Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, May 8, 2011

Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama


Selamat tengah hari yang cerah kawan-kawan.

Sempena birthday Miss Nadya nih, dia ade buat GA untuk kawan-kawan blogger dia. Syarat dia mudah je, mintak Contestant buat entri tentang suka duka semasa menyambut hari jadi sendiri.
*ceh macam masuk acara renang kuak kupu-kupu pulak*

Kisah di hari jadiku..

Selalunya kisah masa kanak-kanaklah kan. Birthday aku jarang disambut hebat-hebat sebenarnya. Mungkin sebab aku nih low profile kot. Haha, tak memasal. Ok, tarikh lahir aku jatuh pada Hari Kemerdekaan negara (31 Ogos 1988). Biasanya orang memang tak lupa birthday aku, kalau terlupa pon, mungkin terlupa kat aku je. Ahaks!

Pertama kali merasa dapat potong kek masa umur aku 8 tahun.. Masa tuh buat kenduri doa selamat, adik aku yang ke-8 selamat dilahirkan, ulangtahun perkahwinan mok teh aku dan aku yang selamat menjalani pembedahan keluarkan darah beku kat kepala. Masa tuh aku baru lepas keluar hospital kerana kemalangan depan rumah. Disebabkan doktor scan jumpe darah beku kat kepala aku, maka aku terpaksa di bedah di HKL. Serta merta dihantar ke sana lepas dapat keputusan CT Scan. Sampai sekarang masih ade kesan jahitan melingkar kat kepala aku ibarat seekor lipan. Adeh!

Ape yang seronok? 

Mestilah seronok sebab hari tuh, aku terasa aku paling istimewa. Aku pakai baju raya yang aku rasa masa tuh, baju aku yang paling baru dan sangat bergaya. Mungkin kalau masa aku berumur 8 tahun, aku tau seronok sebab dapat potong kek dan kawan-kawan ramai datang nyanyi lagu birthday untuk aku. Siap ada doa selamat bagai. Rasa macam nak kena operate tiap-tiap hari je lepas hari tuh.


Tapi sekarang, aku rasa seronok, sebab aku masih diberi peluang bernafas di bumi Allah. Kalau nak ikutkan, mak aku cakap, aku dah ilang ingatan, sebab wayar kat otak aku putus. Tuh sebab aku macam mereng-mereng je masa aku sakit, sampai mak sendiri pon aku tak kenal.

Betul ke. Aku rase aku macam biasa je.

*Majlisnya belah kanan bangunan*

Kali kedua birthday aku disambut di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dekat Bandar Hilir Melaka. Mak aku daftarkan nama aku kat radio RTM Melaka katanya. Aku pun tak bape ingat. yang aku tau, aku dapat hadiah kenang-kenangan dari majlis tuh. Bagi aku ni majlis yang yang special even bukan aku yang pegang pedang dan potong kek besar meja tuh. Fuh!


Dah ku conteng semula dengan tulisan aku, sebab tulisan asal tercabut-cabut pakai gam yang ada kilat-kilat tuh. Haha. Masa sekolah dulu, popular gam tuh.

Sekian coretan dari aku untuk hari nih.


Nota untuk WISHLISH: Aku harap birthday aku tahun nih aku dapat kamus Besta yang saiz poket ada banyak-banyak bahasa tuh. Jeles masa kat library ade orang guna. Aku pakai dictionary dalam henpon je. English-Malay only. Tuh pon tak sume perkataan ada. Nak jugak ade translater Arab, Hindustan, korea dan sebagainya.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

Nadia said...

assalamualaikum...first sekali nad mintak maap sebab nad tak dapat blogwalking kat sumer org yang dah join..anyway tq sebab sudi join..wa..31 0g0s 88..sebaya lah kita..hehe..nad nak cakap..nad ada update..baca yer..

MISS NADYA BUAT GIVEAWAY KALI PERTAMA

dan tengok list nama ima kat bawah..

MISS NADYA BUAT GIVEAWAY KALI PERTAMA

Nadia said...

silap...lupa nak bagi list..list kat sini...dan nad buat random pada 25 may 2011 pukul 12 tengahhari..

List Untuk Giveaway Dari Miss Nadya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers