Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, July 10, 2015

Jadual makan ubat ketika berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 23 readers!

Alhamdulillah, dalam menghitung hari nak melahirkan nih, masih mampu berpuasa hingga hari ke-23. Pernah terkucil satu hari akibat dehidrasi dan tekak kering teramat-amatan. Badan masa tu memang lunyai, lembik, nak pitam dan sangat-sangat lemah. Haha! So, hubby suruh buka untuk mengelakkan masalah kat isteri dan anak beliau. Hehe. But, after a few days, ade rujuk web site drzubaidi punye website (Bila wanita mengandung tidak digalakkan berpuasa), so takdelah rase bersalah sangatkan.

So, back to the topic: Jadual Makan Ketika Puasa. 

Actually, semalam pergi check up dekat Klinik Desa Krubong. Sebelum nih, check up setiap 2 minggu (masalah kurang darah), sekarang dah masuk 37w ni, kenalah pegi check up every week pulak kan.

Nak jadik cerita, semalam bile sister tanya keadaan ibu dan kandungan, aku pon tanyalah pasal contaction. Sejak trimester ke-3, rancak betul baby ni mengeras. Memang tegang habis dah perut aku. Dan, keadaan menjadi-jadi bila bulan puasa, which is, tahap mengerasnya berlanjutan sehingga 2-3 minit. Sister nih punyalah concern, setiap kali check up, kalau boleh dia nak aku refer kat doktor. Aku paling malas kalau sister suruh rujuk kat doktor. Klinik Desa nih kalau check up, benda yang basic je macam check kencing, HB dan BP. Tapi, kes macam aku ni, thalesemia carrier (HB > 11gm/dl), dari sticker hijau terus tukar kuning sebab HB turun 9gm/dl; adalah perkara yang membebankan untuk si gemuk macam aku nih. Letih tau nak berulang alik dari KD Krubong Ke KK Cheng sana. Nanti gi KK Cheng, bukan buat ape pon. Sebab kes aku nih terpencil je agaknya. Nanti sampai opis dah pukul 12. Buruk rekod thumb print aku.

So, semalam, sister suspect aku UTI (kencing kotor). Normal katanya, sebab sekarangkan bulan puasa, so ibu-ibu mengandung akan kekurangan air dalam badan. Kepala baby pulak dah engage kat laluan dia. So, baby akan menekan pundi kencing ibu. Kita akan kerap rasa nak kencing. Aku tak perasan pulak kalau aku nih tahan kencing ke ape. Sangka aku, rasa ngilu dan mencucuk-cucuk kat ari-ari tu normal sebab rambut anak lebat (orang tua-tua punye komen ni), so, aku tak ambil kisah sangat. Bulan puasa, aku minum air banyak jugak. Tapi mungkin tak mencukupi untuk keperluan badan yang kian sarat kot. So, bile buat urine test betul-betul, ternyatalah ada kandungan protein yang tinggi dalam kencing. Bacaannya 3+. 

Tapi doktor just bagi ubat antibiotik & garam ORS untuk lawas kencing. Ubat garam aku pulangkan sebab ade lagi stok kat rumah. Haha! Memandangkan kandungan pertama dulu pon, aku terjebak dengan masalah UTI dan terpaksa admit wad dengan bacaan urine 1+, so, agak konfius lah sebab doktor seakan tak memandang enteng masalah kencing kotor aku nih. So, aku refer doktor family plak (makcik aku). Makcik aku komen mudah je, selagi BP tak tinggi, even ade protein dalam kencing pon tak memudaratkan lagi. Tapi kalau sampai ari-ari mencucuk, sakit perut keterlaluan, kontraksi yang teruk, BP pulak tinggi, memang si ibu kene refer kat hospital sebab takut bayi lahir pra-matang. Ok, sekian.

Ini kekdah pengambilan ubat ketika berpuasa.
Untuk ubat-ubatan yang perlu dimakan & diminum dalam bentuk tablet, kapsul, elixir, sirap dan sebagainya, berikut merupakan cara untuk mengagihkan kekerapan memakan ubat-ubat mengikut kesesuaian waktu makan pada bulan Ramadhan.

Kekerapan mengambil ubat
Waktu makan ubat
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
Sebelum sahur atau selepas berbuka puasa – dapatkan maklumat lanjut daripada ahli farmasi tentang waktu yang paling sesuai untuk mengambil ubat tersebut.
2 kali sehari selepas makan
Makan ubat sekali selepas bersahur. Ambil sekali lagi selepas berbuka puasa
3 kali sehari selepas makan
Makan ubat sekali selepas bersahur. Ambil sekali lagi untuk dos kedua selepas berbuka puasa. Ambil sekali lagi untuk dos ketiga sebelum tidur. Makan sedikit makanan sebelum mengambil ubat sebelum tidur (waktu moreh)
2 kali sehari sebelum makan
Makan ubat sekali sebelum bersahur (sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersahur). Ambil sekali lagi untuk dos kedua bersama segelas air semasa berbuka puasa, kemudian tunggu setengah jam sebelum berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa
3 kali sehari sebelum makan
Makan ubat sekali sebelum bersahur (sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersahur). Ambil sekali lagi untuk dos kedua bersama segelas air semasa berbuka puasa, kemudian tunggu setengah jam sebelum berbuka puasa dengan makan makanan seperti biasa. Ambil sekali lagi untuk dos ketiga setengah jam sebelum tidur.
4 kali sehari dan lebih
Minta nasihat doktor berkenaan alternatif lain.

Banyak lagi tips lain dalam website tu. Mohon click link untuk bacaan yang lebih detail. Tq!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, June 22, 2015

Berpuasa ketika mengandung: Hari ke 5

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sementelah free takde bende nak buat, kite hupdate dulu blog bersawang nih.

Alhamdulillah hari ni dah 5 Ramadhan 1436H. Usia kandungan aku dah 35minggu 2 hari. Masih cekal meniti hari mendatang dengan kesabaran jitu. Buat pertama kali dalam hidup, aku berpuasa masa dah sarat macam ni. 2 tahun yang sudah, berpuasa sebagai ibu yang menyusukan, tahun ni berpuasa sebagai ibu yang tengah sarat pulak. Dugaannye taklah teruk sangat.Cuma bezanye, masa menyusukan Irshad Ghazi dulu, haus teramat, tapi still boleh layan anak, boleh memasak dan boleh makan dengan jayanya. Ramadhan kali ni, lepas berbuka je, still terbaring lesu. Nak masak untuk sahur pon takdan.

Puasa ketika mengandung:
Tak banyak dugaan. Tapi yang paling ketara, perut masuk angin. Makanlah kurma + nasi + nestum dan minum air sebanyak mungkin, masih tak dapat mengelak perut masuk angin. Start pukul 12 tngh hari dan ke atas, mulalah tekak mual dan loya. Siap muntah angin & air masam dalam perut. Sejibik macam morning sickness masa awal2 mengandung. Tapi kugagahkan jugak teruskan berpuasa dengan jayanya. Lembik petangnya toksah cakap. Siap baring dalam bilik, bukak ngaji kat HP nak tenangkan jiwa. Lately, baring je yang banyak membantu. Lepas berbuka, muntah lagi isi perut. Habis laksa penang, murtabak, air tebu, kuih cara berlauk yang aku telan keluar balik. Sabarlah duhai hati. Lagi few weeks je nih..

Tq mertuaku. Walaupon aku tak mintak, dia tolong jerangkan nasik pepagi, siap masak sayur bening + telur pagi tadi. Really appreciate her. Lately memang lemah. Mungkin kenaikan badan 12kg++ agaknye plus rumah bertangga plus tekanan darah rendah, plus HB pon rendah. Wahh, banyak betul rendah. Faktor bekerjaya pon iye jugak kot. Tapi ku rela berpuasa time keje dari duduk rumah. Rase macam lambat je masa berlalu.

Tak sabar nak bersalin:
Ini pon tak bagus jugak nih. Start masuk 32 minggu, semangat bersalin dah membuak2. Maklumlah mase Irshad Ghazi dlu, 37 minggu dah bersalin. Gi klinik, jumpe member 36 minggu dah bersalin, lagi semangat nak bersalin awal datang berkobar-kobar. Semoga Allah mudahkan perjalanan aku. Mudahkan proses bersalin nanti. Keperluan bersalin semua dah siap. Cuma set berpantang je tak lengkap. Nak jimat nye pasal kan, continue je pakai set Tanamera adik aku punye tahun lepas. Tapi still kene topup Minyak Kelapa Dara (wajib), pilis & so on.. Its okay. Ade 2 minggu lagi, kalau bersalin 37 weeks lah. Hehe.

Nak kurus:
Oii. sape tanak kurus slim2 balik woi.. 4 tahun menjadi isteri, baru kali ni suami cakap aku dah gemuk. Menusuk ke ruang paling dalam nih. But its oaky. Mr hubby pon dah prepare diri nak jadi pak bidan aku. Alhamdulillah, anak ke dua nih banyak bagi rezeki kat kami. Hubby dapat pindah Melaka, aku dapat kerja, gaji hubby naik. Eh, macam2lah. Nak senarai, panjang nanti..

See the next post nanti ya!

Selamat berpuasa dan berhari raya. 
(Wish awal2.. mana tau nak tinggalkan lagi blig nih sampai tahun depan ke. keh keh keh)


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, March 20, 2015

Mimpi, kenapa asyik merepek?

Hai korang. Sihat tak?

Pernah tak korang bermimpi? Mimpi nye ikut turutan or merepek-merepek je?



Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan,pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra lainnya dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement/REM sleep).



Sumber dari google.
Ala.. tak semestinye malam tadi kite mimpi, esok kite kene google or tanye orang ape maksud mimpi kite malam tadi. Ye dak?

Macam aku lah. Mimpi takde pon yang aku anggap seyes. Selalunya ape yang aku mimpi tu relate dengan ape yang aku buat sepanjang hari.

Contoh, malam tadi.

Sumber: Google

Tengok cerita Burger Land channel 727 Food Channel Network kat Astro malam tadi. Sedap gile rancangan pasal burger. Fuhhhh, burger kat luar Negara jangan samakan dengan kat Malaysia nih. Jauh panggang dari api. Tengok ajelah dorang punye bawang caramel, daging cincang, cheese warna kuning, dengan sos dia... Perggghhhh! Manalah tak masuk sampai dalam mimpi.

Nak jadik cerita, malam tadi cik abang gi ngeteh dengan bos dia kat taman sebelah. Kebetulan bos dia tuh dari Kota Tinggi, so dia dok pakat merayau round satu Melaka. Aku ingat laki aku cerita gi kat Fun Fair kat mana tah. Sedar-sedar dah pukul 12 lebih gitu.

Since dah keje nih, aku punye badan punyelah lembik. Bangun Subuh dah tak tidur, terus siap-siap gi kerja. Balik kerja dah bizi layan anak & masak. Nasib baik dok ngan mertua. Leh tengokkan anak kita kan. Kalau tak, lagilah lunyai badan nih rasenye.

So, dalam pukul 10 gitu, aku dah ready ajak Irshad Ghazi tidur. Senang dah dia nak tidur. Minum je susu, ajak bace doa tidur & selawat sikit, dia suh usap-usap & garu belakang badan, terus zzzzz. Tak sampai pon soploh minit, kengkadang.

CERITA MIMPI MEREPEK AKU:

Aku tersedar tak pukul bape. Tengok cik abang lom balik lagi. Lelap balik. Nak jadik cerita, dalam mimpi, aku leh jumpe laki aku depan taman. Dia naik motor abah, aku naik beskal (tah basikal sape aku rembat). Laki aku leh tanye la, nak gi mana. Aku cakap nak beli BURGER. See… Nampak tak. Tengok cerita pasal burger, then mimpi nak makan burger. Then aku buat muke eksen tanak cakap dengan hubby aku. Terbawak dalam mimpi, sebab rasa macam dah lewat sangat masa tersedar, tengok laki aku tak balik ngeteh lagi.

PERMULAAN KISAH MIMPI MEREPEK:

Aku tatau kenapa scene aku naik beskal berubah kepada tunggu lift. Bolehlak aku jumpe kawan sekolah aku, PAKAI BAJU SEKOLAH. Then adik dia pon ade. Actually, adik dia pon sekolah sama ngan kitorang. Dalam mimpi aku, ADIK DIA SEJIBIK MACAM AKU SELALU TENGOK KAT ASRAMA, RAMBUT LURUS, PENDEK PARAS BAHU. Nampak betuk ke tak logic sebab zaman sekarang adik dia dah jadik mak orang dah. Haha!

Keluar dr lift, bulih palak masuk dalam library. Librarian yang ade kat kaunter orang yang aku kenal. Tapi time cite kat hubby, aku dah tak ingat sapo dah. Haha.

Ape yang nak aku ceritakan kat sini, kekadang kite pon tak faham kenapa dan bagaimana kite boleh mimpi merepek camtukan. Tah pape je. Ni tak detail aku cerita nih. Kalau cerita betul-betul, korang cakap aku gile pulak nanti. Hahaha!


Ok, tu je cerita dari aku untuk hari nih. Babai!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, March 19, 2015

Sambal Hitam Pahang

Gud morning uollss..

Oleh kerana seminggu nih belum dapat ape-ape tugas, so aku nak hupdate sikit pasal cara nak buat SAMBAL HITAM PAHANG. Aku bukan orang pahang, so tak bapelah expert pon. Aku tengok youtube & rancangan Lesung Pipit bersama Yana Samsudin di Astro Maya. Mak aku punye koje lah. Haha!

Mase 1st time buat dulu, aku tengok youtube, boleh tahan lah rase dia, tapi masam sikit sebab kurang ikan bilis kot. Ataupon sebab aku rendam ikan bilis lama sangat. Pastu tak rase pedas sgt sebab kurang cili api. Yang 2nd trip ni, ambik belimbing buluh kat rumah geng surau abah aku. Tukang rebus belimbing buluh sampai hitam legam tu mak & cik abang aku. Dorang tak koje ikut opis hour, bulihlah tolong rebuskan.

CARA REBUS BELIMBING BULUH:

Nak rebus belimbing buluh nih bukan sekejap tau. Ambik masa berjam-jam jugak. Sebelum merebus, belimbing buluh kene letak garam sikit. Sebab garam nih pemangkin untuk sejat keluar suma air yang terkandung dalam belimbing buluh tuh. Lagi satu, korang kene guna api yang perlahan dan bekas masak kenalah bertutup. So, cepat sikit air belimbing tu keluar. Masa first time aku buat, hitam legam periuk mak aku, sebab air belimbing buluh tak keluar, tp hangus dah belimbing belah bawah.
*bajet bukak api, boleh tinggal gitu-gitu je. Hihihi.

Kali ke 2 buat, mak & cik asben lak tolong rebus gilir-gilir. Laa nih dah cerdik sikit. REBUS BELIMBING BULUH TANPA AIR, TAPI GUNA PERIUK OR BEKAS BERTUTUP DAN LETAK GARAM. Dah pesan siap-siap kat mak before gi keje. So, masa balik, aku tengok kat dapur, belimbing besi dah siap direbus walaupon takle IRENG sangat macam selalu aku google. So far, not badlah.

Rehat n golek dengan Irshad Ghazi jap, then proceed dengan acara bertukang dengan lesung batu kat dapur.
Tataulah aku terlebeh over nak masak sampai tak sempat baju ke hape. Tapi memang aku malas nak tukar baju sebab nanti time tumbuk semua bahan habes bacin balik baju aku pakai.

BAHAN-BAHAN MEMASAK

Bahan-bahan dia simple je sebenarnya.

  • Belimbing buluh rebus
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili Api
* Semua bahan aku tumbuk pakai lesung batu. Tapi ikan bilis aku rendam dulu. Dak opis aku cakap, dia goreng ikan bilis sebelum tumbuk, baru rangup krrruupp kraaapp kruupp.. Siap bawak sikit gi opis nak bagi orang Pahang rasa sambal aku lak. Habis licin satu bekas lawan ngan roti canai.
* No wonderlah nape sambal nih pemes sangat. Cara pembuatan dia nampak simple, tapi penyediaan dia sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.




Tumbuk je semua bahan agak-agak lumat. Lepas tu goreng macam buat sambal goreng ye kawan-kawan.

Hasil selepas bertukang gune lesung batu.


Sambal hitam nih takdelah garing macam sambil goreng ikan bilis yang biasa kite buat tu. Mak aku pernah cakap, kalau makanan letak asam memang tak rangup/garing. Sebab aku buat sambal goreng pon mak suh letak asam keping secoet jek. Sambal hitam nih lagilah tak rangup kan, sebab banyak kot letak belimbing buluh yang masam tu..

Gambar lain dah takde, anak aku hamek henpon anak main Pou... Agaga!. So korang trylah buat kat rumah. Aku tak letak sukatan sebab lain orang lain tekaknya. kalau suke pedas dan maam, lebihkan je cili padi dan belimbing buluh tu. 

Semoga berjaya!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, March 18, 2015

Pekerja Sambilan Harian

Assalamualaikum & salam 1Malaysia!

Tak pasal je kan salam 1 Malaysia. Macam lah kau bini Peemm. Hiks!

Saje nak hupdate pasal kerja terbaru lepas grad bulan 5 TAHUN LEPAS. Setelah berpuluh beratus resume aku antau, pergi interbiu sana sini, lekat jugak satu kerja better SIKIT untuk tahun 2015
*lepas setahun lebih aku biar blog nih bersawang-sawang*

Pergi intebiu dah berbulan-bulan dah. Nak jadik cerita, benti keje kat butik vendor, terus dapat panggilan untuk lapor diri kat Jabatan Veterinar Negeri Melaka ni. Orang cakap rezeki kan. Even gaji ikut hari RM54 je sehari, aku dah rase syukur dah. Sebab aku rase lebih beruntung dari masyarakat kat luar sana yang bergelar PENGANGGUR. Engko ingat tak frust, ko dah habiskan bertahun nak dapat ijazah, penyudah ko tercampak dalam DUNIA PENGANGGURAN. Lagi sadis kalau kau dah ada anak dan HUTANG PIUTANG sebab ambik loan pendidikan. Menangis wooo nak settlekan loan.

Tapi yang kelakau nye, panggil lapor diri macam tergesa-gesa. Suh lapor diri sepatutnye 2hb March, tapi tangguh punye tangguh 16hb pulak suh lapor diri. Tuh pon call pagi, petang suh masuk keje. Masuk keje semua tercengang cengang. Apehal lak tetibe si minah nih lapor diri takde surat perlantikan bagai.

Sebabnya, aku dapat lantikan dari federal. Federal means lantikan aku dari putrajaya, bukan JVNM punye. So, dorang risau ahh, takut kalau aku lapor diri awal, takde surat itam puteh, gilerr kau keje beria takde gaji. Melalak mak ujung bulan nanti.

So far, environment sini ok ahhh. Staff takdelah satu lapisan umur je. Berlapis-lapis umurnye. Dari umur budak lepas sekolah sampai nak pencen pon adoo.. melampaulak budak lepas SPM dapat keje gomen kan. Hihi. Acah meknon je.

Hari pertama lapor diri memang serabut. Sampai jumpe Pengarah, pengarah call PIC yang tau pasal perlantikan aku nih, tapi x dapat-dapat. Kerani yang in charge aku pon tatau pape sebab dia cuti. Aku? Lagi haru. Tapi aku watlek watpis je. Kontrol ayu kan.

Hari kedua, staff bawak berkenalan dengan staff lain. Banyak jugak doktor kat sini rupenye. Sebab berkaitan dengan haiwan kan. So, yang dipanggil doktor kbanyakkannya lepasan degree arr.. hebatkan? Aku je sedih sebab, sebab lepasan degree keje kerani.. dalam hati dok sound diri sendiri, “Syukur sket Ima, dari takde keje..” 
Setakat dua hari nih keje aku menangok je sebab pegawai yang in charge aku cuti sekolah. Hahaha. Anak dia bercuti, dengan apak dia skalik cuti gi holiday. Keje aku key in data untuk Program Azam Tani. Quite interisting for me sbb ade relate dengan usahawan. I kan business minded. Puuuiii!

So, hari kedua, aku dok belek file peserta & tengok lah ape bidang keusahawanan yang dorang ceburi, tengok kemudahan yang kite bagi kat dorang untuk berniaga, bercucuk tanam, menangkap ikan dan bla.. bla.. bla.. Aku siap cari maklumat pasal Azam Tani dalam tenet. Tapi tu arrr, selagi pegawai aku bercuti, selagi tu aku takde benda nak buat. So, aku menangok kat depan PC sambil terjah semua file Azam Tani tu.

Then, hari ketiga, aku dah mule menyesuaikan diri. Ada staff yang dah start duduk berbual dengan aku. Bercerita pasal kerja, pasal department aku duduk nih which is “Bahagian Industri” dan jiran-jiran taman. *Kebetulan salah satu staff kat sini jiran tetangga aku jugak dan dialah yang share iklan temuduga ni kat aku tahun lepas*

Department aku ni taklah ramai staff. Dan kerap lengang seakan tak berpenghuni. Sebabnya, dorang nih banyak buat kerja teknikal.. macam-macam tau. Susah nak terangkan, tapi ade yang jaga unggas, jaga pembiakan, rumputlah.. aku sekarang boleh terima input je, tapi  bayangkan gitu-gitu je. Ape je staff bincangkan, aku pasang telinga. Mana tau leh tambah ilmu pengetahuan pasal haiwan kan?

Tapi semua ok. Yang pegawai dalam bilik je lah quite senyap n so… so.. je.

Apepon, aku harap semoga ade rezeki yang lebih baik untuk aku lepas nih.

Dah alang-alang takde keje nih kan, buatlah bizi menaip. Padahal taip entry blog je pon. Aku kalau dah menaip, mulalah meraban. Ngalahkan buat thesis pulak.




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, March 17, 2015

Assalamualaikum...

Haiiilllaaa...

Lama tak update blog. Assalamualikum readers semua! Mana yang nyempat je lah tengah bosan nih.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers