Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, December 21, 2011

Ape kaitan buah dengan hidup kita?

Salam readers,

‎"Buah epal yang kita dapatkan dari atas puncak gunung lebih MANIS rasanya berbanding buah epal yang datangnya dari pokok yang sama tapi bergolek dengan sendirinya di hadapan kita.."

Dipetik dari Puan Eima Omar

Senang cerita, biar kita berusaha sendiri mendapatkan sesuatu yang kita mahukan daripada kita berharap ada orang yang akan berikan kepada kita.

Memang sesuai lah dengan aku kot. Dari dulu sampai sekarang, susah macam mana pun aku lalui, selagi tak terdesak, janganlah harap aku mintak pertolongan or meminta-meminta dari sesiapa. Eventhough dengan family sendiri.

Senang bagi contoh, duitlah. Kalau sekali mintak tak dapat, aku rela ikat perut, nangis sorang-sorang kelaparan dari aku call mak aku kali ke dua supaya mak aku bagi duit. Even aku tau, mak aku terlupa nak bagi.

Tapi tuh dulu.. sekarang janganlah mintak kat mak. Hubby kan ada:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, December 17, 2011

Post release tension..

Salam readers.

Setelah agak lama tak stay hostel weekend, hari nih setelah 2 bulan lebih menjadi isteri kepada seorang suami, saya telah stay di asrama untuk kali ke 3 kot. Bukan saja tak jumpa Incik suami, malah saya tak dapat balik ke kampung jua. Sadis kan? Haha!

Dua minggu yang tragis nih, semua warga kelas Bachelor of Business Administrative Marketing (Hons) 3B dengan rasmi nye perlu bersengkang mata dan berkerah tenaga bagi menyelesaikan semua assessment tertunggak dalam masa 2 minggu. 2 minggu yang sangat genting. Nak siapkan tugasan, test, kuiz, habiskan silibus, tutorial, kelas ganti, hantar report, presentation. Phewwww. mau berasap kapala!


Gambar kenang-kenangan selepas selesai presentation ke-2, Personal Financing bawah subtopik Retirement Planning. Amacam, ade macam Pegawai Khidmat Pelanggan tak? Actually yang tengah tuh, lecturer kami. Fresshie lagi tuh. Bekas student UiTM sekarang mengajar kat UiTM pulak. Terbaiklah! Berbakti kat kaum Melayu dan berjuang untuk lelaki berquality yang dah makin pupus kan,,, hihi. *gurau je*


Hah, yang sebelah nih hasil kerja kami proposed satu product baru, lampu tidur ditambah features Mp3, lampu berkala yang ikut sinaran matahari, jam loceng, bunyi alarm berdasarkan natural sound atau Azan dan sbg-nya.

So far, feedback dari lecturer memberangsangkan. Kami buat yang terbaik malah terlebih baik pulak bila pakai blazer bagai. Sampai one of my classmate cakap, ktrg nih buatkan orang lain ter-influence nak dress up properly masa present. Mana taknya, jadi group 1st, takut lecturer strict sampai terover pulak. Orang lain present 30 minit, ktrg present 1 jam. Ngalahkan nak vaiva. Haha! 



Thank you to my hubby, prepare all kind of stuff for me. Nak beli blazer, dapat satu pakej. Blazer, kasut tutup, dan seluar. Nasib baik lah masa present, tak ada lagi kod etika mesti pakai hand bag, silap-silap Incik Suami belikan handbag siap-siap. Ape pun, thanks a lot sayang.

******

[Ruangan khas untuk Incik Suami : Makan-makan lepas shopping-shopping]





Dah menjadi kebiasaan, bila makan mesti awak tolong beli air. 
Pastuh siap tolong kacaukan. 
Tak cukup air sendiri, pakai tangan dua-dua belah nak kacaukan air saya. 
Macamlah tak boleh kacau sebelah tangan je.


Suke.....





Orang sakit hanya mampu telan Yong Tau Foo je. Pilih banyak-banyak, tapi tak habis. Membazir je saya nih!

Kesian, awak pun sakit perut jangkit kat saya. Pastu nak gerak balik Puchong pulak dalam keadaan tak sihat.

Allah je tau betapa risaunya saya:(




Ingat tau! Kita tak jumpa 2 3 minggu nih, awak jaga diri baik-baik. Kesian awak dapat wife tengah full time study. Tak dapat masak makanan kegemaran awak selalu. Tak dapat sambut awak depan pintu bila awak balik kerja. Tak menjalani hidup berumah tangga macam orang lain. Tapi tak pe. Orang cakap Long Distance Relationship nih sesuai untuk orang yang tabah dan kuat semangat ----> saya lah tuh:)

So, doakan saya dapat buat yang terbaik untuk final nih. Nanti cuti sem, saya jadi suri rumah awak semula. Saya pastikan perut awak bulat je sebulan makan makanan air tangan isteri awak nih.


Lot of luv,
EimaruSi|ence

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, December 13, 2011

Debaran musim final exam

Salam readers.

Tetibe terfikir nak update current situation life.
Sejak lepas majlis sanding aku ari tuh, aku asik jatuh sakit je.
Tataulah kalau sejak kawen memang kena simptom macam nih ke.

MIGRAINE.GASTIK. FOOD-POISONING

Nak tanya orang yang dah lama berumah tangga, takut jadik bahan gelak. so, aku tepek kat sini, korang nak gelak, gelak lah janji aku tatau.
*Agak-agak aku tergigit bibir time tengah makan tuh, aku tau lah ade orang tengah baca blog aku nih...PERHAPS*

13.11.2011-5.12.2011
Muntah-muntah sebanyak 3 kali hari lain-lain. Semua makanan yang masuk dalam perut mesti kuar balik, sampai air yang aku minum pun macam ditolak-tolak keluar tak bagi duduk lama-lama dalam perut.

Migraine:
Kepala denyut-denyut, lebih-lebih lagi time ruqu' dan sujud dalam solat. Masa nak kena tuh tak kira masa. Paling kerap dalam minggu nih. Memang ganggu betul.

Food poisoning:
Bermula sabtu lepas (10.12.2011). Pergi kenduri rumah sedara hubby. Pagi-pagi sarapan nasi goreng, tengahari tak makan pape, petang makan bubur kacang 2-3 sudu *merasa* dan segelas air buah campuran. Malam tak makan papa. Tapi ade minum teh susu since pagi sampai malam. 

Start cirit birit tengahari Sabtu dan berterusan sampai hari Isnin. Totally last gangguan perut pada pagi Selasa. Perut pun dah tak pedih-pedih lagi. Alhamdullillah.

Tapi aku still musykil, kenapa sampai sekarang masih sakit kepala. Mak Lang aku cakap symptoms macam rojak. Haha *Mak Lang aku doktor*

Jumpe doktor suspect aku pregnant, tapi aku balik jumpe doktor terus period. Musykil lagi!

K lah. out dulu. Tertekan saat-saat akhir menjelang final exam. Time camnilah melambak presentation, nak hantar report final, nak buat test, nak buat kuiz, nak buat assignment. Nak datang penyakit...:p 

Penyudahnya kepala aku yang berasap @___@


Regards,
Eima Omar

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, December 8, 2011

Dah bersawang dah blog aku. 
Nanti ada masa aku update. 
Busy dengan preparation nak  nikah, nak wedding, nak study, nak final.


DENG!


Apa pun dalam kesibukan, aku masih dapat berjalan ikut hubby gi kerja kat Terengganu, kat Muar, kat Melaka. *setakat ni lah...*
Dapat ajak hubby tengok Ombak Rindu, dapat bawak mak n buyah naik River Cruise, 
bla... bla... bla...


Kalau nak bukak cerita memang panjang lebar. 
Sebabkan masa yang suntuk, kelas pulak kejap lagi. Privacy pun takde kalau menaip kat library biarlah aku berhenti kat sini je.


Minggu nih banyak dateline harus dikejar. Petang nih ada dua Listening Test untuk Arab. 
Besok pulak nak hantar report untuk proposal Product.
Wish me gud luck.


Lot of love,
EimaruSilence
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers