Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, November 23, 2010

.:M.E.R.A.J.U.K:.

Tension hari ni. Bosan pon ada jugak. Macam mana nak buat ek? Biasanya aku yang kuat merajuk n mintak dipujuk. Tapi bila satu hari orang lain pulak merajuk sebab aku, rasa bersalah sangat-sangat.

Al kisahnya begini.... pagi tadi aku bangun lewat lagi. Lebih lewat lagi. Pukul 10. Adeh! Aku nih kan kalau dah sedar pagi-pagi Subuh pun aku nak lajakkan lagi. Dah sedar pun aku peluk my Teddy Bear lagi kasik nyenyak dengan aku. Lagi pulak dah balik uma cuti-cuti nih kan. Selalu kalau kat rumah paling lewat pukul 9 dah bangun. Lewat je dari tuh, mak aku dah start bising dah. Aku memang tak sanggup nak dengar.

So, pagi-pagi aku bangun, cuci muke, bersarapan [kalau ada sarapan lah], then aku gi dapur memasaklah ape yang patut. Kadang-kadang mak aku teman aku. Biasanya dia kupaskan bawang, potongkan sayur ke, or duduk-duduk je kat dapur berborak dengan aku. Aku suke bila nak buat ape-ape rencah, aku berbahas dengan mak aku. Kadang-kadang, dia ikut gak, kadang-kadang dia kurang setuju. But for me, it's better kalau dia ada kat dapur n teman aku. So, aku tak rasa bosan n upgrade skill memasak aku nih. Maklumlah, time cuti-cuti nih memang aku selalu turun dapur, even masa dua tiga hari baru bercuti tuh aku sangat liat nak ke dapur. Duk asrama mana ada dapur, hidup sendiri-sendiri [bukan ada husband pon nak jaga kannnn?? Teeeettttt!]. So, memang aku bodoh-bodoh lah bila turun ke dapur tuh. Tapi kan, mak aku puji. Dia cakap walaupon aku nih suke menambah-nambah ape yang takde dalam resepi mak aku, aku still praktikkan masakan orang serkam. Sebab tuh bila aku masak, mak aku selalu cakap sedap [tataulah kalau aku yang cepat perasan]. Kalau Buyah pulak, dia suka makan sambal terung, masak sichuan, apa je masakan ikan keli, peria goreng dengan telur.... Itu yang aku teringatlah buat masa nih. Hik hik!

Ok dah panjang sangat aku menyerong nih. Berbalik cerita asal, my mum merajuk sebab aku bangun lambat ari nih. Pukul 10. Aiseh! Aku turun-turun jer mak aku dah basuh pinggan mangkuk. Baju pon dah siap bersidai kat ampai. Aiseh! Aku nak tolong mak aku, tanye apa nak masak hari nih, mak aku dia jer. Dia buat je keje dia, tak layan aku.

Pas dah abes basuh pinggan, dia amek nenas, potong kulit. Kat atas batu kat dapur aku nampak mak rendam cili kering sikit jer. Tak lain tak bukan mak nak masak lemak nenas nih. Aku try tanye lagi, mak buat bodoh jer..


Sunyi sepi.. Dengar bunyi DJ radio Negeri Sembilan FM je yang bingit....

Aku naik atas semula. Ambil sepeket minuman supplement yg Mr. Silence bagi, Tricajus en Suden. Aku minum untuk migran aku tp kongsi minum ngan mak aku yang ada darah tinggi n kencing manis. Aku bancuh ngan air sejuk. Biasanya mak aku suke air tuh and minum je kalau aku hulur. Aku bancuh n suh mak aku minum dulu separuh sebab aku nak masuk toilet. Hehe. Tapi bila kuar balik, mak aku tak usik pon air tuh. Alihkan pon tidak. Dia pun dah nak siap memasak [lamanya aku dalam toilet tadi??].

Then aku minum separuh, aku gi keluar tolak ampaian masuk bawah bimbung sebab nak hujan. Tweettt, ampaian rumah aku ada roda, rumah korang ade? Hehe. Bila masuk balik, air tadi tak abis lagi. Mak aku pon dah ke mana.

Sedih aku..Mak aku dah betul-betul merajuk nih. Macam mana nak buat ek. Habis memasak, mak aku cabut wayar stimik. Then dia baring tengok tv kat atas. Aku pun dah mati kutu. Langsung dia tak layan aku. Bebelkan aku pun tidak. Sunyi betul hidup aku bila mak aku diam-diam camnih. Rindulah...:p

Petangnya, aku bawak Ida gi sekolah dia. Biasanya pantang aku gi mana-mana mesti mak ikut sekali. Tapi dia buat bodoh jer. Ida nak hantar borang masuk asrama.  By the way, dah terlewat 4 hari. Tapi alhamdulillah, masih diterima lagi. On da way balik, aku singgah beli goreng pisang + wajik + keledek goreng tanpa kicap pedas. Sampai uma, aku terus petik cili api, tumbuk dengan bawang putih, buat kicap pedas. Ida buat air teh. Makan depan mak pun, dia buat bdoh je. Kitorang ajak banyak kali pon, dia buat bodoh jugak. Pening kepala aku.

Aku bisik kat Ida, try ajak mak jalan-jalan kat Pengkalan Balak. Cari gemis, tapi mak still tak layan. Aku umpan cakap nak ganti duit mak aku yang aku pinjam tuh pon mak aku buat tak layan. Hadoi, pening kepala aku. Laaa nih, aku dah mati kutu. Tak taulah nak buat ape lagi. Patut tak aku ajak mak aku gi jalan-jalan kat pasar malam pulak. Tak pon gi kepsi ke??

[Note: Sangat rindukan mak aku]


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy