, tapi majlis bersanding pada 13 November 2011. Tapi majlis kecil-kecil aje. Sebab malam nya ade berkampung.
Perghhh, apsal nikah cepat. Dah gatal sangat ke nak kawen?
Ok. Nilah soklan paling kerap kawan-kawan saya tanya. Makan dalam jugaklah pertanyaan tuh. Tapi takpe, saya jawab jugak.
11/11/11 tuh tarikh abang saya nikah. 12/11/11 pula majlis kenduri rumah bakal isteri dia. Kesian parents saya nak uruskan pula pernikahan saya di antara majlis sanding abang saya tuh. Nanti kelam kabut pula.
Jadi, saya pun dinikahkan awal supaya keluarga bakal suami saya taklah terganggu dengan jadual majlis 11 hingga 13 Nov nanti. Kebetulan saya nih student. Banyak kekangan masa selain cuti perkahwinan yang tak tersenarai dalam kelendar akedemik pelajar. Jadi, setiap keputusan tentang majlis pernikahan dan persandingan sudah saya buat kajian sebaik mungkin supaya tak clash dengan jadual belajar saya.
Tak takut ter'pregnant' ke sebelum habis belajar nanti.
Setakat nih, hanya kawan-kawan yang berani tanya soalan cenggini pada saya. Kebanyakan nya dari rakan sekerja mase buat part time cuti semester 4 bulan lepas.
Saya suka menjawab di sini: Kalau boleh di elakkan, tapi kalau terlekat juga, Alhamdulillah.
Rezeki anak nih, Allah yang beri. Kalau terpaksa extend satu sem, extendlah kalau kehadiran anak tuh tak dapat di elakkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Oklah, takleh lah taip banyak-banyak. Bagitau yang penting je. Sibuk je nak menggedik cerita hal peribadi pada orang awam kan. Tapi kadang-kadang mungkin ini yang terbaik. Taknak jadi fitnah pulak kalau perkahwinan tak dihebahkan:)
10 comments:
congrats eima :)
jemput eh nanti haha *x malu*
kak eima! tahniah ye...semoga kekal ke akhir hayat bersama anak cucu dan cicit!
@oshin: hehe. opkoslah.tp gilah ngendeng cik mah cakap nak ikut rombongan pengantin...Jumaat tau.
@khairul rahman: Haha...welcome. diam2 ok,,,jgn kantoi, nanti akak malu:p
terbaik lah entry ko..hahaha...apepon tahniah in advance ye!!
welcome dear...sori sebab buat ko tertunggu nak tau bila aku nikah. ramai dah terkena selain ko.
masing2 ada sebab untuk bertindak...no worries...
tq beb...tak sangka ramai gak yg memahami
semalam x sempat nak borak lama sbb yah g beraya ngan miza...da janji ngan kawan...esok try ngendeng eh hahaha
patutlah tanye ady dia cakap yah tak cakap pape pon...ingat yah memang taknak ngikut:p
tahniah Tim !
senyap2 je..xmo jempot kwn jauh ni ke..
p/s:tegerak hati pulk nk melawat blog mu pg2 ni, hiish !
Post a Comment