Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, July 14, 2010

::Kenapalah sistem pendidikan di Malaysia ni membebankan pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda??::

Salam kembali...

 P/S: Title aku nih ditujukan khas utk mangsa keadaan seperti aku yang ex poli tp ade semangat lagi nak masuk U ok..!

Since pukul 8 pagi tadi, n just now aku baru dapat adap lappy nih dengan perasaan berkecamuk dan sangat tertekan.. Nak ngadu kat boyfren..boyfren tak ada..Nak ngadu kat mak aku, apa yang mak aku boleh tolong..Walaupun blagak tenang, orang leh nampak air muka aku nih dah banyak tambah kedut2 macam longkang yg berselirat agaknya..Klu boleh aku taknak mengeluh, n sikit pun taknak semangat kembali ke alam persekolahan nih ilang macam tuh je..Siapalah yang boleh leraikan kekusutan yang aku alami sekarang...REALLY NEED SOMEONE!!! (T.T)

Pagi td, pkul 8 dah grak pergi kampus..Tapi singgah BSN dulu..beli no. pin utk pmohonan PTPTN..Walaupun nak ikutkan boleh mntak TAPEM, tp disebabkan aku mmg mmerlukan duit dengan segera, PT pon PT lah...Alhamdulillah, stakat ni masih cuba tidak meminta duit mak ayah:)

Then, aku jumpe KP lg..Agaknya dia pon dah muak asik jumpe aku je...(0.o) Ktrg salin jadual Part 1, kelas 1B--my new class..Ptg semalam, sampai ke pagi aku dok memikirkan mana pilihan yg terbaik utk aku..Part 1 or Part 2..Tp bila dah redha dengan ketetapan Ilahi, datang pulak masalah lain..

Macam aku update kat FB aku: 

‎::Current Mode: Masuk Part 1 smule dgn student penerapan.. Subject Part 1 baru 10 jam kredit..Subject ape nak tambah lagi nih..::

Memang Part 1 aku amek 10 jam kredit je..means ade 4 subjek jek..(BAB, BEL, MGT & ECO)Itu pun 2 subjek je bawak final..tp bila nak tarik subjek Part 2, tak boleh pulak..(T.T). KP cakap, silibus Part 1 ada OBE, tp subjek Part 2 tak ada.. So, macam mana aku nak cukupkan lagi min. 3 jam kredit nih?? Dia ckp, takkan sbb aku sorang yg dtg dr Politeknik nih, psyarah nk sediakan OBE utk aku sorang..sedangkan subjek Part 2 skrg, gune silibus lame yg tak dimasukkan OBE lg..

So, aku pikir plak, takkan aku nk amek 10 jam kredit jer??

KP ckp, klu aku tak cukup jam kredit, 

  • katakan aku dpt 3.5 n above...aku tak layak dpt Anugerah DEKAN ssb tak ckup minimum 13 jam kredit. 

  • katakan aku dapat 3.5 every sem, aku takkan dapat anugerah Naib Canselor dsebabkan satu jek sem tuh..(walaupun aku tak pasti aku leh dapat 3.5 tuh, tp tak mustahilkan??)

  • Penyelesaiannya:
    • Part 1: Ambil subjek Part 2, tp mohon dengan lect subjek tuh supaya buat OBE untuk aku yang pelik ini sorang -- dan perkara akan berlarutan kerana Part 1 sem nih baru wujud OBE. Tapi jam kredit aku berbelas2 jek every sem:)
    • Part 2: Mohon untuk transfer kredit subjek ECO dan MGT 415 supaya jam kredit aku kurang dan takde risiko Part 7 yang bakal wujud. Tapi, aku still kena buat inter sesi masa cuti sem nanti...
    • So, which one yer??? 
Dek kerana pertukaran jadual n banyak clash jadual, aku bercampur-campur masuk kelas 1A (bebudak Matrik & STPM) & 1B (kelas aku +bdk penerapan dip sem 3) dan kelas Part 2 serta Part 3 utk ckupkan jam kredit aku..Td aku masuk kelas 1A utk ECO, studentnye melimpah ruah sampaikan over limit 45 orang. KP terpaksa campur tangan n tak benarkan kelas lain masuk selain budak 1A je..Keluarlah aku dgn begitu tertekannya.

Seyes beb, mmg berkumpul2 tekanan aku sampai ke petang. Dari pagi aku pening susun jadual, kena maki ngan staf kat HEA yang ikut suke nak maki aku (siap dia besok klu aku jadik P. Atasan dia satu ari nanti!!), ditambah pulak kerisauan subjek aku amik masih tak ckup jam kredit--sehinggalah terbawa ke kelas ECO kerana terpaksa drop kelas tuh..Then, aku menyorong langkah ke pejabat KP. Meleleh jugak air mata aku yg aku sangka begitu tabah dan tenang sejak pagi lagi. Agaknya, dia pun tak sangka aku dah tersedih dlm opis dia, dia cube tolong termampu. macam yg aku bg option kat atas tuh lah..

So, pagi2 esok usai Subuh, kenalah aku menguruskan silibus subjek Techno n Ekonomi mase kat poli dlu utk mohon pengecualian kredit ECO & MGT pula..

--SEKIAN, TERIMA KASIH--

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

sikulat said...

selalunye yg susah itulah.. yang terbaek buat kite.. !! Insya Allah.. orang yg sabar ada ganjarannya..


chaiyo!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers