Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, November 25, 2010

Samarinda | Sipnopsis Ayoub

Malam tadi selepas Maghrib, Cik Ima pergi makan. Masak asam pedas tulang [actually ada daging, takkan Cik Ima makan tulang semata kot...]. Tuh pun ade belen lagi lembu korban raya Haji lepas. Then Cik Ima pergi lipat baju depan TV. Saja rajin-rajinkan diri. Mak dah asyik membebel Cik Ima asyik duduk berkurung dalam bilik sejak cuti awal bulan 11. Keluar bilik pun tolong mak kat dapur, then Cik Ima mengurungkan diri semula. Cik Ima pun tatau nak buat ape. Jadik Cik Ima adap lappy, layan lagu 6ixth sense dari bangun tidur sampai nak tidur semula sambil main Farmville (FV) kt Facebook..Haha! Gila Cik Ima nih kan? Al maklumlah, time study takleh adap sangat FV, nanti asyik nak set time harvest jer..

Sebabkan terhegeh-hegeh melipat baju, dengan mata melihat TV, tangan menaip meseg, sebelah lagi sibuk click-click nak main game, sampailah pukul 10.30 mlm. Amek ko! Cerita Samarinda yang baru start 23 November lepas. Tapi Cik Ima terlepas episod 1. Cik Ima nih memang selalu ketinggalan zaman sikit drama-drama kat tv nih. Sebab Cik Ima memang jarang tengok TV. Kalau kat rumah Cik Ima takde TV pun Cik Ima tak bape kisah, janji ada radio, lappy, MP3, handphone, broadband, mouse....dapat hi5 atau pon speaker kebabom lagi Cik Ima suke. Hik hik.

Starting cerita Samarinda: Ayoub nih je dah menarik minat Cik Ima. Dengar je lagu terbaru 6ixth sense, Sepi, terus Cik Ima fokus kat TV tak kelip-kelip. Tatau kenapa Cik Ima nih tak boleh dengar suara vokalis 6ixth sense, si Adi Priyo Sambodo tu. Cik Ima sanggup beli novel Tak Bisa Memilihmu n balut cantk-cantik. Alih-alih dak Kak Cik bagi kawan dia pinjam n hilangkan. Sampai sekarang Cik Eima cari semua kedai buku dah tak de lagi. Nyampah!

[Sape yang terjumpe leh hadiahkan kat Cik Ima eh?]

 Ok, nih sipnopsis drama Samarinda: Ayoub. Setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di TV3.

*******************

Menceritakan tentang Ayoub seorang yang sabar dan gemar bersedekah.

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.
Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah. Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub.

[Note: Teringat ada hamba Allah panggil 6ixth sense gedik. Marah betul Cik Ima!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers