Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, May 18, 2011

McDonald dan KFC nak bankrupt!

Woah, tajuk entry nak panas. Panas ke?

Dek kerana kelaparan makan sikit masa buka tadi, time camnih mulalah perut aku lapar balik. mengenangkan besok nak berpuasa, dan mata masih liat nak terlelap, maka aku start kereta then pergi kepsi 24 hour. Tempat tuh je aku rasa paling selamat time camnih memandangkan adik aku dah membuta takmu ikut aku.


Sedihnya tak dapat makan ayam!

Aku: Kak bagi saya set Snack plate satu?
Pelayan: Maaf kak, ayam kena tunggu masak. Dalam 20 minit. Boleh? <---- dia pon sibuk-sibuk nak panggil aku kakak.
Aku: Abis, apa je yang boleh order nih?
Pelayan: Cheesy wages, nuget, bla...bla..bla...bla..
Aku: Takpelah. tak jadi nak beli (sambil tersenyum tak ikhlas, tapi menten manis)

Kecewa gila aku tak dapat makan ayam. Then aku meneruskan perjalanan ke mekdi 24 hour drive-thru Dataran Pahlawan. 

Pelayan: Selamat pagi. nak order ape cik?
Aku: Selamat pagi. Saya nak set 4, Ayam goreng mekdi (sambil telan-telan air liur)
Pelayan: Set ayam dah habis cik.
Aku: Aik. bila baru masak baru ek
Pelayan: .....senyap sunyi..... Cik....nak order ape cik?
Aku: Bagi saya burger McChicken. Ala Carte.
Bla...bla..bla...bla...




Aku sampai kat kaunter bayaran.

Pelayan: Semua sekali RM6.15

Seluk-seluk poket, rupanya duit aku tertinggal dalam jeans lagi satu! Adoi, macam mana aku boleh terlupa aku tersarung jeans lain nih? Nasib baik duit belen singgah kedai seblum balik rumah sewa, aku tinggalkan atas dashboard. kumpul-kumpul, cukup-cukup note RM1, 6 keping. Tambah lagi 20 sen, terus bagi kat cashier tuh dengan muka cover cuak. 

Then blah ngan muke eksen pulak.


Mekdi atas iron-board

Nasib baik ayam kat kepsi n mekdi serentak habis stok, kalau tak mesti aku malu gile kat cashier kepsi n mekdi..=.='

Sambil drive nak balik tuh, aku terfikir, Allah yang ilhamkan aku pilih Ala Carte sebab tanak aku tersipu-sipu malu masa beli tadi. Syukur alhamdulillah!

baliknya, aku potong burger jadi dua. Siap berangan, lagi separuh nih, dak Kak Cik leh buat sarapan kalau-kalau aku tersedar lewat. tak sampai 5 minit dia keluar. Bukan dia dah tido ke tadi. Macam tau-tau je. Pastu dia pon duduk makan sekali. Cet!


Nota: Kesimpulannya, aku betul-betul nak marah, sebab hajat nak makan ayam goreng tak berkesampaian sedangkan aku bukan pergi kedai mamak atau kedai warung tepi jalan, tapi restoren fast food terkenal. Argghhh, baik korang tutup kedai lagi bagus. T__T

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

Azreen Farhani binti Azman said...

hehekss . lawak ada . kesian pon ada

EimaruSi|ence™ said...

hahaha...sedih pon ade..T__T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers