Salam readers.
Setelah agak lama tak stay hostel weekend, hari nih setelah 2 bulan lebih menjadi isteri kepada seorang suami, saya telah stay di asrama untuk kali ke 3 kot. Bukan saja tak jumpa Incik suami, malah saya tak dapat balik ke kampung jua. Sadis kan? Haha!
Dua minggu yang tragis nih, semua warga kelas Bachelor of Business Administrative Marketing (Hons) 3B dengan rasmi nye perlu bersengkang mata dan berkerah tenaga bagi menyelesaikan semua assessment tertunggak dalam masa 2 minggu. 2 minggu yang sangat genting. Nak siapkan tugasan, test, kuiz, habiskan silibus, tutorial, kelas ganti, hantar report, presentation. Phewwww. mau berasap kapala!
Gambar kenang-kenangan selepas selesai presentation ke-2, Personal Financing bawah subtopik Retirement Planning. Amacam, ade macam Pegawai Khidmat Pelanggan tak? Actually yang tengah tuh, lecturer kami. Fresshie lagi tuh. Bekas student UiTM sekarang mengajar kat UiTM pulak. Terbaiklah! Berbakti kat kaum Melayu dan berjuang untuk lelaki berquality yang dah makin pupus kan,,, hihi. *gurau je*
Hah, yang sebelah nih hasil kerja kami proposed satu product baru, lampu tidur ditambah features Mp3, lampu berkala yang ikut sinaran matahari, jam loceng, bunyi alarm berdasarkan natural sound atau Azan dan sbg-nya.
So far, feedback dari lecturer memberangsangkan. Kami buat yang terbaik malah terlebih baik pulak bila pakai blazer bagai. Sampai one of my classmate cakap, ktrg nih buatkan orang lain ter-influence nak dress up properly masa present. Mana taknya, jadi group 1st, takut lecturer strict sampai terover pulak. Orang lain present 30 minit, ktrg present 1 jam. Ngalahkan nak vaiva. Haha!
Thank you to my hubby, prepare all kind of stuff for me. Nak beli blazer, dapat satu pakej. Blazer, kasut tutup, dan seluar. Nasib baik lah masa present, tak ada lagi kod etika mesti pakai hand bag, silap-silap Incik Suami belikan handbag siap-siap. Ape pun, thanks a lot sayang.
******
[Ruangan khas untuk Incik Suami : Makan-makan lepas shopping-shopping]
Dah menjadi kebiasaan, bila makan mesti awak tolong beli air.
Pastuh siap tolong kacaukan.
Tak cukup air sendiri, pakai tangan dua-dua belah nak kacaukan air saya.
Macamlah tak boleh kacau sebelah tangan je.
Suke.....
Orang sakit hanya mampu telan Yong Tau Foo je. Pilih banyak-banyak, tapi tak habis. Membazir je saya nih!
Kesian, awak pun sakit perut jangkit kat saya. Pastu nak gerak balik Puchong pulak dalam keadaan tak sihat.
Allah je tau betapa risaunya saya:(
Ingat tau! Kita tak jumpa 2 3 minggu nih, awak jaga diri baik-baik. Kesian awak dapat wife tengah full time study. Tak dapat masak makanan kegemaran awak selalu. Tak dapat sambut awak depan pintu bila awak balik kerja. Tak menjalani hidup berumah tangga macam orang lain. Tapi tak pe. Orang cakap Long Distance Relationship nih sesuai untuk orang yang tabah dan kuat semangat ----> saya lah tuh:)
So, doakan saya dapat buat yang terbaik untuk final nih. Nanti cuti sem, saya jadi suri rumah awak semula. Saya pastikan perut awak bulat je sebulan makan makanan air tangan isteri awak nih.
Lot of luv,
EimaruSi|ence
0 comments:
Post a Comment