Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, April 21, 2011

Sedikit info mengenai P90X

Aku dapat info nih ekoran melayan lagu Bruno Mars dalam satu lagu dia 'The Lazy Song' kat youtube lati, the tertarik bila dia nyanyi dalam salah satu lirik dia, "Tomorrow I'll wake up, and do some PX90". Pastu, aku pun mencari info mengenai PX90 nih. Tengok video dulu.


Menarik kan? Rasa teruja tak?Meh kite review sikit pasal PX90 nih.

Barang-barang nih banyak kat gym. Tapi kalau nak beli sendiri , cube refer kat mana-mana pusat gym terdekat anda
PX90 atau dikenali sebagai Power 90 extreme nih merupakan satu sistem senaman yang dilakukan di rumah. Sistem nih di perkenalkan oleh Tony Horton bersama beberapa pihak lain yang ada kemahiran tentang senaman, penjagaan nutrisi makanan, alatan sukan dan sebagainya. Dan yang paling bestnya, bila korang buat senaman nih mengikut segala peraturan yang ditetapkan, insyaAllah korang akan miliki tubuh badan yang diidamkan dalam masa 90 hari. Hebatkan? Ala-ala macam Malik Noor gitu. Tapi training dia memang agak ketatlah.



Pteknik PX90 nih hasil gabungan pelbagai teknik latihan termasuk latihan kekuatan, cardio, yoga, pliometrik, dan peregangan.  Pliometrik nih, kalau tak silap akulah, macam budak-budak yang main bola tuh, terlompat sane, terlompat sini. Macam katak pon boleh, macam kijang pon boleh. ikut suke korang lah macam mana nak paham.


Program ini terdiri daripada panduan nutrisi, rencana kecergasan, kalendar dan siri video DVD yang memaparkan Horton sebagai jurulatih dibantu oleh beberapa pembantunya yang menunjukkan pelbagai teknik. Korang janga risau, kalau perempuan pun ada model sekali.



Untuk latihan yang memerlukan berat, misalnya, salah satu model menunjukkan latihan menggunakan elastic resistance bands. Ala, dulu masa kecik ayah aku selalu gune getah camni ikat tong kerja dia (tool box) yang letak barang-barang tukang tuh...ngeee. Model-model tuh juga akan tunjukkan beberapa pergerakan sama ada dari bawah ataupon dari atas.  Macam gambar tuh, nampak tak?

So, sekarang lebih jelas? Kalau berminat, carilah dealer yang jual full set training nih. Jangan risau, dalam set nih, ada banyak langkah-langkah yang dia bagi untuk capai matlamat kita dalam memiliki tubuh badan yang sasa. Tadi, aku tengok, ada orang jual dala. RM30 lebih, tataulah betul ke tak benda alah tuh. Teruskan buat research ok.

Note: Tanaklah aku buat senaman nih, nanti badan aku ketul-ketul, menakutkan je. Sekarang nih pon dah cukup sasa aku rasa.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

man yusoef said...

wahaha..smgt mencari..tp bgus gak..sbb sy sendiri tak tau ape tu P90x tu..huhu..tp skrg dah tau...yeah

EimaruSi|ence™ said...

terima kasih...tak sangka ade gak yang hargai research tak seberapa nih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers