Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, February 1, 2011

Sawang ke semak samun?

Salam readers,

Hehe, macam ramailah sangat reader kat blog aku yang berhabuk nih. Sorilah, malas nak meng'update', sebab idea tuh datang sepontan je, dan perginya pon sepontan jua..Huhu. Sadis pulak:p

First of all, aku nak ucapkan takziah kat mangsa-mangsa banjir. Pagi tadi, dr start bersarapan yang dah terlajak tuh, sampai aku habis memasak, kat Radio Malaysia Negeri Sembilan tak habis-habis update pasal mangsa banjir. Bukan setakat Segamat, hampir naik 1 meter paras banjir, aku yang duduk Lubok China nih pon naik banjir. Nasib baiklah kampung aku nih tanah tinggi, dan lebih gah lagi aku mengatakan, rumah aku paling tinggi kat dalam Perkampungan Felcra Ramuan China ni. Haha!

Kesihatan Kesian orang-orang area Labis kan? YB area Tenang baru nak bertenang berehat-rehat setelah berhempas pulas berkempen, sekarang dah nak selesaikan masalah rumah runtuh dan mangsa banjir. Info nih pun aku dapat masa tengok berita dan surat khabar online. Lepas tuh, mungkin fikirkan jalan nak naikkan lagi harga minyak kot. Secara kebetulan ke. Sila rujuk info nih Malasia KiniSejak bila lah aku nih ambil tau sangat isu-isu semasa nih!


Ni gambar banjir aku curik kat facebook sape ntah. Jangan kau fikir aku pergi Kota Tinggi semata-mata nak ambil gambar abang kereta Wira yang sangat berani ni yer? Adakah trajedi banjir 4 tahun sudah akan berulang kembali?

Second, marilah kita berdoa beramai-ramai moga-moga pelajar-pelajar Malaysia yang telah menghadapi kesukaran di Mesir akibat demonstrasi rakyat terhadap desakan mereka menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan terselamat dari menjadi mangsa keganasan. Pening-pening. Macam-macamkan. Macam-macam berita aku dengan. Pelajar dirogol, rumah di pecah masuk. Polis cabut lari. Tapi, berita terbaru yang aku ikuti, mereka semua dalam keadaan yang baik sahaja, dan akan berpindah secara berperingkat ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini. Kenapa aku nak ambil port? Mestilah! Sebab pakcik sedare merangkap sepupu mak aku ade dua orang belajar kat sana. Dahlah bukan calang-calang student yang dapat sampai ke sana.

Aku harap, takdelah musibah yang tak diingini pada mereka.

Nak update tentang mereka, sila ke Krisis Mesir, nasib pelajar kita. Dan boleh rujuk info di sini ye---> Silalah tekan.

[Note: Teringat masa akhir semester 1 (2006), 1st time terperangkap dalam banjir jalan-jalan di area Melaka Central hingga Cheng. Mase tuh aku punye gayat macam tak penah tengok air. Jakun amat!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

3 comments:

Fatin Khalilah said...

bace cerite kat mesir gile aku sebak. entah gile gape cpt touching..

hosni tuh haloba sgt, xpe2 kat dunia ni die tunjuk teror,tungu janji ALLAH di akhirat nanti !!

EimaruSi|ence™ said...

Yup,sangat bersetuju.

"ISKANDAR LENDERS" said...

Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman minimum Rp100juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

Nama syarikat: SYARIKAT PINJAMAN ISKANDAR LESTARI
e-mel::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp::[+6282274045059]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers