Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, April 13, 2011

Musim Test!

Grrrr....Cik Ima sedang gigil-gigil dalam library. Tengah sibuk-sibuk mentelaah buku HRM, Cik Ima dah juling-juling mata sambil terpikir PC yang dah banyak kosong je nih. Lalu, Cik Ima keluarkan kad matrik dan terus rembat satu pc kosong, sebelah Cik Ady Kama. Pergh, sejuk gile siot...!

Bukak Facebook dalam 5 minit, Cik Ima terus tutup sebab takde yang menarik. Tengok blog then terus update satu entry baru. hehe.

Oh, seminggu nak study week, kami sebagai student nih mesti busy sangat-sangat. Masa macam ni lah lecturer sibuk nak bagi tugasan, report, presentation untuk reseacrh dan macam-macam lagi. Tapi Cik Ima relek je, sampai hari nak submit, terus tak tido malam sebab nak siapkan report. Padahal, assessment nya dah bagi masa minggu pertama and kedua kuliah lagi. haha! Nak tau ape yang buat Cik Ima leka buat report? Haha, sebab nak buat report ala APA style punye pasal lah. Ini wajib ye di UiTM. Maklumlah, UiTM kan boikot sekeras-kerasnya kegiatan plagiat nih. So, bila kita buat apa-apa report, mestilah tunjukkan dari masa rujukan yang kita ambil. Then Cik Ima akan susun semua sub topik yang ada dalam report tuh satu persatu. Benda remeh-temeh tuh lah yang paling lama Cik Ima adap. Cume dah degree nih Cik Imanya skill buat report dah tak secekap dululah. Maklumlah, masa diploma, kita tak belajar bahasa BI, so setakat buat ayat BM, senang je. Cik Ima kan dapat BM A1 masa SPM dulu. Tak kisah pon buat report sorang-sorang. Kawan-kawan se-grup lepak-lepak je goyang-goyang kaki dan tido sambil meleleh air liur sebelah Cik Ima. Tapi, sejak dah degree nih, terpaksalah bekerja keras sikit.

Ada cerita sedih dalam kesibukan kejar test nih. Semalam dalam pukul 3.00 - 600 pagi, rumah kami dimasuki pencuri. Cik Ima nak cerita panjang, tapi Cik Ima kena stop dulu, sebab nak sambung study. Nanti kita sambung ye? Bye kawan-kawan!

Last word, doakan Cik Ima dapat menjawab dengan jayanya test malam nih yer.


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

kella said...

usaha! usaha! usaha tangga kejaaan!

EimaruSi|ence™ said...

thanks kella. nanti saya lawat awak yer?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers