Alhamdulillah, selesai susah majlis pertunangan aku dengan Encik Tunang petang pada pukul...errr, tak sempat tengok jam lah, orang luar dah mintak keluar tonjolkan muka.
Alhamdulillah sekali lagi, dengan pelbagai dugaan yang tiba, akhirnya kami diikat dengan ikatan pertunangan. Jadi, aku combinekanlah semua ucapan dalam post nih yer:
Combinelah senang dalam satu gambar ye.
- 22 Feb 2011: Birthday Incik Tunang
- 27 Feb 2011: Kami bertunang
- 28 Feb 2011: Kami bercinta
Geli? Aku pon sama lah! Haha. Ape pun, aku ucapkan syukur sangat kerana walaupon banyak dugaan sepanjang 3 tahun bergelar kekasih, kami selamat mengikat tali pertunangan. Perkahwinan tuh, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Dah siap kad, aku ajaklah korang datang bertandang yer.
Buat kawan-kawan yang tak dijemput, maaflah. Tunang je kan. Yang dijemput pon tak datang, kalau aku jemput orang pon, macamlah korang datangkan?
Gambar mase tunang? Satu je lah. Kang banyak-banyak, bukan ade nak puji pon....
Bunga nih Encik Tunang bagi, diwakili ibunya masa sarung cincin. Encik Tunang tak dapat tengok saya, tapi saya dapat tengok Encik Tunang kat tingkap. Nak jenguk pon orang tak bagi..Ngee~~
Cian Encik Tunang tak dapat tengok saya mekap. Bergambar bersama? Jangan harap!
Hadiah saya buat Encik Tunang *9 berbalas 7*
Cukuplah dua yer. Dua pon dah banyak. Terima kasih kepada saudara mara dan jiran tetangga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang tak seberapa ini.
Doakan ikatan pertunangan ini kekal sampai jinjang pelamin.
[Note: Sori Encik Tunang, ni je gambar yang saya boleh kongsi kat awak]