Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, May 27, 2011

Sesi berjumpa kawan sekolah rendah!



Salam readers!


Tak banyak aku nak coret kan di sini. Nanti kawan-kawan bosan baca entri aku yang panjang lagi merepek. Jadi tengok lah gambar-gambar yang aku publish nih ye.


Melawat rakan sekelas pertama yang mendirikan rumah tangga:


 Mood baru sampai depan rumah


Intan junior.. ahehe. Comel nacam mak dia, tapi mata macam bapak dia:p


Amacam? ada macam berhari raya tak.
Main terjah je tak buat temu janji, pucat-pucat Intan Aziah pelawa kami masuk.

Fyi, Intan Aziah berkahwin pada tahun 2008, means berumur 20 tahun.
Berkahwin dengan cikgu sekolah yang mengajarnya di tingkatan 6.
Merupakan kawan paling baik aku semasa sekolah dan suke berangan nak mengorat cikgu Amzary, cikgu Add Math aku.
*takdelah handsome sangat*
haha!
*Just joke!*
Btw, aku bahagia bila dia bahagia, dah ade seorang anak dan bakal mendapat cahaya mata kedua beberapa bulan lagi.



Sesi tournament bowling @ MIBC, Ayer Keroh













 Markah pusingan pertama

 Markah pusingan kedua


Walaupun kami bukan lah pakar main bowling macam Shalin Zulkifli, tapi kami sangat enjoy hari tuh ye. Asik gelak-gelak dan jerit-jerit macamlah dalam mibc tuh, kami berenam je yang ada.

Aku yang markah corot pon, last-last jatuh ke tempat 3. Kelakar je.



Sesi mengambil kad undangan perkahwinan bagi peserta ke 4 yang bakal berkahwin bulan 6 nih:)



Calon pengantin nya yang berbaju merah tu yer. 
Pernah menjadi kekasih 'gelapku' seketika dulu semasa sekolah menengah.
Al-maklumlah, dari sekolah budak-budak perempuan, pindah sekolah harian, terikut-ikut trend nak berpakwe.
Tapi cinta monyet je lah.
Sekarang jadi kawan cam biasa. Hehe.
Tahniah Asrul, InsyaAllah aku akan datang majlis ko. 
Dont worry!


Sesi naik bot River Cruise, belayar sepanjang sungai Melaka.


 Baru sampai pon nak berposing.


 Atas kapal

 Nak balik masa nih. Aku main snap je.

Posing-posing

Gudbye River Cruise Melaka


Walaupon bot tuh ilang pertimbangan dan bergesel kat tebing sungai, alhamdulillah. Takde apa yang terjadi, waima kecederaan. Aku pon macam tak pasan ada kemalangan kecil. Untuk kali ke dua menaiki river cruise, aku lebih menghayati keindahan sungai buat pertama kalinya.

Cuma berterima kasih banyak-banyak kat dak Anis, satu-satunya geng yang dah bekerja antara kami berenam, belanja makan malam serta dapat diskaun 50% sebab akak dia kerja situ. hihi

Aku sampai rumah pukul 10 lebih, dihantar oleh cik Nina dan tidur dengan nyenyak teramat selepas tuh.

Apepon, enjoy selapas 6 tahun berpisah. Rindu nak jumpa korang lagi:)


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 25, 2011

Pertukaran email secara rasmi!

Selamat tengahari readers!

Disebabkan email lama aku dah terus dimasuki spam dengan dahsyatnya dan penuh dengan notification dari FACEBOOK dan segala social network yang lain, maka aku telah berubah arah, menukar email rasmi lama:

kim_watakhi@yahoo.com.my

kepada

eimarusilence@yahoo.com 

Kepada kawan-kawan sekelian yang ada email penting, surat-menyurat, maklumat penting dan seangkatan dengannya, bolehlah menggunakan email baru aku tuh. Kalau ade story-story yang best, boleh lah juga kalau nak email. boleh aku share dengan orang lain:)

Sekarang, aku tengah survey harga dan pakej wedding photography yang expert di sekitar negeri Melaka. Jadi, sesiapa yang mempunyai kelayakan yang aku mahukan, silalah menghantar detail price dan pakej yang ditawarkan ke email baru aku.

Lokasi: Masjid Tanah Melaka.
Tarikh majlis: Akan diberitahu melalui email nanti:)

Important

  • Kalau boleh saya nak ade pakej photobook or custom album ye. 
  • Sila sertakan website or blog or FB supaya saya boleh review hasil kerja anda:)
  • kalau ade di kalangan reader sekelian yang ada saudara mara or kengkawan yang buat service nih, silalah inform kat aku, sebab aku memerlukan pertolongan kalian.

terima kasih!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Ben Ashaari buat segmen baru. Sila join kalau berminat

Walaupun kesibukan menguruskan rumah tangga, sempat jugak aku tengok bloglist aku, 
Cik Yah yang memang tiap-tiap ari aku akan naikkan traffiq dia tuh
 Hehe.

Dah lama aku tak join segmen abang ben nih. 
Kali nih aku nak cuba nasib. 
Jom join, masih sempat lagi.
penyertaan terbuka hingga pukul 2 petang nanti.

Bye!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, May 22, 2011

Perkahwinan Sharina Pemadi bersama pasangan nye

Salam readers,

First of all, tahniah buat pasangan suami isteri yang selamat diijabkabulkan semalam, 21 Mei 2011. Merupakan rakan sekelas yang ke 4 selepas ayu, intan aziah n Adin. huhu, lepas Shina asrul, kekasih gelapku masa sekolah menengah, teeeetttt! Lepas Asrul siapakah pula ye?

Apepun really enjoy the moment. Tengok hubby Shiena yang cuba bertenang masa akad nikah, dan shiena yang malu-malu menjeling bakal suami di sebelah. Aku yang cuak. 

Teringat Cik Dila cakap, pengantin lelaki masa akad nikah merupakan cabaran yang sangat besar. Mereka akan terasa betapa besarnya tanggungjawab yang akan dipikul bila dah bergelar suami nanti. Ketika itulah syaitan akan mengganggu pengantin lelaki dengan kencing berulang kali di ubun kepala mereka *pengantin lelaki* kerana perkahwinan adalah perkara yang syaitan paling benci kerana menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Dah menjadi fitrah bagi syaitan, yang di turunkan ke bumi sebelum kiamat untuk menyesatkan anak Adam.

Bila dah nama kawan sekolah, jadi aku dan rakan sekampung pon dah ber-meeting siap-siap nak terjah rumah Shiena. hehe. walaupon tak ramai yang hadir, yang ada pon dah cukup meriuhkan keadaan. 6 tahun tak berjumpe bukanlah satu masa yang sekejap. Aku share sikit, nanti aku citer lagi ape yang kami buat selapas tuh:)

Gambar from my N86. Nanti check dslr anies, then upload with my others activities....>__<

si tukang driver dan ketua rombongan di tengah-tengah


 flower girl siap dengan kepak rama-rama lagi

 Upacara batal air sembahyang




 Penyerahan duit mas kahwin


 pemberian hadiah sang suami, gelang emas

 Oppssss!

 Si muncung anies n yanie

 Sesi tepung tawar, tapi aku naik pelamin terus salam n ciom-ciom pengantin


Nantilah aku story lagi yer. Lagipun koleksi gambar tak berkualitilah. Sat gi nak kumpul-kumpul rumah kawan-kawan sambil bergosip lagi.

Nota: walaupun aku menyelesaikan jahit kelim baju tuh pagi sebelum gerak ke rumah shiena, tp hasil jahitannya sangat memuaskan hati.. *angkat bakul sendiri*



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Salam readers,


Berita terbaru yang aku dapat hari nih masa bace mstar online sangat memeranjatkan. Sangat menyedihkan bila aku dapat tau lebih kurang 44 orang pelajar *anak yatim* dan 4 orang penjaga yang menjadi mangsa dalam runtuhan tanah tersebut. Mari kita doakan mereka yang cedera selamat, dan yang hilang dijumpai. Dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa yang meninggal dunia.


Fakta kes:
* 12 Terkorban, 4 Tertimbus, 9 Diselamatkan
* terdiri daripada anak-anak yatin dalam lingkungan bawah 18 tahun.
* 2 kali runtuhan berlaku secara serentak
* 20 orang tertimbus hidup-hidup.
* kesemua penghuni rumah anak yatim  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat adalah lelaki



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 18, 2011

McDonald dan KFC nak bankrupt!

Woah, tajuk entry nak panas. Panas ke?

Dek kerana kelaparan makan sikit masa buka tadi, time camnih mulalah perut aku lapar balik. mengenangkan besok nak berpuasa, dan mata masih liat nak terlelap, maka aku start kereta then pergi kepsi 24 hour. Tempat tuh je aku rasa paling selamat time camnih memandangkan adik aku dah membuta takmu ikut aku.


Sedihnya tak dapat makan ayam!

Aku: Kak bagi saya set Snack plate satu?
Pelayan: Maaf kak, ayam kena tunggu masak. Dalam 20 minit. Boleh? <---- dia pon sibuk-sibuk nak panggil aku kakak.
Aku: Abis, apa je yang boleh order nih?
Pelayan: Cheesy wages, nuget, bla...bla..bla...bla..
Aku: Takpelah. tak jadi nak beli (sambil tersenyum tak ikhlas, tapi menten manis)

Kecewa gila aku tak dapat makan ayam. Then aku meneruskan perjalanan ke mekdi 24 hour drive-thru Dataran Pahlawan. 

Pelayan: Selamat pagi. nak order ape cik?
Aku: Selamat pagi. Saya nak set 4, Ayam goreng mekdi (sambil telan-telan air liur)
Pelayan: Set ayam dah habis cik.
Aku: Aik. bila baru masak baru ek
Pelayan: .....senyap sunyi..... Cik....nak order ape cik?
Aku: Bagi saya burger McChicken. Ala Carte.
Bla...bla..bla...bla...




Aku sampai kat kaunter bayaran.

Pelayan: Semua sekali RM6.15

Seluk-seluk poket, rupanya duit aku tertinggal dalam jeans lagi satu! Adoi, macam mana aku boleh terlupa aku tersarung jeans lain nih? Nasib baik duit belen singgah kedai seblum balik rumah sewa, aku tinggalkan atas dashboard. kumpul-kumpul, cukup-cukup note RM1, 6 keping. Tambah lagi 20 sen, terus bagi kat cashier tuh dengan muka cover cuak. 

Then blah ngan muke eksen pulak.


Mekdi atas iron-board

Nasib baik ayam kat kepsi n mekdi serentak habis stok, kalau tak mesti aku malu gile kat cashier kepsi n mekdi..=.='

Sambil drive nak balik tuh, aku terfikir, Allah yang ilhamkan aku pilih Ala Carte sebab tanak aku tersipu-sipu malu masa beli tadi. Syukur alhamdulillah!

baliknya, aku potong burger jadi dua. Siap berangan, lagi separuh nih, dak Kak Cik leh buat sarapan kalau-kalau aku tersedar lewat. tak sampai 5 minit dia keluar. Bukan dia dah tido ke tadi. Macam tau-tau je. Pastu dia pon duduk makan sekali. Cet!


Nota: Kesimpulannya, aku betul-betul nak marah, sebab hajat nak makan ayam goreng tak berkesampaian sedangkan aku bukan pergi kedai mamak atau kedai warung tepi jalan, tapi restoren fast food terkenal. Argghhh, baik korang tutup kedai lagi bagus. T__T

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Korang dah start puasa ganti?

Salam readers,

Sebelum melelapkan mata, saje nak hupdate entry baru.

Alhamdulillah, dah selesai ganti puasa yang pertama. InsyaAllah esok merupakan hari kedua. Nak ikutkan hampir-hampir tak puasa tadi. Tak sempat nak bersahur. *tak sedar sebenarnya*. Memandangkan malam tadi dah niat nak puasa, maka aku teruskan jugak. Sia-sia je suh dak ude belikan roti gardenia untuk makan sahur. Nasib baik hari pertama tak terasa exhausted sangat.

Pukul 11 aku tak memasak lagi. Mak aku call, cakap takyah beli lauk, sebab dia beli kat Masjid Tanah. Sayangnya, takde ikan pun, juz sayur kangkung 2 ikat. Cuti Wesak, maka pasar pun cuti menjual ikan ye. Bayangkan selera adik berdik aku. Kadang-kadang sayur 2 ikat pun tak cukup.

Disebabkan mak aku pada mulanya tak tahu aku puasa, maka pagi tuh dia agak kemarahan sebab aku tak buatkan sarapan untuk abang-abang aku. Then, sebabkan pagi-pagi aku dapat 'high volume' dr mak aku, aku tetap memasak kat dapur walaupon agak moody. Jadi, aku buat kerja dengan mulut terkunci sepanjang masa pagi tuh. 

Akhirnya mak aku baru tau aku puasa bila dia suh aku rasakan sambal kangkung dia. Tersengih je mak aku.

Nih lauk berbuka aku.


  • Telur masak kicap berlada hitam. Telur dah tenggelam sebiji, lagi sebiji dah masuk pinggan pulak. Actually tak ada dalam menu memasak hari nih, mak aku nak goreng telur je, tetapi kerana mulut comel nih petah pulak bagi cadangan masak kicap, jadi memasak juga aku hari ni, dibantu ude sebagai tukang rasa.


  • Sambal kangkung *mak aku masak* Saje bagi peluang mak aku masak yang nih sebab feveret dak along. Diakan balik sekali sekala. Jadi memandangkan aku puasa, aku buat-buat tak pasan mak aku dah start menumis.^__^


  • Acar darat (tomato, lobak asin, cili api, nenas, timun, gula, garam dan cuka) *ayah aku yang buat sebab feveret dia*



  • murtabak mini --->tataulah kenapa pic nih bulih ilang dari hp aku. Tapi seyes aku dah amek. Hehe. Terima kasih kat kak cik gorengkan murtabak untuk awa:)
  • Air teh 'o' panas

Sebab dah minum air masa nak buka, macam biasalah, aku terus kenyang. Jadi, aku makan sikit. murtabak pun rase secubit dua je. Menyesal tak tapau masa nak balik rumah sewa. Lepas maghrib terus gerak sebab mak aku tak bagi drive lewat malam.


Nih twister aku beli otw nak balik td. Manis sangat plak. Yang belen tuh, biar adik aku yang settlekan. ok, nak tido, besok nak masak untuk sahur hari kedua. moga-moga dapat sudahkan dengan jayanya.

Nite peeps!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, May 17, 2011

Mengingati mati

Salam readers,

Sejak kebelakangan nih aku emo tak memasal. Macam ade perasaan takut, cuak, sakit perut, kurang selera makan, gigil-gigil. Err, yang last sekali tipu lah tuh. Ingat aku Parkinson ke ape. Haha!


 *Sedih gile aku tengok tunang arwah dalam rancangan Nona*


Aku asyik terbaca pasal orang bertunang meninggal je. Berita dia kat sini. Tapi kalau ko nak tengok jugak segmen Nona tu, boleh tengok kat http://www.tonton.com.my (ep. 18). Sedih sangat sampai bergenang-genang air mata aku. Dah lah masa tuh aku tengah makan, sedih orang cakap aku gemuk, aku tak jadik nak makan nasi dalam pinggan. Tetibe tengok cerita sedih pulak.

Perasaan aku kecut semacam. Tataulah kenapa. lagi dalam tempoh menghitung hari nih, lagi datang perasaan tak sedap hati. Mungkin terlalu banyak berfikir kot.

Jadi certain time, aku akan nangis tibe-tibe. cik Tunang pun agaknya tak paham perangai aku nih. hormon senget ke? 

Jadi, nak meredakan hati yang tak keruan, aku cuba nak mengubat hati yang keluh resah nih.


Khatam Quran


Aku ada niat nak buat Majlis Khatam Quran masa kenduri perkahwinan aku nanti. Dah lama aku tak khatam lagi. Dulu masa dok asrama, aku selalu baca Quran kat surau. Dah berapa kali khatam, aku pun tak ingat. Tapi seumur hidup, yang aku ingat, sekali je lah ada orang buat kenduri khatam aku join. Itu pon kat sekolah, ramai-ramai mase tingkatan 2 tak silap. Bangganya dapat tudung bawal masa tuh..^___^

Jadi, lepas Maghrib, aku akan baca at least 4 - 5 muka surat. kalau tak, sampai azan Isya' baru aku berhenti. Alhamdulillah, dah hampir juzuk 4. >__<

Sembahyang takmu tinggal lagi


Sumber: askar jepun

Kadang-kadang ada juga sesekali aku tertinggal solat. Nak-nak solat Subuh. Kalau aku kunci jam, aku sedar jugak kadang-kadang. Tapi kalau terlajak, alamatnya 7 lebih baru tersedar. Dan serius, rasa nak sembahyang tuh akan datang sendiri dalam diri. Rasa takut sangat bila tertinggal sekali. Pukul 4 pon tak kesah lah, janji aku tak tinggal waktu Zohor (contohlah). Sampaikan kadang-kadang, Cik Tunang kat tempat kerja pun aku call suh gi sembahyang. Sembahyang kat tepi kotak dalam opis ke, kat mana-mana surau ke, aku tak kisah. Asalkan aku dengar dia cakap dah solat, hati aku pun akan tenang.

Sembahyang Jumaat pon camtuh. Aku tau kat KL kalau tengahari Jumaat mesti jalan jem. Jadi pukul 1230 aku dah siap call dia, suh get ready pergi masjid. Kesian ok, bila fikirkan dia terpaksa buat kerja even terkejar-kejar nak solat Jumaat. Susah kalau kerja dengan non-Muslim nih! Nanti aku pon emo jugak kalau dia cakap tak sempat dengar khutbah.

Buat masa nih, biarlah aku kejar yang termampu. tatacara pemakaian pun sedang dalam proses. Doakan yer..

nota: Bagusnya bila kita sentiasa mengingati mati supaya kita akan berebut-berebut mengejar 'harta' kita ke akhirat nanti.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, May 16, 2011

Kekasih - Devotees

Salam sayang kawan-kawan.

Siapa yang tak kenal devotees kan? Kalau tak kenal, sila google ye. Muslimah kat luar sana mesti sukakan. maklumlah, ahli-ahli kumpulan nih memang terkenal dengan muka mereka yang kacak-kacak dan pandai. Aku share kan lagu nih. Salah satu lagu pilihan selain Tika Dinihari. 

Ok, aku pilih video klip nih sebab jalan cerita kartun dia lebih relate dengan apa yang nak disampaikan oleh penulis lagu. Cuma lagu nih tak habis je. hope korang hayati dan fahami betul-betul lagu nih.

Enjoy!





Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Nota: sedang menghitung hari buat aku cuak dan emo kebelakangan nih.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, May 14, 2011

Khasiat pelukan suami

*Hiasan semata-mata, tiada kaitan dengan aku yer?*

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.



Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.



"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk 'Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.



Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.



Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.



`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.



Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.



`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 


Artikel asal: Ha Shim

Nota: Wah....abes tuh orang yang badan 'chubby-chubby' tuh jarang kena peluk dek suami dia ke? Kui kui kui

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 11, 2011

Mayat pulang ke rumah sendiri



Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.
Sumber: Oh! Tidak

Aku ada search kat forum-forum berkaitan dengan ritual yang dilakukan oleh penduduk kg toradja nih. Mengikut sejarah, ritual ini dilakukan ketika zaman perang saudara di antara  orang Toraja Barat berperang melawan orang Toraja Timur. Disebabkan banyak mayat yang bergelimpangan dan sukar diurus, maka mereka membuat ritual sebegini untuk memudahkan proses menguruskan mayat.

Cuma apa yang aku nak tekan kan di sini, sebagai orang Islam, segala hukum hakam agama haruslah diikut. Islam tidak menyusahkan, malah masih ada kemudahan jika kena pada caaranya. yang penting, kita perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis-hadis.

Aku pun tak pasti  gambar berkenaan mayat ataupun manusia. Tapi firasat aku mengatakan perempuan tuh bukan mayat, tapi mungkin perempuan yang mengalami masalah sakit kulit.

Wallahualam...

Anda tau perkara ini lebih lanjut, kongsikan pada saya.

Nota: hukum mempercayai kuasa lain selain dari Allah s.w.t adalah syirik.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Selamat kembali ke alam persekolahan! [Part 2]

Selamat pagi kawan-kawan!

Hari ke-3 Kak Cik ke sekolah tingkatan 6-nya. Malam tadi dua orang rakan dia bertandang. Sepatutnya balik sekolah dah datang, tapi bapak dia jemput. Dah membazir lauk-lauk aku bungkus untuk 4 orang. Lauk untuk sorang RM5 kalau 4 orang? Akhirnya nasik seperiuk rosak macam tuh je. Aku habiskan lauk je, sebab dah beberapa minggu kebelakangan nih aku kurang selera makan. Tataulah kenapa. mungkin kejutan sebab Ck Tunang cakap muke aku dah semakin bulat kot.

Pagi nih, aku bangun 6.15 pagi. Biasanya bangun untuk semayang Subuh then tidur balik sebab kelas start pukul 1230 pm, aiyooo! Tapi hari nih, siap-siap sembahyang, sambil betulkan kain batik yang hampir terburai, aku ke dapur menyiapkan sarapan untuk adik tersayang.




Roti telur khas untuk adik-adik. Kak Cik cakap aku macam mak, buat sarapan anak ke sekolah. hampeh betul.
Ingat nak buat nasi goreng, tapi aku takut nasi tuh basi, jadi aku masak roti telur je lah.
Aku makan setengah keping je, yang lain sume 'adik-adik' aku yang makan.



Siap sediakan bekal lagi. 


Kalau Cik Dila tau nih, mesti guling-guling dia gelakkan aku.
Yelah, aku kan memang jarang makan sarapan.

Adik aku cakap, kakak-kakak kat sana nasihatkan dia bawak bekal dari rumah.
Sebab sekolah nih sume budak-budak lelaki. So, macam tak selesa nak makan or beli makanan kat kantin. Kesian adik aku. jadi, malam tadi aku pergi Mydin sebalah Melaka Central, belikan ape-ape barang kering, untuk masak makanan simple-simple untuk dia.

Nota: Aku sedang fikir, mana nak cari kerja part time untuk 4 bulan akan datang nih. Takkan nak duduk rumah semata-mata?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, May 10, 2011

Selamat kembali ke alam persekolahan!

*Sila abaikan rumah sebelah yang sedang dalam pembinaan ye*

Hari nih hari ke-2 aku ke Melaka, hantar kak cik ke sekolah SMK (A) Sultan Muhammad. Semalam pendaftran. Hari nih sampai Jumaat merupakan minggu orientasi beliau. 

Mulai hari nih sehingga adik aku dapat asrama, baru aku balik ke rumah kampung dah bercuti seperti siswazah lain seperti biasa.

Er..terlupa nak bagitau, beliau dapat tawaran untuk sambung belajar Form 6 bagi aliran agama di sana. Dah cuba mohon UPSI tapi gagal. Takpe-takpe, tak ada beza pun masuk Form 6 or ke mana-mana U pon. Janji ko belajar rajin-rajin. Ada je kan orang lain yang dapat 5A1 SPM pon masuk Form 6?

Tutup cerita. 


Actually SMK (A) SM nih sekolah agama untuk lelaki di dalam negeri Melaka nih. Lawannya SMK (A) Syarifah Rodziah. Jadi amat malanglah adik aku nak mohon asrama sebab tiada kemudahan asrama bagi pelajar perempuan. Kalau ada pun, menumpang asrama perempuan di SMK Munshi Abdullah, lebih kurang 3km dari sekolah Sultan Muhammad.

Lebih malang lagi, sekolah nih je satu-satunya sekolah dalam negeri Melaka yag menawarkan STPM bagi jurusan agama dan STAM. Aku pulak memang sokonglah adik aku stay sekolah sini. Walaupun aku terpaksa duduk rumah sewa untuk hantar dia pergi balik sekolah, aku harap aku masih boleh lagi. Tak jauh pon dari rumah sewa aku nih. Adalah dalam 3-4km. Baru 10 minit kan.

Ni antara bukti kecemerlangan sekolah SMK (A) Sultan Muhammad yanag lahirkan pelajar yang cerdik serta pandai di sekolah tersebut: Maisya pelajar melayu terbaik. (STPM 2008)

Ape pun, aku harap, adik aku, Noor Izzati Omar (ini belog dia), dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi ustazah lah suatu hari nanti. At least ada jugak saham ke akhirat untuk ayah aku nanti. Jangan jadi aku nih, sekolah agama sampai tingkatan 3 je sebab arab dapat D. Pelik aku kenapa kat UiTM, aku boleh dapat result Arab A pulak. Hadoi!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers