Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, November 24, 2010

Remaja Malaysia makin parah, rosak!! - Aksi Zina Mulut

KUALA LUMPUR: Babak bercumbu ala filem Hollywood dilakukan pasangan remaja Melayu tanpa segan silu yang tersebar secara meluas di Internet melalui laman YouTube menyebabkan kemarahan ramai pihak kerana jelas ia mencemarkan imej Melayu dan Islam.


opppsss...aku bukan edar video lucah ok!


Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.

Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.
Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.

Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.

Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.
Isunya hanya kerana teman lelaki terasa hati dengan teman wanitanya berkenaan pertikaian sama ada memilihnya atau pusat membeli-belah Suria KLCC. Pasangan remaja Melayu terbabit juga tidak segan berpeluk-pelukan manakala teman wanita pula merengek-rengek memujuk jejaka pujaan hatinya.

Drama ala Hollywood semakin panas apabila rakan teman lelaki menghasut supaya dia meninggalkan teman wanitanya.
Akibat tidak tahan hasutan rakan teman lelakinya, si gadis bertindak di luar kawalan apabila terus mencium teman lelakinya sebagai langkah memujuk.

Mengulas isu ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan dilakukan remaja terbabit menunjukkan akhlak masyarakat kini semakin runtuh.

Menurutnya, ibu bapa memainkan peranan mendidik anak supaya mempunyai rasa malu melakukan perkara tidak elok daripada kecil.

“Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak kerana mereka penyambung generasi manusia.

“Perbuatan yang dilakukan pasangan terbabit jelas menjejaskan imej Islam. Dulu orang hormat Melayu kerana nilai kesopanan yang ada tetapi kini ia sudah hilang dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan remaja terbabit sudah dianggap zina mulut dan jika ditangkap boleh dikenakan tindakan berperangai tidak senonoh.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, gejala yang berlaku ini amat menyedihkan dan menggambarkan keadaan masyarakat kini sudah kehilangan adab.


“Generasi muda sudah tidak malu terbabit dengan kegiatan sedemikian. “Semua ini berlaku disebabkan budaya liberal terlalu berleluasa sehingga adab sopan sudah tidak penting lagi.
Menurutnya, amalan liberalisme ini akan meruntuh prinsip dan tradisi orang Melayu dan Islam.
“Saya menyarankan supaya remaja di luar sana dapat menjaga maruah mereka dan berfikiran panjang supaya tidak menimbulkan aib sehingga dipandang serong masyarakat.
“Budaya tegur-menegur perlu diwujudkan semula melalui kerjasama masyarakat yang prihatin menegur secara baik,” katanya.

Sumber: MyMetro

[Note: Hadoi ni Malaysia ke Ameraka nih?! ----> CIk Ima mula konfius]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers