Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, June 12, 2011

Kursus kahwin di Masjid al-Azim, Melaka dan kenapa pilih di sana

Salam readers!


Seharian berada di Masjid al-Azim cukup membuatkan satu badan aku kejang. Pinggan aku bengkok dan sakit nak diluruskan, kedia-dua peha turut kejang dok silang kaki disebabkan kelenguhan sepanjang 5 slot modul di bentangkan. Bayangkanlah, 4 modul 1 jam, modul ke 5 je 2 jam. Non-stop kecuali sarapan pagi selama 15 minit  dan makan tengahari dan solat Zohor 1 jam. Kottt..


Tapi aku cukup happening kat sana. Nasib baik kakak sebelah aku nih ramah, Suka berborak dengan aku dan teman aku makan sekali. Kalau tak, macam kera sumbang kau kat sana. 


Aku pergi berdua dengan Encik Tunang. Dah puas pujuk Cik Dila, housemate aku join masa daftar kursus, tapi apakan daya, dah terlambat.Bila dah berdua je, faham-fahamlah. Cik Tunang ke Timur, aku ke Barat. Habis je sesi modul hari nih pukul 5 petang, aku bukak nota Cik Tunang, kosong belaka. Kemas betul buku nota dia tak tulis apa-apa. nasib baik aku soal balik apa penceramah cakap, dia boleh jawab. Kalau tak, memang dah kena ketuk dengan aku.


Apepun, penceramah dia... oklah. Satu jam untuk satu modul tak cukup sebenarnya. Ada beberapa point dan slide yang mereka tak terangkan. penceramah pertama agak slow, penceramah terakhir pulak...Ntah, no komen,


Tujuan:
Aku tau dekat Maim Bentara nih peraturannya ketat, tak selesa dan macam-macam rungutan yang aku terima. Tapi aku tetap berkeras nak ke sana. Sebab-sebabnya:


1. Lelaki wajib pakai baju kemeja atau baju melayu berwarna putih, bersongkok hitam dan berseluar slack warna hitam atau blue black
kenapa aku suke?
Sebab aku jarang dapat tengok Cik Tunang pakai baju semat-semat. Dr dulu sampai sekarang, paling semat baju dia pakai, t-shirt berkolar. tuh pon kalau ada pergi kenduri kawin or majlis pertunangan. Termasuklah Majlis pertunangan aku. 
*skodeng-skodeng dari tungkap je. Hehe!*
Dan aku paling tak suke tengok dia pakai seluar pendek.

2. Yuran pendaftaran RM65/orang
Berani google-lah then cari harga lebih murah daripada tuh. haha. mestilah takde kan?
Sebab aku amek pakej promosi. hari nih je promosi diskaun seperti harga di atas.

3. Isi kandungan modul lebih lengkap berbanding kursus kahwin di tempat lain.
Nak mencari ilmu bukannya mudah. macam juga nak mendapatkan ilmu sebelum berumah tangga nih.
Walaupun aku ada masuk kelas Kekeluargaan Islam dekat UiTM untuk modul ko-ku, menghafal macam-macam doa untuk persediaan ke alam rumah tangga, masih lagi tak cukup dan banyak lagi kekurangannya.
Sebab itu kena cari lagi ilmu yang ada.
Even dia bagi buku nota tentang isi kandungan modul kursus kahwin nih, aku masih mendengar dengan teliti setiap yang penceramah sampaikan.
Sebab aku taknak suatu hari nanti berlaku masalah rumah tangga yang mengakibatkan penceraian.
Ingat kahwin nih sesuatu yang main-main ke?

3. Penceramah hebat dan banyak pengalaman
Aku ingat kat Tampin je ustaz nya kelakar dan pandai menyampaikan ceramah.
Ala...kat sini pun ade. Pegawai-pegawai JAIM pun ada.
Tak faham, semua boleh tanya direct.
bukan semua tempat tuh, servis dan qualitinya sama.
Jadi, pilih tempat kursus yang terbaik dan isi kandungan yang lebih lengkap sebagai bekal pengajaran untuk masa akan datang.

Nanti aku update lagi. Ngantuk dan letih. Perlu bangun awal dan bersedia untuk ceramah keesokkan harinya. Tata~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

Unknown said...

pengalaman yg tak dapat dilupakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers