Salam readers.
Tetibe terfikir nak update current situation life.
Sejak lepas majlis sanding aku ari tuh, aku asik jatuh sakit je.
Tataulah kalau sejak kawen memang kena simptom macam nih ke.
MIGRAINE.GASTIK. FOOD-POISONING
Nak tanya orang yang dah lama berumah tangga, takut jadik bahan gelak. so, aku tepek kat sini, korang nak gelak, gelak lah janji aku tatau.
*Agak-agak aku tergigit bibir time tengah makan tuh, aku tau lah ade orang tengah baca blog aku nih...PERHAPS*
13.11.2011-5.12.2011
Muntah-muntah sebanyak 3 kali hari lain-lain. Semua makanan yang masuk dalam perut mesti kuar balik, sampai air yang aku minum pun macam ditolak-tolak keluar tak bagi duduk lama-lama dalam perut.
Migraine:
Kepala denyut-denyut, lebih-lebih lagi time ruqu' dan sujud dalam solat. Masa nak kena tuh tak kira masa. Paling kerap dalam minggu nih. Memang ganggu betul.
Food poisoning:
Bermula sabtu lepas (10.12.2011). Pergi kenduri rumah sedara hubby. Pagi-pagi sarapan nasi goreng, tengahari tak makan pape, petang makan bubur kacang 2-3 sudu *merasa* dan segelas air buah campuran. Malam tak makan papa. Tapi ade minum teh susu since pagi sampai malam.
Start cirit birit tengahari Sabtu dan berterusan sampai hari Isnin. Totally last gangguan perut pada pagi Selasa. Perut pun dah tak pedih-pedih lagi. Alhamdullillah.
Tapi aku still musykil, kenapa sampai sekarang masih sakit kepala. Mak Lang aku cakap symptoms macam rojak. Haha *Mak Lang aku doktor*
Jumpe doktor suspect aku pregnant, tapi aku balik jumpe doktor terus period. Musykil lagi!
K lah. out dulu. Tertekan saat-saat akhir menjelang final exam. Time camnilah melambak presentation, nak hantar report final, nak buat test, nak buat kuiz, nak buat assignment. Nak datang penyakit...:p
Penyudahnya kepala aku yang berasap @___@
Regards,
Eima Omar
0 comments:
Post a Comment