Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, January 23, 2011

Luahan hati seorang isteri

DariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..


Dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..


Salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..


Aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..


Kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..


Atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...


''Seorang isteri yang taat hanya meminta suami yang soleh, memimpinnya ke jalan yang diredhai Allah, mampukah lelaki melakukannya?"

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, January 19, 2011

Dugaan~

Tahun 2010, bagi aku tahun seribu rahmat. Ape yang aku perasan, banyak betul dugaan melibatkan kesabaran dan ketabahan. Tapi dalam kesusahan melawan dugaan tuh, aku masih lagi dapat teruskan kehidupan hari-hari. Alhamdulillah, rezeki pula mencurah-curah.

Tahun 2011. Berlainan dengan tahun sudah. Entahlah, banyak sangatkan aku berfikir sampai fikiran aku jadi celaru. Sedikit demi sedikit, rezeki aku seolah-olah ditarik. Benar sebilangan orang mengatakan "Hidup ni umpama roda, kadang-kadang kita di atas, dan kadang-kadang kita di bawah." 

Urghhh! Aku rase sesak sikit sem ni, sejak duduk rumah sewa ini, terpaksa catu sikit perbelanjaan. Lagi pulak, ada beberapa perancangan besar akan berjalan dalam masa terdekat. Bagi aku, keadaan aku agak terhimpit. Bila cakap pasal kewangan, macam nih lah. Duduk hostel sem lepas, adalah side income sikit. Buat printer service, boleh buat back up duit makan. Sem ni, dduk rumah sewa, ceruk sikit, nak rumah murah katakan, tataulah dapat bertahan sampai habes sem ke tak nih. Susah hati sangat-sangat.

Printer ku merajuk, taknak print or photostat langsung. Buku-buku lagi yang sngat mahal. Bayar sewa rumah lagi. Kenapa lately rase sesak sangat?Adeh!

Cadang-cadang nak buat bisnes sikit, tp kawasan perumahan aku nih tak market sangat. Tensionnya. Tolonglah, apa nak buat nih?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, January 12, 2011

Selamat datang semester baru!

Salam kawan-kawan..

Sorry lama tak meng-update blog. Sebenarnya, modem Maxis broadband aku dah hilang, so mintak Maxis suspend dulu account tuh atleast 3 bulan sebelum aku confirm dah terminate account BB aku. Sangat menyedihkan bila dah naik semester, aku tak dapat tengok Ayoub and main Farmville & Cityville sampai lebam lagi. Planning nak pasang Streamix kat rumah sewa. Ambil pakej student sudah, tapi memandangkan masalah pengangkutan yang amat terhad, terpaksalah daku memendam perasaan.


Semalam, ada orang bukak booth Celcom Broadband kat aras 4, depan surau tuh. Aku berbahas jugalah dengan dia. Bukan ku nak kutuk Celcom n menangkan Maxis sebab aku macam berura-ura nak guna Celcom, tapi ramai cakap, line dia slow. Dan sebagai pelanggan tetap Maxis untuk postpaid aku tuh, and dah pernah pakai broadbandnya, memang kalahlah kalau dia nak kencing-kencingkan aku. haha! Rasa kemenangan di situ.

Hari nih, dah masuk minggu ke dua semester ke dua di Uitm. Terasa muda walaupon dah tua. 
Takpe cik Eima, kuatkan hati meneruskan pengajian di peringkat ijazah!
Saya dapat rumah sewa tak jauh dari KBM. Biasa je, kosong, but for me, nice! Aku tinggal berdua dengan Dila, my classmate. Seminggu kemudian baru dapat housemate tetap tidur bilik sebelah. Sampai sekarang dia lom bermalam lagi di rumah sebab banyak urusan keluarga dan terpaksa berulang alik ke Kajang setiap hari. Dahsyat tak?

Rumah yang sangat sejuk buat saya n Dila batuk and selsema. Ditambah pulak dengan aircond kelas yang sejuk macam dalam fridge. Sabar je lah. Nanti saya upload gambar rumah yer. Mesti kamu kagum:)

Oklah, banyak kerja nak buat lagi. Nak print buku. Haha. Jadi pirate saya nih! Sat lagi ada ko-kurikulum pulak. Aku masuk institusi Keluarga Islam. NAsib baik nama aku memang dah tersenarai kat kelas tuh. Tayah nak rayu-rayu lagi. Baguslah, ada belajar pasal undang-undang Islam. Nanti ustaz tasmi' bacaan Quran kita. So, aku rasa betterlah kot. Selaras dengan azam aku tahun nih. Haha!

Sorry, takde pape gambar nak letak. Maklumlah, tumpang cc je kan. Bye!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, January 1, 2011

Perempuan itu.


*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)










Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!










Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.








Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.






Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau cabut kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.










Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.










Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)




"Belajar jatuh bangun dari kehidupan, bukan untuk mengulangi kesilapan tapi untuk mengambil iktibar.'
(Dr. Cinta Punya Belog)



Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya~



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Happy New Year 2011

2010
Terlalu banyak kenangan.
Terlalu banyak kedukaan dan kegembiraan.
Terlalu banyak pengalaman dan pengajaran.
Terima kasih pada semua insan-insan yang ada di samping aku tak kire susah dan senang.

2011
Selamat datang!
Moga pointer resultku lebih baik tahun nih.
Moga aku jadi anak yang taat pada ibu bapa dan tak degil sangat.
Moga aku menjadi wanita solehah yang taat pada suruhanNya.
Moga target nak slim  berjalan dengan lancar.
Moga kalau aku slim, aku tak nampak macam orang sakit.
Moga aku sihat sepanjang menjalani kehidupan di tahun baru.
Moga tiada lagi kenangan pahit yang berulang.
Moga aku dapat teman dunia akhirat yang boleh membimbing aku ke jalan yang lebih baik.
Moga aku ada teman sekeliling yang sayang dan ambil berat tentang ku.
Moga perancangan ku dalam masa terdekat ni berjalan dengan baik tanpa sebarang kesulitan.
Moga insan-insan tersayang sentiasa bahagia dan gembira.
dan yang paling penting, moga segala urusanku di permudahkanNya.

[Note: Tetibe aku rasa sebak masa tulis azam nih. Nak print besar-besar and tampal dalam bilik. InsyaAllah]



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers