Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, September 19, 2011

Salam sayang dari jauh...

Salam ini ditujukan buat orang di Puchong yang masih belum pulang ke rumah since after Zohor tadi. Memang entry nih khas untuk beliau, di samping melenyapkan rasa risau beliau tak pulang ke rumah lagi. Masih di tempat event. Masih tak cukup rehat. Masih tak packing baju-baju. Masih tak packing perlatan yang nak bawak ke outstation.



Dua minggu lepas Cik Tunang bagitau on the fon. Katanya bos ada cakap dapat tender buat kerja di Sabah & Sarawak. Kebetulan rakan sekerja beliau, 2 orang ade hal keluarga. Cuti or hal lain, tak berapa nak pasti. Yang pasti 2-2 sudah berkahwin dan baru berkahwin. Tinggal lah Cik Tunang dan rakan sekerja lagi sorang, juga berdarah manis terpaksa pulun kerja sampai hujung minggu. Nak kawin dengan student punye pasal kan...terpaksa lah rajin sikit...:p

Akhir perbualan kami, aku juz risau je lah. Sedangkan aku nak ke Masjid Tanah bawak kereta beli barang pun mak aku tak bagi, inikan Cik Tunang nak outstation di Sabah & Sarawak minggu-minggu terakhir sebelum akad nikah. Tunang mana tak risau oiiii!

Tup tap... tup tap, bos dia dah booking flight untuk beliau. Bukan berdua, berseorangan. Tak diskas pape, terus buat keputusan sendiri. Aku yang kat sini bersusah hati.

*sampai mengeje pon tersilap marah punye pasal..*

Oleh sebab since Jumaat pagi, balik Pontian. Siapkan persiapan pernikahan yang dah semakin hampir. Jadi pengiring kawan baik kahwin di Johor Sabtunya dan pulang ke Puchong Sabtu malam dan terus bekerja sejak petang tadi sampai sekarang. Besok lepas Subuh dah berangkat ke LCCT pula. Jadi, saya nak ucapkan:

"Saya sayang kamu. Jaga diri baik-baik dan pulang dengan selamat. Saya sangat risau keselamatan kamu di sana... Semoga kamu selamat pergi dan pulang dalam keadaan baik. Jangan lupe  toiletries travel bag saya..:p"


Hihi..sempat pulak order buah tangan:p


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers